Tuesday 31 December 2019

Selamat Tahun Baru 2020!

Malam tahun baru. Kalian raikan di mana? Bersama keluarga atau kawan-kawan?

Mami di rumah sahaja. Bersama suami dan anak-anak. Sambil siapkan tugasan content dan transkripsi video untuk klien, kami tonton filem Tamil, Airaa. Nanti mami kongsikan apa menariknya kisah Airaa ni.

Untuk kali ni, mami nak ucapkan terima kasih kepada kalian yang sudi singgah ke blog mami yang simple ni.

Semoga 2020 yang bakal menjelang akan membawa banyak lagi peluang-peluang hebat untuk kita. Insya-Allah.




Servis Ghostwriter: Storytelling untuk FB Personal dan Blog.

Bagi yang menggunakan fb personal atau blog sebagai medium untuk menjual, teknik storytelling adalah pilihan terbaik. Rata-rata kawan kita di media sosial ni suka membaca cerita. Iklan 'jual keras' ni orang kurang minat.

Macam kita jugalah, kan?

Kalau iklan keras-keras tu, kemain laju skrol ke bawah. Nak tekan like pun tak sempat. Ye dak?

Cuba kalau lalu cerita usik-mengusik suami isteri, atau parodi drama meletop kat tv. Beramai-ramai yang bagi love, haha. Kadang tu, bagi emoji marah pun ada. Huhu.

Itu maknanya storytelling memang betul-betul menyentap jiwa. Menusuk bak kata orang.

Di hari terakhir 2019 ni, kalau kalian nak tempah storytelling mengusik pankreas, mami ada offer best ni. Jimat RM30 tau.

Sampai jam 11.59 malam ni saja. Lepas tu caj kembali ke RM50 semula. Kenapa nak tunggu kan?

Tempah sekarang, 1 story insya-Allah siap dalam tempoh 24 jam.

Berminat terus hubungi mami ya!

KLIK DI SINI SEKARANG!

#mamiEffy

Bagaimana Saya Bermula Sebagai Ghostwriter

"Sayang tak payahlah kerja makan gaji. Duduk rumah jelah. Jaga anak. Tak payah hantar kat orang. Nanti anak kena dera."

Fuhhh. Dengar ayat anak kena dera tu, memang menyucuk jantung. Seram betul mami bila suami kata macam tu.

"Tapi bosanlah. Dahlah tak ada duit sendiri, otak pun rasa tak berkembang. Bolehlah, abang. Sayang nak kerja."

"Carilah kerja yang boleh buat kat rumah. Asuh anak orang ke? Ambil budak-budak jaga kat rumah kita."

"Orang lain pun kalau fikir macam abang, tak adanya nak hantar anak ke pengasuh. Semua suruh isteri jaga sendiri."

Bersama ayat tu, satu jelingan tajam mami bagi. Suami diam.

"Sayang carilah kerja yang boleh buat dari rumah. Apa-apa pun tak apa. Janji kerja kat rumah."

Dan sejak itu bermulalah pencarian mami. Ramai juga kawan lama yang mami hubungi sebab nak tanya peluang jadi dropship. Itu sajalah yang mami tau boleh buat dari rumah.

Cuba sana, cuba sini. Tapi masih rasa kosong. Tak ada kepuasan walaupun dapat buat sales.

Akhirnya mami cuba sembang dengan guru yang ajar mami tulis copywriting. Mami tanya pendapat dia.

"Saya suka menulis. Seronok dapat tulis ayat iklan untuk produk ni."

"Then, kenapa tak terus menulis saja?" balas cikgu tu.

"Awak suka menulis, teruskan. Tak perlu pun jual barang. Fokus pada menulis sahaja sebab itu memang minat awak.

Offer servis tulis copywriting dan update page. Itu pun dah boleh jadi pendapatan awak. Sebulan boleh dapat 4 angka jugak tu."

Berbekalkan nasihat dari cikgu inilah mami mula tawarkan khidmat menulis copywriting. Itu pada September 2017.

Ogos 2018 pula mami sertai #Kelas_Online_Ghostwriter_Junior untuk kembangkan lagi servis penulisan mami. Dan dari situlah mami mula kenalkan diri sebagai #GhostwriterJelita.

Bermula dengan copywriting santai sahaja. Hari ini mami boleh menulis content untuk media sosial, artikel untuk website, surat rasmi untuk jabatan kerajaan, menyediakan profil syarikat dan banyak lagi kerja bertulis mengikut permintaan klien.

Terbaru, insya-Allah mami akan mula terima tugasan menukar audio dan video kepada teks. Insya-Allah. Doakan semuanya berjalan lancar ya!

Dan doakan juga projek buku mami bersama penulis hebat lain dapat terbit pada awal tahun 2020 nanti. Harapannya semoga layak ke Pesta Buku Antarabangsa 2020. Doakan kami!

#mamiEffy
Semoga kebaikan dan kejayaan besar juga untuk kawan-kawan di tahun baru nanti.

Servis Penulisan Mami Effy dah ada logo. 😁

Lama bincang dengan husband nak buat logo. Senang boleh letak kat sebutharga dan invois yang mami keluarkan untuk klien.

Payah jugalah nak pilih logo rupanya. Mami nak yang simple, tapi mudah untuk orang faham yang mami ni buat servis penulisan, servis ghostwriter.

Logo ni yang suami pilih. Cun katanya. Boleh tahanlah, kan?

SERVIS GHOSTWRITER: ISTIMEWA AKHIR TAHUN

Tangan macam gatal-gatal nak tulis storytelling untuk aneka produk. Tak kisahlah produk makanan ke, penjagaan diri atau pakaian muslimah. Mana-mana pun boleh.

Caj asal RM50 per story. Tapi memandangkan esok dah hari akhir untuk 2019, jadi mami macam suka hati nak bagi less RM30. Jadi sekarang caj cuma #RM20 sahaja per story!

Nak tempah 1 boleh, nak tempah lebih lagilah boleh. Tak cukup skrin telefon, skrin HDTV 40 inci mami tadahkan.

Promo ni dibuka sekarang sehingga jam 11.59 malam ini sahaja ya!

Yang berminat boleh terus klik DI SINI.

Notakaki: Storytelling sesuai untuk post di wall personal dan group iklan. Ia merupakan teknik mengiklankan produk tanpa menjual. Tak sama macam copywriting hardsell tu.

#mamiEffy
Menulis bagi pihak anda. ❤


Sesi Januari 2020 : Kelas Online Ghostwriter Junior

Sesi 2019 baru saja tamat semalam. Hari ni dah keluar jadual untuk Sesi Januari 2020.

Sesi terakhir, seramai 20 peserta menyertai Kelas Online Ghostwriter Junior ni. Masing-masing bersemangat nak tambah pendapatan sebagai Ghostwriter.

Kelebihan menjadi ghostwriter adalah:

1. Waktu bekerja yang fleksibel. Yang penting, tugasan mesti siap dalam tempoh yang dipersetujui bersama klien.

2. Tidak mengganggu waktu kerja hakiki (bagi yang mahu menjadikan bidang ini sebagai cabang tambahan bagi kerja sedia ada).

3. Bagi ibu-ibu yang mahu bekerja tetapi dalam masa yang sama mahu menjaga anak sendiri, ghostwriter merupakan salah satu pilihan terbaik. Boleh kerja dari rumah sahaja.

4. Kita tentukan berapa job mahu diterima dan berapa income yang kita mahu setiap bulan.

5. Kita sendiri boleh pilih job macam mana yang mahu diterima. Nak tulis artikel atau nak buat transkripsi audio sahaja. Atau nak fokus pada penyediaan rancangan perniagaan.

Menarik kan? Bagi yang berminat, boleh terus klik DI SINI.

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita ❤


Appa: Sebuah Pengajaran Untuk Kita Sebagai Ibubapa

Kelmarin kami layan filem Tamil berkonsepkan drama kekeluargaan, Appa. Filem ni ditulis dan diarahkan oleh Samuthirakani (yang juga memegang watak Appa).

Filem Appa memaparkan konsep didikan ibubapa terhadap anak-anak. Semuanya memang benar berlaku di sekeliling kita.

Ada ibubapa yang mendidik anak-anak menjadi berani menghadapi hidup dengan cara tersendiri. Mereka dididik untuk bergaul dengan masyarakat dan bebas memilih apa yang mereka mahu jadi. Adakala pilihan ibubapa ini agak membimbangkan juga.

Part membimbangkan ni, ingat lagi mami dan suami dok bergilir-gilir membebel. Macam lah orang dalam filem tu boleh dengar. Kalau dengar pun belum tentu faham. Haha.

Ada pula ibubapa yang terlalu mementingkan kejayaan akademik anak-anak. Mereka dikerah untuk belajar, belajar dan belajar sahaja. Tolak waktu makan, mandi dan tidur. Selebihnya adalah untuk mengadap buku dan belajar. Akibatnya, kalian kena tonton filem Appa ni.

Dan di antara 2 kelompok ibubapa ini, ada 1 kelompok lagi. Mereka adalah ibubapa yang memilih hidup 'low-profile'. Anak-anak diajar menjadi seperti mereka juga. Adakala sikap sebegini menjadikan mereka tak sedar pun tentang potensi sebenar anak masing-masing.

Filem ini sangat menarik bagi mami. Banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Terutamanya kepada kita yang bergelar ibubapa.

Selepas menonton filem Appa, mami percaya, anak-anak yang berjaya adalah anak-anak yang bahagia. Dengan kebahagiaan lah mereka mampu mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidup.

Begitulah.

#mamiEffy
Ulang tengok pun tak bosan. ❤


Saturday 28 December 2019

10 TIPS MENJADIKAN 2020 TAHUN YANG LEBIH BAIK

Pejam celik pejam celik, dah nak sampai ke penghujung 2019. Tak lama lagi masuk Tahun 2020. Just around the corner bak cakap London.

Seandainya diberi peluang bernafas di tahun baru, ini 10 TIPS MENJADIKAN 2020 TAHUN YANG LEBIH BAIK.

1. Maafkan kesalahan orang lain dan lupakan semuanya.

2. Hulurkan salam kepada saudara dan sahabat yang dah lama tak bertegur sapa.

3. Selesaikan hutang kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang dah lama tertunggak.

4. Lebihkan bakti dan amal kepada ibubapa (jika mereka masih ada).

5. Banyakkan bersedekah dengan lebih ikhlas.

6. Gunakan media sosial dengan lebih berhemah. Ketik butang SHARE jika suka sesuatu perkongsian. Katakan TIDAK kepada copy paste.

7. Tingkatkan produktiviti dan kurangkan kontroversi.

8. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan untuk hidup lebih sihat.

9. Kurangkan bawang dalam masakan. Bukan sahaja sebab harga bawang dah naik, tapi bawang juga bertindak sebagai sedatif yang menjadikan seseorang mengantuk jika diambil berlebihan.

10. Banyakkan membaca bahan bacaan yang baik-baik. Novel, komik, kisah seram. Apa-apa sahaja yang beri kesan baik pada diri kita.

Sekian,

#mamiEffy
Tersipu-sipu bukan sifu.

Wednesday 18 December 2019

Irumbu Thirai: Filem Tentang Hackers Yang Kalian Mesti Tonton!

Kelmarin, tonton filem Irumbu Thirai (Iron Curtain) ni dengan suami. Heronya Vishal. Heroin Samantha, tapi ini bukan cerita cinta jiwang-jiwang.

Ini kisah hackers. Sampai sekarang nak isi borang online untuk apa-apa tujuan pun, terbayang lagi kesannya. Takut jadi sama macam dalam filem ni. 😅

"Information is wealth."

Itu tagline si penggodam (Sathyaamoorthy) yang wataknya dipegang oleh Arjun Sarja. Hensem macam Shah Rukh Khan. Serius!

Irumbu Thirai adalah kisah bagaimana seorang anak yang telah meninggalkan keluarga kerana marah dengan sikap ayahnya yang suka berhutang, kembali untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai abang.

Dalam proses menyediakan keperluan untuk majlis perkahwinan adik perempuannya, mereka telah kehilangan sejumlah wang tunai yang besar dari dalam akaun bank. Dari sinilah Mejar Karthiravan (Vishal) mula menjejak siapakah dalang di sebalik kehilangan tersebut.

Nak tahu cerita sepenuhnya, kalian kena tonton sendiri. Best dan yang penting, ini bukan cerita cinta jiwang meleleh.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem Irumbu Thirai ni.

1. Sebagai anak, jangan mudah buruk sangka dengan ibubapa. Fahami dahulu kenapa ibubapa terpaksa melakukan sesuatu.

2. Usah lari dari masalah. Tak ada apa yang akan selesai dengan kita melarikan diri. Malah banyak masalah lain yang akan timbul.

3. Kasih sayang keluarga adalah kekuatan bagi setiap individu. Jadi hargai setiap ahli keluarga kita sebelum terlambat.

4. Hati-hati memadu kasih terutama di atas talian. Ada yang mungkin sedang mencuri-curi dengar perbualan kalian. Jaga-jaga!

5. Awas setiap kali nak berkongsi maklumat peribadi. Baik secara offline mahupun online.

6. Elakkan menipu untuk apa tujuan sekalipun. Penipuan hanya akan menjadi permulaan kepada masalah lain yang lebih besar.

7. Gunakan kepakaran dan kebolehan yang kita ada untuk tujuan baik. Biarlah ia memberi manfaat dan memudahkan urusan orang ramai.

Orang bisnes kena ingat ni, "Information is wealth". Maklumat adalah kekayaan. Tapi jangan salah guna maklumat pelanggan kita pula. Gunakan database sebaik-baiknya untuk majukan perniagaan yang kita usahakan.

Begitu.

#mamiEffy


Friday 13 December 2019

Adab Dalam Berurusan Sesama Kita

Dalam kehidupan sehari-hari, kita akan berurusan dengan ramainya orang. Pelanggan, supplier, orang tak dikenali, kawan-kawan dan keluarga.

Setiap urusan ini sama ada perbincangan, urusan jual beli dan sebagainya, melibatkan komunikasi sesama kita. Dan bila ianya berkenaan komunikasi dan hubungan, adab adalah perkara yang akan diberi perhatian.

Mereka yang berurusan dengan kita akan menilai sejauh mana kita menjaga adab. Di antara perkara-perkara kecil namun memberi impak besar dalam sesebuah komunikasi adalah:

1. Ucapan salam. - Memulakan perbualan dengan ucapan salam dilihat lebih sopan berbanding terus memanggil nama atau gelarannya. Atau terus kepada perkara yang ingin dibincangkan. Lebih-lebih lagi dengan stranger.

"Assalamualaikum atau Selamat pagi/petang. Boleh saya tahu tentang ..."

Begini lebih sopan berbanding,

"Sorry sis/bro. Boleh explain tentang ..."

2.  Berterima kasih. - Akhiri perbualan dengan ucapan terima kasih. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan urusniaga atau perbincangan tentang sesuatu. Ucapan ringkas terima kasih atau thank you akan mempunyai nilai sentimental yang sangat besar bagi setiap kita.

Jadi ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan kita.

"Maaf, buat masa ni belum lagi. Terima kasih ya jawab soalan saya."

3. Minta maaf jika terpaksa batalkan sesuatu yang awalnya kita dah persetujui. - Bila kita dah berjanji nak beli sesuatu atau bersetuju dengan tawaran tetapi tiba-tiba baru sedar ada komitmen lain yang perlu diutamakan.

Mintalah maaf kerana terpaksa batalkan order. Minta maaf segera, usah tunggu sehingga online seller hubungi kita dan beritahu barang dah sedia, tunggu kita bayar sahaja. Atau jika order makanan, usahlah tunggu sampai seller beritahu makanan dah siap. Naya orang tu.

Minta maaf nampak macam tak penting pun. Tapi itulah perkara yang buat orang selesa nak berurusan dengan kita atau tidak.

Tapi tapi tapi..

Janganlah pula asal tempah, batal, minta maaf. 3 kali berderet buat macam tu. Janganlah.

Ada baiknya sebelum buat perjanjian, periksa betul-betul keadaan kita. Adakah benar-benar bersedia untuk buat bayaran atau tidak.

Mudah kan? Cuma 3 perkara. Jika kita sama-sama praktikkan, insya-Allah setiap urusan akan berakhir dengan senyum bahagia dan rasa selesa.

🔸Kita jaga adab dengan orang lain, insya-Allah orang pun jaga adab dengan kita.

🔸Kita mudahkan urusan orang lain, orang pun insya-Allah mudahkan urusan kita.

Semoga kita dapat jadikan ini sebagai amalan. Insya-Allah.

#mamiEffy
Bermula dengan kita.

Beberapa Perkara Yang Boleh Dipelajari Daripada Thalaivar Superstar Rajnikant

12 Disember, bukan sahaja hari jualan murah seluruh negara. Ia juga merupakan hari lahir beberapa orang sahabat mami. Dan menariknya, mereka berkongsi tarikh lahir dengan superhero kesukaan ramai, Thalaivar Superstar Rajnikant.

Membaca kisah hidup beliau, banyak yang boleh diambil pengajaran. Dari seorang konduktor bas biasa, kini menjadi ikon terkenal di seluruh dunia. Hebat bukan?

Beberapa perkara yang mami belajar dari beliau adalah:

❤ Jadi unik dengan gaya tersendiri.

Peminat filem India (Tamil, Telugu mahupun Hindi), mesti perasan keunikan yang sering dibawa oleh beliau dalam setiap watak dan filem yang dilakonkan.

Dari gaya hayun tuala ke bahu sampailah ke trademark 'Lakalakalaka' dalam filem Chandramukhi, semuanya memberi impak tersendiri.

Setiap gaya beliau sukar ditiru oleh orang lain. Itulah yang menjadikan beliau sentiasa unik di mata peminatnya.

❤ Berani keluar dari kebiasaan.

Bayangkan, beliau cuma seorang konduktor bas. Tanpa keberanian untuk keluar dari rutin hidup seorang konduktor, mungkin hari ini kita tak dapat menonton lakonan-lakonan hebat beliau.

Untuk mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlu berani mencuba sesuatu yang berbeza dari apa yang biasa kita lakukan.

Misalnya, jika selama ini kita selesa copy paste ayat iklan orang dan post sebagai ayat sendiri, apa kata mulai hari ini kita beranikan diri untuk tulis ayat sendiri. Ayat yang lebih serasi dengan jiwa kita. Menjadi lambang dan identiti diri sendiri.

Percayalah, suatu masa kita juga akan berjaya menjadi penulis yang baik sebagaimana mereka yang kita copy ayatnya selama ini.

❤ Jaga disiplin diri.

Hanya dengan disiplin yang baik seseorang akan dapat membina kejayaan. Itulah yang dipraktikkan oleh Superstar Rajnikant.

Beliau berusaha menjaga nama baiknya dalam industri dan di kalangan masyarakat. Tidak terpalit dengan gosip-gosip liar yang boleh merosakkan nama baiknya, membuatkan beliau sentiasa dihormati.

Sehingga ada pendapat yang mengatakan sekiranya beliau menceburi bidang politik pun, beliau akan sentiasa mendapat sokongan kerana populariti dan kredibiliti yang dimilikinya.

Namun, Rajnikant sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai politik dan hanya berminat untuk berlakon filem sahaja.

Kita pun samalah. Kena ada disiplin diri. Tak kiralah sama ada kita online seller, ghostwriter mahu pun sesiapa sahaja.

Jaga disiplin diri dalam berurusan dengan orang lain. Dan jaga disiplin kerja juga. Insya-Allah kita pun boleh berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

❤,
#mamiEffy
1 lagi perkara yang mesti ada adalah rasa yakin dan percaya kepada Tuhan. RedhaNYA adalah perlu dalam setiap perkara yang kita usahakan.


PROMO 12/12 - 13/12 KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR

"Saya minat dan boleh menulis. Macam mana ya saya boleh gunakan kemahiran menulis ni untuk jana pendapatan?"

Jawapan:

Anda boleh tawarkan servis menulis bagi pihak orang lain atau kita gelar sebagai ghostwriter. Sebagai permulaan, sertai Kelas Online Ghostwriter Junior untuk mengetahui langkah-langkah untuk bermula sebagai ghostwriter.

Selain itu, anda juga akan dijemput masuk ke Support Group Ghostwriter Junior.

+ Kelas ONLINE selama 2 hari (Sabtu dan Ahad)
+ Waktu adalah fleksibel (tak perlu tunggu sepanjang masa di hadapan laptop/pc/smartfon)
+ Belajar 6 modul berkaitan perkhidmatan Ghostwriter.
+ BONUS menarik untuk setiap peserta.
.
.
Semak di link berikut bagi mendapatkan maklumat pilihan tarikh kelas. Juga terdapat testimoni para alumni.

https://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter/effysueffy

#mamiEffy


Pentingnya Profil Syarikat Yang Lengkap dan Kemas

Mengapa penting untuk menyediakan Profil Syarikat yang lengkap dan kemas?

❤ Menambah keyakinan terhadap kredibiliti syarikat.

❤ Memberi imej profesional.

❤ Memudahkan pihak berkenaan untuk merujuk sebarang maklumat penting berkaitan  syarikat.

❤ Memudahkan pihak berkenaan untuk kenalpasti siapa pemilik dan pemegang jawatan tertinggi dalam syarikat.

❤ Memudahkan semakan maklumat berkaitan pendaftaran dan keadaan kewangan.

Wednesday 11 December 2019

MAKLUMAN: PROMO DIS UNTUK KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR

🔸"Kak, saya pernah ambil upah tulis surat rasmi dan buatkan rancangan perniagaan untuk kawan. Kiranya saya ni ghostwriter ke?"

Ya. Sekiranya awak pernah menerima upah untuk menyiapkan tugasan sebegitu, maka awak adalah ghostwriter. Terus tawarkan servis menulis untuk jana pendapatan tambahan.

🔸 "Tapi kak, saya tak pasti caj yang saya kenakan tu berpatutan atau terlalu rendah. Kadang-kadang risau nanti orang kata mahal sangat."

Setiap tugasan ada standard cajnya. Biasanya alumni Kelas Online Ghostwriter Junior boleh semak standard caj ni dalam support group yang ada.
.
.
Untung jadi alumni ni. Apa-apa kemusykilan boleh refer dalam group support. Bukan tu saja. Melalui group support juga kita boleh dapat banyak peluang menulis.

Ada sahabat ghostwriter yang kongsi peluang menulis artikel, manuskrip buku malah berkongsi tentang job menulis content untuk website klien juga.

Nak sertai alumni kami?

Jom sertai Kelas Online Ghostwriter Junior sesi Disember yang akan berlangsung pada 14-15 Dis 2019 dan 21-22 Dis 2019 ini.

Daftar pada 12/12 (esok) untuk DISKAUN menarik.

*Seat adalah terhad. Jadi standby untuk daftar bermula 12.00 am nanti ya.

#mamiEffy

Wednesday 4 December 2019

Ghostwriter, Perlu Faham Kehendak Klien

Menulis bagi pihak orang lain ni memerlukan kita untuk memahami kehendak klien. Apa konsep penulisan yang diinginkan serta siapa sasaran pembaca mereka.

Misalnya, klien adalah seorang penceramah agama. Konsep penulisan yang diinginkan adalah santai tetapi sampai. Target pembaca adalah golongan remaja.

Maka sebagai ghostwriter, kita perlulah menulis content mengikut gaya yang selesa untuk pembacaan remaja. Penggunaan bahasa yang lebih rileks serta tidak terlalu menggunakan terma bahasa Arab yang sukar difahami (melainkan ada penerangan yang lebih jelas).

Ini baru 1 contoh. Segmen pelanggan untuk seorang ghostwriter adalah sangat luas. Tidak terhad kepada ahli agama atau usahawan sahaja.

Jika kita faham ini, mudahlah untuk kita menyiapkan tugasan yang diberi.

#mamiEffy

Tuesday 3 December 2019

Ghostwriter, Peluang Untuk Beramal Jariah Melalui Penulisan

Awal penglibatan mami sebagai penulis upahan atau #ghostwriter, mami selalu ingatkan diri yang pilihan kerjaya ni bukan sekadar untuk tambah pendapatan semata-mata. Lebih dari tu, mami nak beri sesuatu kepada orang lain.

Menjadi ghostwriter beri mami peluang untuk bantu ramai orang. Dari founder produk, sehinggalah ke ejen-ejen dan dropship. Alhamdulillah.

Mami dapat peluang bantu online seller dengan menyediakan copywriting dan content untuk media sosial mereka. Tentulah dengan sedikit upah yang berpatutan.

Ada juga kawan-kawan yang minta mami sediakan profil syarikat. Alhamdulillah, mami cuba berikan yang terbaik dengan caj yang bersesuaian. Begitu juga dalam penulisan surat rasmi bagi urusan dengan jabatan kerajaan dan sebagainya.

Ghostwriter macam mami juga peniaga. Kami menjual servis menulis untuk mudahkan pihak lain. Rugilah jika tak gunakan peluang ini untuk beramal jariah. Banyak peluang yang datang, tinggal terserah kepada budi bicara sahaja.

Insya-Allah, untuk mereka yang benar-benar perlu, mami cuba bantu sesuai dengan kemampuan dan keperluan.

❤,
#mamiEffy
Ghostwriter Jelita Anda.

Monday 2 December 2019

Vantha Rajavathaan Varuven

Kelmarin kami tonton filem Vantha Rajavathaan Varuven, lakonan Silambarasan. Filem tamil dengan konsep action comedy dan bertemakan kekeluargaan.

Vantha Rajavathaan Varuven mengisahkan seorang cucu yang berjanji untuk menyatukan semula datuknya dengan anak perempuan beliau yang telah terpisah akibat kemarahan dan egois. Best jugalah ceritanya walaupun tak banyak lawan pun. Cerita kekeluargaan kan.

Kami tak banyak tonton filem lakonan Simbu (nama manja Silambarasan). Taktau lah kenapa. Tapi watak beliau sebagai Adhi dalam filem Vantha Rajavathaan Varuven ni tak boleh tolaklah. Kacak oi dengan jambang dan potongan rambut yang kemas.

Lakonan beliau pun bersahaja. Walaupun tidaklah semanis Vijay Sethupathi (tak boleh lawan mata redup dia), tapi masih terserlah kemachoan seorang hero. Dengan tubuh sasa dan raut wajah serius, Simbu boleh dikatakan agak kacak juga dalam filem ni (dari mata mami lah).

Untuk makluman filem ni adalah remake dari filem Telugu yang bertajuk Attarintiki Daredi (2013). Versi Telugu watak utama dilakonkan oleh Pawan Kalyan sebagai Goutham.

Dari filem ini, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil.

1. Utamakan ibubapa. Terutamanya bila melibatkan hal besar seperti perkahwinan. Seeloknya dapatkan restu orangtua sebelum buat keputusan.

2. Sebagai ibubapa, cubalah fahami anak-anak. Beri peluang kepada anak untuk jelaskan apa yang mereka suka dan tanya adakah mereka setuju dengan sesuatu perkara yang kita putuskan. Anak-anak juga ada hak untuk memilih sebagaimana kita. Beri peluang.

3. Keluarga, marah macam mana pun mereka tetap keluarga. Kasih sayang tak akan pernah padam. Sekalipun terjadi sesuatu masalah, kasih dan rindu kepada sesama ahli keluarga akan selalu ada di hati masing-masing. Hanya kadangkala kita terlalu ikutkan rasa dan enggan menundukkan ego.

4. Kalau cinta, nyatakan. Usah pendam dan syok sendiri. Kalau cinta berbalas, hargai dan jaga baik-baik. Kalau sebaliknya, move on. Cinta tak boleh dipaksa. Nikmati hidup dan percayalah, bila tiba masa yang sesuai kita akan temui cinta yang ditakdirkan untuk kita.

Ini apa yang mami dapat. Kalau kalian dah tonton dan ada pengajaran lain yang kalian dapat, bolehlah kongsi juga. Mana yang baik, kita ikut. Yang tak elok, kita beringat.

Macam itulah.

#mamiEffy


SERVIS GHOSTWRITER: PROMO DISEMBER

#ISTIMEWA UNTUK KLIEN KESAYANGAN,
.
Disember ini kami berbesar hati memberikan DISKAUN bagi tempahan tugasan seperti tersenarai.
.
Juga terdapat #BONUS PERCUMA bagi tugasan terpilih.
.
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh terus hubungi kami di Servis Penulisan Mami Effy
.
Nota: Promo ini bermula 1 Disember sehingga 25 Disember 2019.
.
#mamieffy #ghostwriter

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER