Sunday 26 April 2020

Pantun Duduk Rumah - PKP 2020, Covid19

Sungguh cantik baju kelawar,
Kainnya lembut selesa dipakai,
Duduk di rumah usah keluar,
Kelak ditangkap beramai-ramai.

Pucuk kaduk dibuat ulam,
Sedap dicicah sambal belacan;
Duduk di rumah siang dan malam,
Tak perlu keluar tanpa tujuan.

Buah kurma banyak khasiat,
Wajib ada di bulan puasa;
Duduk di rumah dengar nasihat,
Demi kebaikan kita bersama.

#mamiEffy
#PantunDudukRumah

Daftar Sekarang: Promo PKP Masih Berlangsung!

Kelas sesi April dah penuh ya. Pendaftaran seterusnya untuk kelas bulan Mei nanti. Tapi bagi yang mendaftar sekarang, masih pada yuran istimewa ni.

Tak lama dah nak masuk Mei, kan? Eloklah chop tempat masing-masing sekarang.

Tak tahu sampai bila boleh dapat yuran special macam ni. Takkan nak lepaskan, ye tak?

Jomlah daftar!

Antara topik yang akan diajar semasa kelas nanti,

1. Kenali potensi diri sebagai ghostwriter

2. Personal Branding sebagai ghostwriter di media sosial.

3. Servis menulis artikel

Dan banyak lagi.

Daftar di sini ⤵
Kelas Online Ghostwriter Junior

#mamiEffy
Alumni Ghostwriter Junior.

Gagak Lagi Cantik 😅

🎶 Gagak lagi cantik! Gagak lagi cantik! 🎶

Senang hati Rayyan dan Rayffa petang ni. Menyanyi berdua sambil Rayffa pegang pipi mami.

🎶 Gagak lagi cantik! 🎶

#mamiEffy
Mujurlah mami bukan bangau yang cepat sentap. 😌

Ayen, Donut dan Puasa

Pukul 12 tengahari,

"Ummi, hari ni Ayen puasa."

"Owh, ok. Ayen boleh puasa ke?"

"Boleh. Tak puasa nanti kena tangkap polis."

😅 Pandai pulak. Beberapa minit kemudian,

"Wahh, ada donutlah ummi! Ayen makan 1."

"Eh, kata puasa?"

"Ayen puasa tadi lah. Sekarang perut Ayen dah lepas."

"Perut dah lepas?"

Mentanglah dapat makan donut seketul, minum air koko secawan. Nak dilepaskan perutnya pulak. 😌

#mamiEffy
Donut gebu, buat-buat tak nampak.

Kentut Batalkan Puasa?

"Ummi, puasa Ahmad dah terbatal. Ahmad minum air ye?"

"Eh, kenapa pulak?"

"Tadi Ahmad dah terkentut."

"Haishhh, kentut mana ada batal puasa!"
.
.
😅 Ini kisah anak mami yang sulong. Tahun ni dia puasa di kampung. Harap-harap tak adalah dia buat hal minum air lepas terkentut lagi.

#mamiEffy
Sengih sendiri. 😆

Mahu Anak Soleh dan Solehah

"Allahuakbar, Allahuakbar"

Merdu laungan azan Subuh di pagi 1 Ramadan 1441 Hijrah. Mami sedang bersiap menunggu masuknya waktu solat. Terpegun seketika mendengar merdunya suara azan yang dialunkan.

'Suara Habib rasanya.'

Sempat pula berbisik dalam hati. Bersungguh pula tu nak dengar suara siapa yang alunkan azan. Huhu.

Habib, anak jiran sebelah rumah. Dia imamkan solat subuh mereka sekeluarga pagi tadi.

Rumah kembar dua, dalam kampung pula. Memang dengar jelaslah tiap-tiap bacaan surahnya.

Dari rumah sebelah, mami hayati sedapnya suara anak itu membaca bacaan dalam solat. Boleh imamkan keluarga solat berjemaah pula.

Beruntung betul mak ayah Habib. Mami yang jiran pun rasa sejuk hati. Mak ayah Habib tentu lebih bahagia melihat anak lelaki mereka sudah boleh diharap menjadi imam dengan baik.

'Kalaulah anak-anak aku pun boleh azan, mengaji sedap macam tu. Boleh jadi imam. Allah, bahagia rasa.'

Bisik lagi hati mami. Memang itulah impian setiap ibubapa yang ada anak kan? Lebih-lebih lagi anak lelaki.

Nak dapat anak yang mudah faham dan celik agama, ibubapa lah yang perlu mainkan peranan.

Tidak sekadar memberi didikan dan tunjuk ajar. Malah yang lebih penting adalah setiap makan minum yang disuap ke mulut anak.

+ Perlu dipastikan betul-betul halal.

Halal ini bukan sekadar makanan yang fitrahnya halal. Tapi perlu dilihat juga dengan cara apa diperoleh.

Adakah dibeli dengan usaha jujur kita dalam bekerja atau dibeli dari hasil culas kita?

Adakah dibayar dengan harga yang benar atau dicuri dengan menipu harga atau tak bayar langsung?

+ Perlu dipastikan benar-benar suci.

Adakah makanan tersebut diproses dengan cara yang ditetapkan oleh Islam?

Adakah penyediaan makanan tersebut dibuat dengan meneliti setiap aspek kebersihan dan kesuciannya?

"Apa yang kita makan, akan jadi darah daging. Kalau makan yang haram, buruklah darah daging kat badan kita ni."

Itu kata-kata arwah mak. Sentiasa mami ingat. Bila dah ada anak, lagilah beringat. Walau kadang-kadang terbabas juga.

Besar tanggungjawab mak ayah kan?

Nak dapat anak yang soleh dan solehah, kena hati-hati dengan apa yang kita bagi. Barulah anak-anak menjadi.

Insya-Allah.

#mamiEffy
Masih sejuk hati.

HARTA BERHARGA DARI MAK

Ini cerpen tentang arwah mak. Jemput baca semua.

Cerpen ini tentang kreatifnya seorang mak, pesan-pesan bermakna dari mak dan memori akhir yang mak tinggalkan untuk anak-anak.

Apa yang tercoret dalam cerpen ni, adalah kenangan yang tersimpan abadi. Antara yang terindah buat mami.

Sebab mami tak rapat dengan arwah mak. Tak selalu dapat peluk mak atau bercerita itu ini dengan mak.

Semoga cerpen ini ada pengajaran untuk kita semua.

Jika kalian suka, Like dan Share lah kisah ini agar ibrahnya dapat dikongsi bersama.


#mamiEffy

Baca di sini ⤵
Harta Berharga Dari Mak

Friday 24 April 2020

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum,

Lama mami tak update apa-apa. Sibuk sangatlah konon. Huhu. Haru!

Mami ada ja. Cuma beberapa minggu lepas kurang sihat sikit. Jadi ambil masa berehat dulu.

Hari ni dah masuk bulan Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua dan kita dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang sihat.

Semoga kita diberi ingatan yang baik agar tidak mudah terlajak makan di siang hari. Lebih-lebih lagi kepada mak-mak yang ada anak kecil tu. Suap makanan ke mulut anak, bukan ke mulut sendiri.

Mami peringat diri sendiri ni. Tambah-tambah dengan Rayffa yang asal dia makan saja, mesti nak suap mami sekali. 😌

Selamat berpuasa.
Selamat berterawih.
Selamat bersahur.

Selamatlah semua hendaknya.

Mami Effy
Ramadhan dalam PKP.

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER