Tuesday 22 June 2021

Kingcup, kuning berseri menghias hati 😊

Biasa tengok sardin jenama Kingcup, tinnya warna merah. Bila tengok bunga Kingcup, eh kuning pula! Tapi cantik betul bunga Kingcup atau popular juga dengan nama Marsh Marigold ni. Segar rasa mata sebaik siap warnakan lukisan ni. 

Terilham nak lukis bunga kuning berseri ni sebab semalam dapat tahu ada jiran yang positif Covid (semoga Allah beri kesembuhan kepadanya). Ambil masa jugalah nak pilih subjek untuk lukisan kali ni. Sempat baca beberapa artikel dulu sebelum betul-betul tenang nak melukis. Alhamdulillah, siap juga. 

Menarik tentang Kingcup Marsh Marigold:

• Turut dikenali dengan nama Cowslip. Nama Latinnya adalah Caltha Palustris.

• Berasal dari selatan Eropah, Asia Barat dan Amerika Utara. 

• Kingcup termasuk dalam keluarga buttercup yang tumbuh subur di kawasan basah seperti paya, parit dan hutan sederhana.

• Lazimnya tumbuhan ini mengeluarkan bunga pada bulan April dan Ogos. Namun begitu, sesekali ia juga boleh berbunga pada bulan lain. 

• Pokok Kingcup tumbuh dengan ketinggian antara 10 hingga 80 sentimeter.

• Bunga cantik berwarna kuning terang ini menjadi lambang kekayaan dan kemewahan. Mungkin sebab warnanya yang bercahaya bila disimbah sinaran matahari. Bersinar bagai emas barangkali. 

#mamiEffy 
Semoga dilimpahkan kekayaan dari segi kesihatan dan kesejahteraan.

Magnolia Yang Menawan

Beberapa hari tak lukis bunga, alhamdulillah pagi ni dapat siapkan satu frame. Bunga Magnolia Soulangeana jadi pilihan. Tertarik sebab dalam banyak jenis Magnolia, jenis Soulangeana ni ada warna gabungan putih, pink lembut dan sedikit keunguan.

Beberapa perkara menarik tentang bunga yang cantik ini:

1. Turut dikenali dengan nama Chinese Magnolia, Tulip Magnolia dan Saucer Magnolia (Magnolia Piring).

2. Tumbuhan ini ditanam secara meluas di Amerika Syarikat terutamanya di bahagian Pantai Timur dan Barat Amerika, serta di Kepulauan British.

3. Menurut catatan sejarah, bunga Magnolia Soulangeana ini mula dibiakkan oleh Étienne Soulange-Bodin, seorang ahli botani dan pesara pegawai berkuda dalam tentera Napoleon. Pembiakan Magnolia Soulangeana dilakukan di château denya yang terletak dekat Paris, Perancis. Tanaman hibrid ini cepat merebak ke serata Eropah dan Amerika Utara apabila lebih ramai ahli tanaman berminat dengannya.

4. Biasanya mulai berbunga pada penghujung musim sejuk. Bunga akan tumbuh dengan banyaknya pada dahan yang botak. Daun-daun akan tumbuh kemudian. Tumbuhan ini akan mekar sepanjang musim sehinggalah tiba musim luruh.

5. Magnolia Soulangeana menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang mudah ditanam serta mampu bertoleransi dengan keadaan angin dan tanah beralkali. Hal ini merupakan kelemahan bagi kebanyakan Magnolia yang lain.

#mamiEffy

SUMAC - Tumbuhan renek yang berkhasiat

Mami baru sahaja tahu tentang tumbuhan renek yang dipanggil sumac ni apabila diberitahu oleh seorang kenalan di FB. Masa tengok post berkaitan sumac, awalnya mami fikir itu nama buah yang kelihatan macam laici. Haha, noob sangat!

Bila diterangkan, barulah tahu rupanya sumac ni sejenis bunga (tapi ada juga catatan yang menggelarnya sebagai buah sumac/sumac cherry). Kemudian mami mula nampak post kawan-kawan lain yang berniaga air sumac. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, mami mula cari bahan bacaan berkaitan tumbuhan unik ini. Antara perkara menarik yang mami temui adalah:

1. Sumac atau sumach merupakan salah satu daripada 35 spesis tumbuhan berbunga dalam genus Rhus, tergolong dalam spesis Rhus Coriaria.

2. Tumbuhan ini boleh membesar dengan ketinggian antara 1 hingga 10 meter. Setiap kuntum bunganya bersaiz sangat kecil, mempunyai 5 kelopak dan berwana putih krim kehijauan atau merah. Kuntum-kuntum kecil ini membentuk sebuah pancang yang berukuran 5 hingga 30 sentimeter. Buah sumac yang berbiji merah pula membentuk kelompok padat yang digelar ladung sumac. 

4. Perkataan 'sumac' berasal dari beberapa bahasa iaitu Perancis Lama (sumac), Latin Pertengahan (sumach), Bahasa Arab (summāq) dan Bahasa Suryani (summāq) yang bermaksud merah.

5. Rempah sumac telah lama digunakan oleh masyarakat Timur Tengah dalam masakan harian mereka. Ia bukan sahaja mampu membangkitkan rasa masakan, malah dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh. Antaranya:-

❤️ Kaya dengan antioksidan dan vitamin C. 
❤️ Kajian awal yang diterbitkan oleh Journal of Research in Medical Science menyokong potensi sumac untuk mengawal paras gula dalam darah. 
❤️ Dikatakan dapat mengurangkan kesakitan otot.
❤️ Dipercayai dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat kembung perut dan sembelit.
❤️ Sumac juga dikatakan dapat mengurangkan rasa senggugut pada wanita yang sedang haid.

#mamiEffy

MAKLUMBALAS KLIEN YANG BERPUAS HATI ❤️

Cerita minggu lepas,

Siapkan skrip untuk klien. Alhamdulillah, klien suka. Terus lock untuk minggu seterusnya. Syukur sangat. 

Sebenarnya sebelum ni pernah juga tuliskan skrip untuk klien lain. Tapi biasa untuk klip iklan. Durasi pun sekitar 1-2 minit macam tu. 

Kali ni dapat tulis skrip untuk rancangan ilmiah. Teruja tu lain sikitlah. Tengok pula senarai barisan panelnya. Lagilah semangat nak siapkan skrip.

Elok hantar, klien semak, terus bagi feedback macam tu. Syukur alhamdulillah. Hilanglah penat otak berfikir seharian tadi. Damai rasa. 😊

#mamiEffy 
Ghostwriter Jelita anda.

Perlukan GHOSTWRITER (PENULIS UPAHAN)?

KOMBO RM50

Kombo A : RM50
• Ahmad Yang Terpuji
• Rayyan Belajar Puasa
• Nine to Five Ragam Kerjaya

Kombo B : RM50
• Masyhur Diraja (Travelog Masjid)
• Nine to Five Ragam Kerjaya

Kombo C : RM50
• Wasiat Untuk Anakanda
• Nine to Five Ragam Kerjaya

Ebook Kamu Yang Teristimewa

Alhamdulillah, akhirnya ebook pertama ini sudahpun dibuka untuk tempahan. Rata-rata mereka yang sudah baca ebook pertama tulisan mami ini memberikan respon positif. Syukur yang teramat sangat kerana Allah izinkan mami siapkan ebook ini yang sudah lama mami rancang nak tulis.
Ebook ni sarat dengan kata-kata semangat sebagai penguat diri di saat kita diuji. Ada cerita untuk diambil iktibar, ada quote yang mengingatkan tentang hikmah ujian. Malah ada kata-kata inspirasi dari beberapa tokoh popular.

Siapa sesuai baca ebook ni? 

Semestinya kamu, kerana Kamu Yang Teristimewa.


❤️
#mamiEffy

Tengok kartun, dapat ilham. ☺️

Terinspirasi dengan lukisan pokok dalam siri kartun Powerpuff Girls. Anak-anak tengok kartunnya, mami tengok lukisan. Kartun kan, lukisan pun yang simple saja. Tapi tetap menarik.

Hidup kita pun mungkin patut macam tu. Bersederhana dalam segala hal. Tidak terlalu ambil serius tentang hal yang tak penting. Dan tak perlu kenang perkara lalu yang membuatkan hidup jadi tak tenteram.

Ya, melupakan itu payah. Tapi kadang-kadang kita yang menjadi punca perkara itu terus berlegar di fikiran. Kita sengaja cari, kita sengaja melayan perasaan. Kemudian sendiri tertekan. Akhirnya kita salahkan orang lain kerana kesakitan yang dialami.

Kita tidak dapat mengawal orang lain. Tapi insya-Allah kita dapat kawal diri sendiri. Bila Allah sudah menjauhkan hal-hal (atau orang) yang buat kita sedih, usahlah kita cari lagi. Itu hanya akan buat diri lebih sakit.

Allah ada, Allah tahu kesedihan yang kita alami. Teruslah melangkah mengikut rencana Allah. Lepaskan kenangan yang menyakitkan dan binalah masa depan yang lebih tenteram. 

Insya-Allah kita boleh. 

#mamiEffy

Katalog Digital

Ada klien yang tanya, "Katalog digital tu macam mana?"


•Ada gambar barangan yang kita nak beritahu pada orang ramai, 
• Ada deskripsi ringkas barangan tersebut,
• Ada paparan harga setiap barangan,
• Ada maklumat untuk dihubungi. Ini boleh letak nombor telefon, alamat premis atau maklumat laman sesawang.

Katalog digital ni lebih kurang macam buku katalog Avon atau Tupperware yang biasa kita tengok tu. Cuma yang ini kita pamerkan secara digital. Boleh masukkan beberapa item dalam 1 katalog asalkan durasinya tak panjang sangat. Kalau banyak sangat info nak masuk dalam katalog tu, nanti orang tak nak baca pula, sebab panjang sangat. 

Katalog digital ni boleh buat untuk perniagaan jenis servis juga. Pilih gambar yang bersesuaian dan masukkan deskripsi macam biasa.

Nak cuba? Mami boleh buatkan. 😊

#mamiEffy 
Ghostwriter Jelita  dan Digital Designer ❤️

ALHAMDULILLAH ❤️

Alhamdulillah. Dua klien berbeza. Dua tugasan berlainan. Satu minta tuliskan skrip forum, satu lagi minta mami tuliskan artikel 500 patah perkataan. Cecah belasan artikel dah rasanya mami tuliskan untuk syarikat klien ni. 

Syukur pada Allah yang beri keizinan untuk mami terus menulis dan kemudahan untuk klien terus upah mami sebagai ghostwriter mereka. 

Alhamdulillah.

#mamiEffy 
Servis Penulisan Mami Effy

Jualan Amal SKB (Swaterbit Kids Book)

Acara ini sudah bermula sejak 16 Jun lepas dan akan berlangsung sehingga 30 Jun nanti. Matlamat jualan amal ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu pembangunan semula perpustakaan di Palestine.

Kasihan anak-anak di Palestine. Mereka menggunakan perpustakaan untuk belajar dan buat pelbagai aktiviti. Selepas serangan kelmarin, perpustakaan mereka tidak lagi seperti sebelumnya. Ia perlu dibangunkan semula supaya anak-anak di sana dapat kembali meneruskan pembelajaran.

Kita mungkin tidak dapat terbang ke bumi Palestine untuk membantu saudara di sana. Namun Allah sentiasa membuka jalan untuk kita membantu. Ini salah satunya. Semoga sumbangan kecil kita ini akan menjadi pahala amal jariah yang berpanjangan sehingga ke hari perhitungan nanti. Insya-Allah.

Jom jadi sebahagian daripada penyumbang dengan mendapatkan buku-buku ini. Kita bantu mereka, insya-Allah akan ada bantuan untuk kita pula di suatu masa nanti.

Insya-Allah.


#mamiEffy

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER