Friday 20 November 2020

KLIEN TEMPAH ARTIKEL 4000 PATAH PERKATAAN LAGI!

Dalam pada menyiapkan task melukis, khat kufi dan content untuk klien, hari ni dapat mesej dari klien yang setia menggunakan khidmat mami sebagai ghostwriter.

"Boleh buatkan artikel untuk saya? Artikel panjang macam biasa."

Ini adalah artikel ke 5 yang mami sediakan untuk klien bergelar Doktor ni. Beliau juga pernah upah mami untuk buatkan video penerangan mengenai kanak-kanak disleksia. 

Kami tak pernah bersua muka. Hanya berbincang secara maya. Cakap telefon pun tak pernah. Tapi beliau sentiasa beri kepercayaan pada mami untuk menjadi penulis bayangan bagi setiap artikel yang diperlukan.

Selain beliau, ada ramai lagi klien yang pernah mami tuliskan artikel untuk mereka. Ada guru pelaburan, usahawan muda popular, selebriti dan beberapa figura lain.

Alhamdulillah, selepas beberapa tahun keliru tentang apa yang boleh mami buat untuk ada pendapatan sendiri, akhirnya Allah temukan jalan. 

Permulaannya adalah dari sebuah kejatuhan. Yang menjauhkan ramai kenalan dan kawan-kawan. 

Hari ini, Allah gantikan semua mereka dengan kawan-kawan yang sentiasa beri kata semangat dan peringatan agar terus berjuang.

Alhamdulillah. 

#mamiEffy
Pahit akan manis jua akhirnya - Ukays.

Tuesday 3 November 2020

The Teapot Dome Service Station Yang Unik dan Bersejarah

Assalamualaikum, semua. 

Poster ini menampilkan The Teapot Dome Service Station yang berada di Zillah, Washington.

Berikut adalah info-info menarik tentang senibina unik ini.

1) The Teapot Dome merupakan hasil kerja tangan Jack Ainsworth yang dibina pada tahun 1922 selepas terinspirasi dengan Harding Administration Teapot Dome Scandal (https://www.history.com/this-day-in-history/cabinet-member-guilty-in-teapot-dome-scandal).

2) Asalnya ia terletak di Lebuhraya 410, di antara Zillah dan Granger. Sekitar tahun 1978, ketika pembinaan Interstate Highway 82 (I-82) yang melalui sebahagian kawasan di Washington dan Oregon, bangunan Teapot ini terpaksa dipindahkan. 

Walau bagaimanapun, 5 hari sebelum tarikh dipindahkan bangunan ini telah dilanggar oleh sebuah kereta yang mengakibatkan sebahagian dindingnya pecah. Kerja baikpulih bangunan ini mengambil sedikit masa memandangkan ia adalah binaan tangan sepenuhnya. Setelah kerja-kerja baikpulih selesai, ia dipindahkan ke sebuah kawasan kira-kira 1.2 batu jaraknya daripada Lebuhraya Lembah Yakima.

Pada tahun 2012, The Teapot Dome sekali lagi dipindahkan ke lokasinya sekarang iaitu di 117, First Avenue, Zillah, Washington. Lokasi ini turut dikenali sebagai Teapot Dome Memorial Park.

3) Sewaktu masih di lokasi asal, sekitar tahun 1928 bangunan ini dibeli oleh pasangan Mr. dan Mrs. A.J Thomas yang kemudiannya menjadikan ia sebuah stesen gas. Mereka juga menjalankan perniagaan kedai serbaneka yang didirikan berhampiran Teapot Dome ini.

4) Setelah ditutup pada tahun 2006, stesen gas ini diambilalih oleh jawatankuasa bandar pada tahun berikutnya.

5) Teapot Dome menjadi ikon bagi bandar Zillah. Pada tahun 2007, bangunan ini disenaraikan dalam senarai 'The Most Endangered.

6) The Teapot Dome Service Station, terletak kira-kira 15 batu di tenggara Yakima dalam bandar Zillah, Washington menjadi tanda peringatan bagi skandal berpuluh tahun lamanya. Pada 1985, ia telah disenaraikan dalam National Register of Historic Places.

7) Kini, setelah ditempatkan di lokasi baru (Teapot Dome Memorial Park), bangunan ini dijadikan sebagai Pusat Pelancongan (Visitor's Center) yang menyajikan pelbagai maklumat bersejarah serta produk-produk tempatan. 

Di tapak ini juga terdapat 'Fallen Firefighter Memorial' dan 'Zillah Veterans Memorial'.

Menarik kan?

*Klik butang SHARE supaya kawan-kawan lain dapat baca juga ya. Dan mami pun jadi lagi semangat nak kongsi lebih banyak cerita menarik mengenai bangunan-bangunan di seluruh dunia.

#mamiEffy

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER