Tuesday 27 September 2022

Dua Buku Cerita Bergambar Saya Terpilih Mewakili Malaysia!

 

13 September yang lalu, saya dan beberapa orang rakan alumni SKB (Swaterbit Kids Books) menerima berita gembira apabila dimaklumkan bahawa buku-buku kami terpilih mewakili Malaysia ke acara The World Through Picture Books anjuran IFLA.

Ini bermakna buku-buku yang kami hasilkan bakal dipamerkan dalam pameran di peringkat antarabangsa. Satu pameran berlangsung di Tokyo, Jepun dan satu lagi di Paris, Perancis. 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang dengan izin-Nya maka juri-juri membuat keputusan untuk memilih buku Raksasa Menyerang Kampung dan Adi Bertemu Laksamana Pisang karya saya sebagai sebahagian daripada 10 buku yang akan mewakili Malaysia ke acara tersebut.

Ini merupakan pencapaian peribadi yang amat indah buat saya selepas terpilih untuk menyertai pameran ilustrasi sempena acara Stories + Art = Picture Books yang berlangsung di GMBB, Kuala Lumpur pada 17/6/2022 hingga 17/7/2022 yang lalu.

Semoga pencapaian kecil ini akan menjadikan saya dan kawan-kawan lebih bersemangat untuk terus berkarya seterusnya menghasilkan lebih banyak buku cerita bergambar kanak-kanak yang berkualiti setaraf karya-karya antarabangsa. 

Insya-Allah.



Sunday 8 May 2022

Kini berwajah baru!

 Oh, bertuahnya saya! kini tampil dengan wajah baru. Buku ini merupakan buku bergambar kanak-kanak yang diswaterbit pada tahun 2021 di bawah projek Peer Writer (SKB) dengan kerjasama PERBIMA (Persatuan Biblioterapi Malaysia).

Mengisahkan tentang Amy yang bersedih selepas perceraian mama dan ayahnya. Kesedihan Amy bertambah apabila mama dan ayah masing-masing berkahwin lain dan Amy diberitahu akan mendapat adik baru. Amy semakin kerap menangis sehingga jatuh sakit. Amy akhirnya sedar bahawa dirinya amat bertuah walaupun mama dan ayah sudah berpisah.

Bagi yang mahu pratempah buku ini, boleh hubungi EFFY SUEFFY



Sudah Masuk Kilang Cetak!

Dalam kesibukan melayan semangat anak-anak mahu beraya, mami perlu selesaikan urusan percetakan buku bergambar kanak-kanak yang baharu. Alhamdulillah sedang beratur menunggu giliran dicetak. 

Doakan cepat siap cetakan buku baru mami ya!

*3 buku baru mami mendapat perhatian YB ADUN kawasan tempat tinggal kami. Alhamdulillah YB ADUN berminat dengan buku-buku yang bakal diterbitkan dan telah memberi sedikit sumbangan bagi melancarkan proses swaterbit buku-buku ini. 

Syukur.

#mamiEffy

Tuesday 22 February 2022

Servis Penulisan dan Digital Art

Servis penulisan:
• Artikel
• Storytelling
• Content mengikut niche produk/servis
• Post pendek media sosial
• Skrip video iklan
• Skrip forum
• Manuskrip buku kanak-kanak

Digital Art:
• D-card jemputan perkahwinan/ucapan perayaan
• Poster
• Katalog mini
• Lukisan
• Khat nama

Hubungi: Effy Sueffy
#mamiEffy

Thursday 27 January 2022

Oh, bertuahnya saya!

Dalam melayan rasa rindu pada kenangan di zaman kanak-kanak, hati terubat bila terima mesej, "Effy, kak nak buku Oh, bertuahnya saya! 2 buah." Sahabat di hujung sana terus minta nombor akaun dan beri alamat pengeposan sekali. 

Alhamdulillah. 
Buku Oh, bertuahnya saya! ini merupakan cerita kanak-kanak di bawah tema biblioterapi. Mengisahkan tentang Amy yang berdepan dengan perpisahan ibu bapanya. Mereka kemudian berkahwin lain dan Amy semakin dihimpit resah apabila terpaksa menerima kehadiran ahli keluarga yang baharu. Di akhir cerita, Amy akhirnya gembira dan berbahagia bersama seluruh ahli keluarganya. 

Buku ini membawa kita memahami dilema yang dihadapi anak-anak apabila mereka terpaksa melalui perceraian ibu bapa. Peranan kita sebagai orang dewasa amat penting bagi memastikan anak-anak tidak berterusan memendam rasa kecewa, sedih dan marah akibat perpisahan yang berlaku.

Buku ini terdapat dalam versi buku fizikal dan buku audio visual. Buku fizikal boleh dimiliki dengan menghubungi mami di SINI manakala buku audio visual boleh dibeli melalui PAUTAN INI.

Untung dapatkan buku fizikal, ada hadiah untuk adik-adik. Manakala kelebihan buku audio visual pula, kawan-kawan bukan sahaja akan terima buku audio visual Oh, bertuahnya saya! tetapi turut menerima 35 buku audio visual lain di bawah pelbagai tema. Ada buku audio dalam Bahasa Arab juga!

Menarik, kan?

#mamiEffy

Kini 'ayah' sudah tiada.

25 Januari 2022, 10.00 malam kami bergegas balik ke Taiping setelah terima berita kematian Pak Ngah. Sepanjang perjalanan dari Seremban kepala saya berat sebab banyak menangis.

Arwah Pak Ngah yang pelihara saya sejak kecil. Daripada bayi sehingga beberapa tahun, saya tinggal bersama Pak Ngah dan Mak Ngah di kampung. Walaupun tidak dijaga sehingga dewasa, namun keluarga Pak Ngah ada kedudukan istimewa di hati saya. Banyak kenangan manis membesar di kampung. 

Ingat lagi bila Pak Ngah bawa naik basikal tua, pergi kedai makan ais kacang di hujung simpang. Kemudian ikut Pak Ngah naik bot tengok orang tangkap ikan. Cuak jugalah dengar bunyi enjin bot. Takut jatuh dalam laut sama. 

Selesai semua urusan pengebumian Pak Ngah, sempat singgah ke rumah arwah mak di kampung. Tengok keadaan rumah dan barang yang masih ada. Rumah pusaka, kosong sebab kami adik-beradik semua merantau ke negeri lain. Harap suatu masa nanti adalah salah seorang yang dapat balik tinggal di sana. 

Insya-Allah.

#mamiEffy 
Hari ini sudah berada di Seremban, sambung siapkan post pendek untuk klien.

Sunday 23 January 2022

Hidup dan Limau

Assalamualaikum. 

Ahad, penuh nikmat. Pagi yang damai dengan riuh-rendah suara anak-anak. Beri ilham untuk berkarya lagi. 

Semoga kita terus nikmati hidup walau kadangkala perlu berdepan situasi 'masam' yang tidak terduga.

Tajuk: Limau
Medium: Digital

#mamiEffy

Thursday 20 January 2022

SERVIS PENULISAN MASIH BEROPERASI

Lama tak kongsi pasal kerja menulis. Ada, masih buat walau biasanya nampak lebih ke arah buat kerja melukis. Tiga tugas utama yang perlu disiapkan (insya-Allah hari ini nak habiskan semua).

Ada satu lagi sedang bincang dengan klien. Tawaran buat profil syarikat. Lama sudah tak terima tempahan profil syarikat sejak laptop meragam. 2022 insya-Allah akan buka untuk slot Profil Syarikat dan desain ebook kategori mudah (10 - 20 muka surat).

Perlukan khidmat ghostwriter? Mami sedia berkhidmat dengan kadar upah yang berpatutan. 

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita yang menulis untuk anda.

Pertanyaan atau tempahan slot penulisan, hubungi mami di SERVIS PENULISAN MAMI EFFY

Tuesday 18 January 2022

BOOKCAMP SKB 1 (15 dan 16 Januari 2022)


Tak terfikir pun dapat jumpa ramai orang hebat. Tapi di BookCamp SKB kelmarin, mami dapat peluang tu. Pertama, tentu sekali teruja nak jumpa pengasas dan pembimbing Swaterbit Kids Book, Kak Mimi Salleh

Kemudian dapat tahu Kak Emila Yusof akan jadi mentor dalam BookCamp. Lagilah teruja. Bagi yang tak tahu, Kak Emila adalah pemilik Galeri Emilatopia yang terletak di bangunan GMBB, Bukit Bintang. Nak tahu lebih lanjut tentang Kak Emila dan kenapa mami begitu gembira bertemu dengannya, jemput singgah ke emilayusof.com

Selain Kak Mimi dan Kak Emila, 10 orang rakan peserta juga bukan biasa-biasa. Banyak mami belajar daripada setiap mereka. Bukan sahaja tentang seni lukis dan penciptaan skrip cerita, malah ada yang berkongsi mengenai pendidikan serta peluang membina potensi anak-anak juga.

BookCamp SKB bukan sekadar kem belajar bentang storyboard dan melukis. Sebaliknya ia padat dengan pelbagai ilmu berkaitan seni dan kehidupan (bagi yang tahu bagaimana nak kaitkan setiap isi perbualan).

Semangat dari BookCamp masih membuak macam buih Coca-cola yang digoncang botolnya. Melimpah-limpah. Moga cepatlah siap desain penuh untuk buku cerita kanak-kanak ke-4 mami bagi tahun 2022 ni. 3 dah selamat bentang dan tunggu kelulusan untuk peringkat seterusnya. Mudah-mudahan lancar dan dapat terbit sebelum Pesta Buku nanti. 

Doakan kami ya!

#mamiEffy

Sesi perkenalan dan pembentangan storyboard

Sesi pembinaan watak bersama Kak Emila

Usai hari pertama, kami sudah boleh melukis. Haha!

Sesi jalan-jalan ke Museum of Picture Book Art. Seronok masuk sini. Banyak buku menarik. Jangankan anak-anak, mak ayah anak pun jadi teruja.

Sesi 'membawang' tentang buku kanak-kanak. 

Karya Kak Emila di Museum of Picture Book Art

Kak Emila Yusof bersama buku ketiga mami, Oh, bertuahnya saya!

Kak Mimi Salleh yang banyak bantu dan bimbing kami di SKB untuk hasilkan karya yang baik serta berkualiti.

Friday 14 January 2022

BUKU AUDIO VISUAL SKB - Hadiah buat anak-anak tersayang ❤️

Selain menulis sebagai ghostwriter, mami juga menulis buku cerita bergambar kanak-kanak. Buku tulisan mami (Oh, bertuahnya saya!) di bawah tema biblioterapi berpeluang menyertai projek buku audio visual bersama 35 buku lain (karya rakan-rakan penulis SKB).

Dalam koleksi 36 buku audio visual berwarna-warni yang bernilai RM49 (RM1.61 setiap buku) ini, ada buku cerita Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Seronok anak-anak dengar bacaan buku sambil tengok ilustrasi yang menarik dan comel. 

Set buku audio visual ini boleh diulang dengar banyak kali. Jadi selain dengar cerita, anak-anak boleh belajar sebut perkataan yang didengar serta belajar 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Mak ayah pun boleh belajar sekali dengan anak-anak. 😊

Dapatkan set BUKU AUDIO VISUAL sekarang!

Terus ke SINI atau scan QR Code pada poster.

Jom!

Thursday 13 January 2022

RESEPI MAKANAN BERASASKAN PISANG

Assalamualaikum, semua. Terima kasih sudi singgah ke blog mami. Kali ini mami ingin kongsikan beberapa resepi mudah berasaskan pisang. 

Comel tak poster resepi yang mami buat? Resepi-resepi yang dikongsikan ini adalah berdasarkan buku cerita bergambar kanak-kanak Adi Bertemu Laksamana Pisang (karya mami yang bakal terbit, insya-Allah).

Semoga ada manfaat untuk semua.
Selamat mencuba!

❗Mahu dapatkan buku cerita bergambar kanak-kanak Adi Bertemu Laksamana Pisang? Sabarrrr. Terus ikuti mami di blog ini atau di FB EFFY SUEFFY untuk perkembangan projek penerbitan buku ini. 

*Untuk makluman, buku Adi Bertemu Laksamana Pisang adalah tajuk cadangan bagi projek Peer Writer 3, kelolaan Puan Mimi Salleh. Beliau adalah pengasas Swaterbit Kids Book. Di bawah bimbingan beliau, mami telah berjaya menghasilkan 3 buah buku cerita bergambar kanak-kanak pada tahun 2021. 

1. Ahmad Yang Terpuji
2. Rayyan Belajar Puasa
3. Oh, bertuahnya saya! - Projek Peer Writer 1.

Semoga lebih banyak buku dapat dihasilkan pada tahun 2022 ini. Doakan ya!

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER