Tuesday 28 January 2020

Modul Menarik Dalam Kelas Online Ghostwriter Junior


1. Mengenali dunia ghostwriter
2. Kenalpasti potensi diri sebagai ghostwriter
3. Personal Branding sebagai ghostwriter
4. Memasarkan diri dan pitching sebagai ghostwriter
5. Servis menulis artikel

Dan

5 bonus panduan bagaimana memulakan kerjaya sebagai ghostwriter.

Ha, 5 BONUS tau! Itu belum campur dengan alumni dan perkongsian info dari masa ke semasa oleh kawan-kawan ghostwriter yang lain.

Bak kata seorang alumni Kelas Online Ghostwriter Junior,

"Berbaloi dengan yuran yang dibayar."

#mamiEffy
Sangat berbaloi untuk kelas 2 hari yang fleksibel dan padat dengan nota penting.

Nak sertai juga?

Klik DI SINI.

Saya Ghostwriter. 😊

"Kamu bukannya kerja pun. Belanja itu ini, suami tak marah ke?"

Mami senyum. Bukan seorang dua yang selalu tanya macam tu. Ramai.

Menjadi ghostwriter dan bekerja dari rumah ni memang di mata kasar nampak macam tak bekerja. Tak ada stok barang jualan dan tak ada premis di luar rumah. Semuanya dari rumah dan atas talian sahaja.

"Saya kerja sebenarnya. Jadi penulis upahan. Ghostwriter."

"Owh? Ada eyh kerja macam tu?"

"Ada. Kerja macam ni memang nampak macam tak kerja. Sebab kebanyakan masa menulis cuma di rumah. Bila keluar, saya rehatlah.

Sesekali tu adalah buat kerja kat luar. Masa kat kedai makan ke, sementara tunggu order sampai boleh dah siapkan 1-2 copywriting klien."

Jadi ghostwriter ni seronok sebab masa kerja kita tentukan sendiri. Macam mami, untuk siapkan post pendek atau copywriting klien, sambil-sambil urus anak siang hari pun insya-Allah boleh buat.

Untuk tulis artikel atau content yang perlukan lebih fokus, mami buat sebelah malam. Bila suami dah balik kerja dan boleh tolong tengokkan anak.

Januari 2020, alhamdulillah banyak juga job menulis yang mami terima. Artikel 4000 patah perkataan 2 job, blog content dah selesai 2, storytelling, post pendek untuk fb dan instagram pun ada.

Awal pagi tadi terima lagi tempahan untuk buatkan post pendek bagi produk kek lapis. Syukur.

Upah menulis kesemua tugasan inilah yang mami guna untuk topup belanja rumah, beli barang anak-anak dan apa yang mami teringin.

Sebelum tu, asingkan untuk simpanan dan tabung sedekah. Itu wajib. Selebihnya kena pandai urus.

Hari ni kalau ada orang kata mami tak kerja, mami senyum saja. Lepas tu hulur kad nama.

"Saya penulis upahan."

Senyum manis wajib sertakan sekali. Barulah melekat terus dalam ingatan mereka tadi.

Tak gitu?


Perlukan servis ghostwriter? Hubungi saya DI SINI.

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita, menulis bagi pihak anda.

Dhoni, Sebuah Filem Yang Sarat Pengajaran Untuk Kita Sebagai Ibubapa dan Pendidik

Beberapa minggu lepas kami tonton filem Dhoni lakonan Prakash Raj. Asalnya mami nak tengok sebab ingatkan Dhoni versi Tamil ni sama macam filem M.S Dhoni yang Hindi tu. Rupanya tak sama langsung!

Dhoni memaparkan kisah konflik di antara seorang ayah dengan anaknya. Si ayah mahu anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran dan menyambung pengajian ke peringkat MBA. Tetapi si anak pula tidak berminat terhadap pelajaran, sebaliknya mahu menjadi pemain kriket yang berjaya seperti Mahendra Singh Dhoni (M. S Dhoni).

Kemuncak konflik di antara mereka terjadi apabila si ayah secara tak sengaja telah memukul anaknya sehingga koma. Kejadian tersebut telah menimbulkan kekesalan di hati seorang ayah.

Apa yang berlaku setelah kejadian tersebut?
Bagaimana si ayah berusaha untuk memulihkan anaknya?
Dan apakah kesudahan nasib si anak yang terlantar koma?

Kalian mesti tonton sendiri. Ada banyak pengajaran yang kalian akan dapat nanti. Antaranya:

1. Sebagai ibubapa, kita perlu memahami minat dan kebolehan anak-anak.

2. Ibubapa perlu sedar, anak yang kurang berjaya dalam pelajaran tidak semestinya akan gagal dalam kehidupan. Mereka pasti mempunyai bakat tersembunyi dalam bidang tertentu. Sokongan ibubapa akan bantu mereka lebih yakin untuk berjaya.

3. Setiap orang mampu mencapai kejayaan. Asalkan kita minat dan berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah kita pasti berjaya.


Mami bagi ⭐⭐⭐⭐⭐

#mamiEffy
Selamat menonton!

Monday 27 January 2020

Servis Ghostwriter: Banyak pihak yang memerlukannya

Menulis sebagai #ghostwriter atau penulis upahan merupakan kerjaya yang semakin popular sekarang. Permintaan terhadap khidmat ghostwriter tidak lagi terhad kepada orang bisnes sahaja.

Hari ini ramai selebriti, agamawan, pakar motivasi dan orang awam pun memerlukan khidmat ghostwriter untuk menulis bagi pihak mereka.

Selebriti mahukan ghostwriter untuk menulis buku biografi perjalanan kerjaya mereka. Agamawan mahu ghostwriter tuliskan teks bagi ceramah-ceramah mereka untuk dibukukan.

Pakar motivasi perlukan ghostwriter untuk menulis bagi pihak mereka di media sosial. Orang awam pula perlukan bantuan ghostwriter untuk menulis surat rasmi bagi tujuan tertentu.

Soalan:

1) Bagaimana mahu approach potential client seperti mereka?

2) Bagaimana mahu beritahu orang ramai bahawa kita adalah seorang ghostwriter?

Jawapan:

Semuanya akan diajar dalam Kelas Online Ghostwriter Junior. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa modul lain yang padat dengan nota dan maklumat berguna tentang kerjaya ghostwriter ini.

Berminat untuk sertai Kelas Online Ghostwriter Junior, klik di SINI.

#mamiEffy
Alumni Kelas Online Ghostwriter Junior 2018. ❤

Wednesday 22 January 2020

Technical Ghostwriter, Membantu Menyediakan Dokumen Penting Bagi Pihak Anda


Di kalangan rakan-rakan kita atau mungkin kita sendiri boleh sediakan dokumen seperti profil syarikat dan rancangan perniagaan dengan kemas dan cantik.

Kemahiran sebegini boleh bantu kita jana pendapatan jika kita tahu bagaimana nak hebahkan kepada orang ramai mengenai kemahiran yang dimiliki.

Seseorang yang menerima upah untuk tugasan menyediakan dokumen seperti profil syarikat, rancangan perniagaan atau SOP syarikat dikenali sebagai technical ghostwriter.

Jika kalian mempunyai kemahiran menyediakan dokumen penting tetapi tak tahu bagaimana nak menggunakannya untuk jana pendapatan, jom sertai Kelas Online Ghostwriter Junior.

Di sini kalian akan belajar bagaimana untuk menawarkan servis menulis kepada prospek yang sesuai.

Klik di SINI untuk tahu lebih lanjut,

#mamiEffy

Tuesday 21 January 2020

Transkriptor, Salah Satu Servis Ghostwriter Yang Menarik

Antara job ghostwriter yang agak popular ialah menjadi transkriptor. Kerjanya adalah menyalin ayat-ayat dari audio atau video yang diberikan klien menjadi sebuah teks.

Transkripsi yang dihasilkan sama ada mempunyai gaya bahasa yang betul-betul sama dengan bahasa dalam audio atau gaya bahasa yang bersih dan mengikut tatabahasa yang betul. Ini bergantung kepada permintaan klien.

Ada juga klien yang mahu jadikan bahan dalam audio/video sebagai ebook mahupun buku fizikal.

Terdapat 2 bahagian tugasan di sini. Pertama, transkripsi audio menjadi teks. Kedua, mengubah teks yang disalin mengikut format manuskrip yang lebih kemas.

Ini termasuklah penggunaan bahasa dan penyusunan ayat yang lebih teratur, ditulis dengan font 12 Times New Roman atau Arial serta langkau 2 baris.

Kerja transkripsi biasanya dicaj antara RM100 ke RM150 bagi 30 minit audio/video. Manakala manuskrip pula dicaj sekitar RM40 per muka surat.

Transkriptor merupakan kerja yang menyeronokkan. Tambahan lagi, kita berpeluang berkongsi peluang menyebarkan kebaikan dari isi audio atau video ceramah yang tentunya berguna untuk manfaat orang ramai.

Menarik kan?

Sunday 19 January 2020

Jadilah Ibubapa Yang Merapatkan Hubungan Anak-anak

Ada sebuah keluarga yang mami kenal rapat. Dari mak ayah sampailah ke anak-anak mereka.

Ayah mereka sudah hampir berusia 70 tahun tapi masih sihat alhamdulillah. Sesekali sakit itu biasalah. Mak pula dah meninggal dunia. Anak-anak semuanya sudah berkeluarga. Adalah beberapa beradik.

Kisahnya, sejak arwah mak mereka masih ada hubungan kekeluargaan mereka tak rapat. Usah kata adik-beradik, anak dengan ayah pun tak baik. Ada yang dengan mak pun tak baik juga. Kekok.

Bila sembang-sembang, yang adik cerita,

"Dulu arwah mak tak bagi rapat dengan kakak. Sebab kakak baik dengan ayah. Mak tak suka. Lepas tu mak kata kakak tu jahat. Kalau kami baik dengan kakak, mak kata kami nak jadi jahat juga."

Kita yang dengar pun macam krik krik krik krik. Tak tau nak jawab apa. Si kakak pula bercerita,

"Arwah mak tak suka sebab dari awal dia tak nak lahirkan saya pun. Dia selalu cakap menyesal tak gugurkan saja. Bayangkan dari kecil mak asyik cakap macam tu. Sampai saya dah berkeluarga pun masih mak sebut hal tu.

Saya tetap fikir itu mak saya. Cuma hubungan keluarga jadi tak rapat ni memang saya salahkan arwah mak. Sebab arwah suka cakap dengan semua orang yang saya ni jahat. Sampai adik pun tak hormatkan saya.

Ada adik saya yang sorang tu, dah 10 tahun tak bertegur langsung. Bila saya telefon, dia tak jawab. Kemudian tukar nombor telefon. Sampai arwah mak dah meninggal, ingatkan nak berbaiklah. Tapi sama juga. Sekarang lagi jauh. Siap adik-beradik lain pun dia warning supaya jangan berbaik dengan saya. Entah apa salah saya dengan dia pun tak taulah."

Sedih kan dapat tahu hal macam ni?

Macam mana sebuah keluarga yang dibina berakhir dengan perpecahan yang tak sepatutnya. Nak salahkan siapa?

Mami selalu fikir panjang nak menulis tentang ni. Sebab melibatkan arwah yang dah tak ada. Tapi bila fikir ada pengajaran yang penting, mami kongsikan juga. Semoga Allah memberi keampunan dan melimpahkan rahmatNya kepada arwah.

Sebagai ibubapa, seharusnya kita yang bertanggungjawab merapatkan hubungan anak-anak. Didik mereka untuk saling menghormati dan berkasih-sayang. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar bahawa yang tua perlu dihormati dan yang muda perlu dikasihi.

Jika ibubapa sendiri yang mencipta jurang di antara anak-anak, bagaimana mereka dapat bersatu apabila ibubapa sudah tidak ada lagi?

Selain keluarga yang satu ini, mami pernah juga jumpa keluarga yang mana mak sendiri asyik bercerita hal keburukan anak. Serba-serbi anak tak elok. Sampai ke pasangan si anak pun dapat tempias.

Ada juga kes ibubapa yang melaga-lagakan anak menantu supaya bergaduh. Sengaja dicerita buruk perangai si adik atau abang supaya orang tak suka.

Kemudian dihasut pula konon si polan tu dera dialah, seksa dialah. Padahal anak menantu ni baik-baik saja. Sudahnya anak menantu merajuk, bawa diri ke tempat lain. Sebab tak tahan dengan kerenah mak ayah yang suka mengadu domba.

Ini kisah benar ya. Yang berlaku di sekeliling mami. Yang mami sendiri pun kadang-kadang jadi naik angin juga bila dengar cerita macam ni. Yang buat mami rasa malas nak bercampur sangat dengan orang. Sebab terpaksa dengar hal yang bukan-bukan.

Tapi kalau tak bercampur dengan orang, kita tak tahu dalam masyarakat sekeliling ada kisah-kisah sedih macam ni. Sensitif bila disuarakan tapi kalau didiamkan saja, ramai yang tak sedar budaya macam ni bukanlah sesuatu yang baik.

Menjadi ibubapa bukan mudah. Namun menjadi anak dengan sikap ibubapa yang bermasalah pun bukan senang.

Ramai sebenarnya anak-anak yang memendam sakit akibat perbuatan ibubapa. Mendera mereka dalam diam dan akhirnya menjadikan mereka mangsa depresi.

Ibubapa seharusnya mendidik agar ikatan kekeluargaan semakin utuh. Mengajar supaya anak-anak saling bermaafan bila ada hal yang buat hati tersentuh.

Jika ibubapa sendiri yang sengaja memburuk-burukkan anak, melaga-lagakan sehingga anak jadi saling membenci, apakah salah jika anak-anak menjauhkan diri dari keluarga?

Apakah istilah anak derhaka masih digunapakai sedangkan ibubapa yang menjadi punca?

Semoga kita semua direzekikan Allah untuk menjadi ibubapa yang penyayang dan mampu mendidik anak-anak supaya saling berkasih-sayang juga.

Insya-Allah.

#mamiEffy

Cedokot Rayyan 😂

Rayyan: Ummi, jomlah makan cedokot tu.

Mami: Apa dia, abang? Makan apa?

Rayyan: Cedokot tulah. Ayen nak makan cedokot.

Mami: Cekodok lah. Ce-ko-dok. Cuba abang sebut.

Rayyan: Ce-ko-dok, cedokot.

😅

#mamiEffy
Sedap 'cedokot' cicah sos nacho. 😁

Seronok Jadi Ghostwriter





Uhuk! Masih sama ke?

Mami masa belajar dulu, pernah jugaklah sesak. Merasalah beli maggi kongsi ramai-ramai dengan roommate. Asyik gelabah takut belanja tak cukup.

Itu dululah. Sekarang, alhamdulillah. Dah belajar supaya tak merungut atau takut tak ada duit. Tapi hari-hari ingatkan diri yang rezeki tu mesti ada. Tak banyak, sikit.

Yang penting hari-hari mesti bersyukur, hari-hari mesti cuba untuk sedekah. Tak dapat bagi duit, bagi ayam kucing belakang rumah makan.

Lagi satu, mesti usaha mudahkan urusan orang lain. Dan selalu niat dalam hati nak tolong orang. Tak kisahlah sesiapa, asalkan untuk hal kebaikan.

Alhamdulillah, tak pernah lagilah terputus belanja sejak jadi ghostwriter ni. Tiap-tiap bulan pun mesti ada job menulis. Tak dapat projek besar, ada projek kecil bersusun.

Hari ni pun alhamdulillah dapat job tulis artikel 4000 patah perkataan lagi. Klien dah sediakan beberapa bahan rujukan. Tinggal nak keluarkan isi dan buat bacaan tambahan saja.

Hujung minggu santai-santai pun masih boleh jana pendapatan. Seronok kan?

#mamiEffy
Tak mahu mengeluh dah.

Wednesday 15 January 2020

Ghostwriter, Kerjaya Yang Banyak Ubah Keadaan Saya!

Kelmarin wasap dengan kakak. Sembanglah pasal mak abah di kampung. Mami ni sejenis tak boleh nak cakap pasal mak abah. Tak pasal-pasal menangis.

Kami bukan sembang hal sedih pun. Cuma dalam dok bersembang tu mami terfikir entah berapa lama lagi dapat bagi duit belanja kat mak abah, tolong adik-beradik. Itu yang jadi sedih.

Mak abah selalu kata

"Kamu bukannya kerja. Tak apalah kalau tak bagi pun."

Kadang mami jawab juga,

"Eh, menulis ni kerjalah. Ada jer income. Cuma income ni dapat tak kira masa. Ada job, ada duit. Insya-Allah, tiap-tiap bulan pun mesti ada."

Sungguh tau. Selama jadi ghostwriter ni, tak pernah lagilah terputus job. Mesti ada saja tawaran menulis. Paling simple tulis surat rasmi.

Ramai tau yang perlukan ghostwriter untuk tuliskan surat rasmi bagi pihak mereka. Mami pernah tulis surat bagi pihak orang nak kahwin, surat untuk permohonan anak angkat dan surat untuk mohon tapak niaga.

Ada di kalangan kalian atau kenalan masing-masing yang sedang cari peluang nak tambah pendapatan?

Ibu-ibu yang bercadang nak resign dan kerja dari rumah patut cuba belajar jadi ghostwriter. Mana tahu dapat peluang kenal dengan ramai penulis hebat, boleh jadi penulis buku pula.

Macam mami. Insya-Allah 3 buku akan terbit tak lama lagi. 2 daripadanya insya-Allah keluar sebelum PBAKL 2020.

Nak cuba?

Klik DI SINI.

#mamiEffy
Seronok sangat sebab impian nak jadi penulis akhirnya tercapai. ❤

Monday 13 January 2020

Perlukan Servis Ghostwriter?

Mami masih lagi terima tempahan tugasan menulis. Masih lagi seorang ghostwriter yang menulis bagi pihak anda.

Caj adalah mengikut jenis tugasan. Bagi copywriting, tempahan kali kedua (10 ke atas) akan terima 2 copywriting PERCUMA.

Sebarang pertanyaan/tempahan terus wasap ke SINI.

#mamiEffy


Sabar Ajerlah~

"Ummi, mana hantu?"

"Mana ada hantu, abang."

Mami cuak. Malam ni cadangnya nak berjaga. Baru on laptop nak siapkan profil syarikat klien. Haishhh~

"Adalah. Hantu ada, ummi. Kat sini sini," Rayyan sambung lagi sambil tunjuk kat pintu.

Ahhhhh, off laptop. Tutup lampu bilik.

"Jom masuk tidur, abang. Jom jom!"

#mamiEffy
Esok siang jelah sambung kerja. 🙄

Mengigau Takbir : The Prequel 🙄

"Sayang! Takbir apa ni?"

"Hah? Apa?"

"Yang sayang bertakbir pagi-pagi buta ni kenapa?"

Tadi memang ada dengar orang bertakbir. Dah raya haji. Mami pun ikutlah. Semangat bertakbir raya.

Mengigau rupanya oiii. Teruk kena bahan pagi-pagi hari. Sampai tengahari ni lembik lutut. Mamai apa ntah.

#mamiEffy
Macam manalah boleh mengigau raya haji pulak dah? Puasa pun belum. 🙄

Mengigau Takbir Punya Pasal 🙄

"Cuba sayang cerita kat abang. Malam tadi fikir apa sebelum tidur?"

"Kenapa?"

"Yelah, sampai boleh mengigau takbir raya."

Haishhh, dah petang pun tak habis lagi pasal takbir tu. 😒

"Abang serius nak tau?"

"Yelah. Sayang takut abang tak dapat cuti raya ke?"

"Taklah. Rasa tadi tu salah mengigau kot."

"Kenapa pulak?"

"Patutnya sayang mengigau baca talkin. Sebab sebelum tidur biasanya sayang fikir macam mana kalau esok abang dah tak ada."

"Hishhh, choiiii! Apa lah fikir macam tu! Hishhhh.."

Terus dia tarik bantal, baring tengok tv. Sepatah tak berbunyi.

#mamiEffy
Kata suruh cerita. 🙄

Nak Nak Nak!

Mami: Adik, sayang ummi tak?

Rayffa: Tak.

Mami: Adik, nak main kereta tak?

Rayffa: Tak.

Mami: Adik nak makan tak?

Rayffa: Nak nak nak! (Sambik ketawa suka hati).

#mamiEffy
Kemain laju bab makan. Memang perempuan sejati. 😆

Superhero katanya!

"Boboiboy kuasa limaaaa! Yearghh!"

Bersungguh-sungguh Rayyan menghayati watak. Mami perhati sajalah sambil-sambil siapkan storytelling klien.

"Ada kecemasan. Bertindak segera!"

Eh? Lain pulak skrip Boboiboy ni.

"Abang Yen jadi apa tu?" mami cuba dapatkan kepastian.

Gila terganggu konsentrasi nak siapkan kerja ni. Haha.

"Ni kan Bokar Poli."

Selamber saja dia jawab. Dari Boboiboy terus jadi Robocar Poli. Siap masuk skrip Ejen Ali sekali. 🤦🏾

#mamiEffy
Layankan sajalah. Asal dia tak kacau mami nak mengarang. 😅

Airaa : Sekecil-kecil Pertolongan Kita, Mungkin Beri Kesan Besar Pada Kehidupan Orang Lain

Kelmarin kami tonton filem Airaa lakonan Nayathara dan Kalaiyarasan. Filem ni membawakan konsep drama horror dengan mesej tersendiri.

Airaa mengisahkan tentang seorang jurnalis bernama Yamuna (Nayanthara) yang balik ke rumah neneknya di sebuah kampung terpencil. Di sana dia mula mendapat gangguan demi gangguan yang menimbulkan banyak tanda tanya.

Di sebuah tempat lain, beberapa kematian mula berlaku secara berturut-turut. Amudhan (Kalaiyarasan) mula menyiasat tentang kematian-kematian ini kerana merasakan ada sesuatu yang mencurigakan.

Mengapa Yamuna diganggu? Apa pula kaitan Amudhan dengan mangsa-mangsa kematian yang berlaku di sekelilingnya? Dan paling menjadi tanda tanya, apa kaitan Yamuna dengan Amudhan?

Kalian kena tonton filem Airaa untuk ketahui jawapannya.

Bagi sesetengah orang, filem Airaa cuma filem biasa-biasa. Namun, mesej yang disampaikan sangat mendalam.

Sekecil-kecil pertolongan atau timbangrasa kita mungkin memberi kesan yang besar kepada hidup orang lain. Perkara yang kita rasa 'hal kecil' saja, mungkin menjadi titik perubahan kepada masa depan seseorang.

'Keprihatinan kita mungkin menjadi asbab kebahagiaan seseorang.'

#mamiEffy
Hanya jika kita lebih bertimbangrasa.


Saturday 11 January 2020

Pesanan buat diri ❤


Kita boleh tulis apa sahaja. Namun setiap yang kita tulis tentu akan meninggalkan kesan pada diri seseorang.

Oleh itu, pilihlah untuk tulis dengan bahasa yang baik dan berkongsi hal-hal kebaikan.

Semoga tulisan kita akan menjadi ladang pahala untuk bekalan kita di sana.

#mamiEffy

Saya suka lagu puisi ❤

Mami suka dengar lagu-lagu puisi sejak sekolah. Antara penyanyi kegemaran untuk lagu puisi ni mestilah Ebiet G. Ade dan kumpulan Kopratasa.

Siapa yang tak tau lagu Berita Kepada Kawan (Ebiet) atau Masihkah Kau Ingat (Kopratasa)?

Memori sangat lagu-lagu ni. Zaman-zaman sekolah sekitar tahun 90an dulu, selalu dimainkan di televisyen dan radio. Liriknya mendalam dan sarat dengan mesej.

Contohnya macam lirik lagu Berita Kepada Kawan dalam gambar ni.





Lirik ni ditulis oleh Ebiet G. Ade pada bulan Jun 1978. Dikatakan ia ditulis selepas bencana gas beracun yang melanda Dataran Tinggi Dieng di Indonesia.

#mamiEffy
Tersentuh hati. ❤

Thursday 9 January 2020

Nadigaiyar Thilagam, Best!

Nadigaiyar Thilagam, sebuah kisah biografi seniwati terulung India, Savitri Ganesan. Versi Telugunya bertajuk Mahanati.

Watak Savitri dibawakan oleh Keerthy Suresh manakala Dulquer Salmaan memegang watak sebagai Gemini Ganesan.

Jujurnya, mami tak kenal pun siapa seniwati Savitri ni. Hanya selepas kami tonton filem ni lah baru tahu.

Filem ini bermula dengan kisah kanak-kanak Savitri atau nama sebenarnya Nissankara Sarasavanidevi.

Digambarkan sebagai anak kecil yang comel tetapi sedikit nakal, Savitri merupakan seorang yang mempunyai azam yang kuat. Lebih-lebih lagi jika ada yang mengatakan beliau tak mampu untuk buat sesuatu.

Di sini mami belajar sesuatu. Bila ada yang memandang rendah atau menafikan keupayaan kita, usah mudah berputus asa. Kuatkan azam, terus berusaha untuk buktikan pandangan mereka itu salah. Tunjukkan bahawa kemampuan kita adalah lebih baik dari apa yang mereka fikir.

Filem ini terus membawa kita kepada perjalanan hidup Savitri di mana kejayaan demi kejayaan mula dicapai ketika beliau remaja. Bagaimana beliau mula mendapat perhatian pengarah dan pengusaha filem sehinggalah kepada kisah percintaannya dengan Gemini Ganesan.

Banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar dari kisah hidup seniwati ulung ini.

1. Jika mahu mencapai kejayaan, mestilah buat sesuatu perkara itu dengan minat. Tanpa minat yang mendalam, mungkin kita tak akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

2. Bagi mencapai kejayaan, mesti ada kesediaan untuk belajar. Hanya dengan kesediaan itu kita akan dapat mencapai apa yang kita mahu, insya-Allah.

Ini ditonjolkan pada babak ketika Savitri mahu belajar menari dan ketika beliau dibawa untuk belajar bahasa Tamil oleh Gemini Ganesan (yang akhirnya menjadikan mereka rapat dan saling jatuh cinta).

3. Cinta mampu memberi kekuatan dan inspirasi. Namun begitu, jika ia dikhianati, cinta juga mampu merubah seseorang menjadi lemah tak berdaya.

Inilah yang terjadi kepada Savitri. Apa yang berlaku? Kalian perlu tonton sendiri. Ia sebuah kisah cinta yang indah diawalnya namun akhirnya meninggalkan luka yang sangat dalam.

4. Seberapa banyak pun kita kecewa tentang kegagalan dalam hidup, tetaplah ingat mereka yang tersayang. Usahlah terlalu ikutkan perasaan sehingga membahayakan kesihatan sendiri.

5. Sebelum membuat sesuatu keputusan, fikirlah sedalam-dalamnya tentang kesan dan akibatnya. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sesuatu hal yang besar.

Nadigaiyar Thilagam turut dibintangi oleh Samantha Akkineni dan Vijay Devarakonda sebagai supporting roles.

Kawan-kawan,

Ini kisah biografi seorang seniwati yang terulung dalam dunia perfileman India Selatan. Maka tak adalah scene gaduh-gaduh atau pukul sana pukul sini seperti filem India yang lain.

Ini sebuah kisah tentang seorang yang ternama namun masih kekal merendah diri dan berhati baik. Ia juga kisah yang menyentuh tentang isu pengkhianatan oleh mereka yang dipercayai, isu kesetiaan dan cemburu tak bertempat yang merosakkan segalanya.

Sebuah filem yang menarik dan menyentuh hati bagi mami yang meminati kisah biografi sebegini.

Cubalah tonton sendiri.

#mamiEffy
Masih tersentuh hati.




Wednesday 1 January 2020

Ghostwriter, Kerja Dengan Waktu Fleksibel. Seronok!

"Pening kepala! Fikir macam-macam benda. Saaaakitnya di kepala, adoiii!"

Amboi, kemain nyanyi eh? Ikut rentak Nabil ke Jihan Muse tu?

Ini lagu mami selalu menyakat anak-anak. Agak Rayyan atau Rayffa merengek tak tentu kenapa, mami nyanyilah. Kadang menjadi, kadang gagal jugak. Haha.

Ada masa memang pening betul. Kita nak fokus siapkan copywriting klien. Content lagi. Storytelling biasanya pening tak boleh berhenti menulis saja. Syok karang cerita. Hehe.

Buat profil syarikat pun boleh tahanlah. Ada klien nak dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Kena extra effort kat situ sebab walaupun kita rasa betul, tapi tetap kena semak 2-3 kali ayat dan perkataan yang digunakan.

Dalam dok fokus nak buat kerja ni, tiba-tiba yang adik jerit.

"Tak nakkk! Tak nakkkk!"

Mami pun apa lagi, bertindak segera lah tengok 2 beradik tu.

"Abang, adik kan tengah minum?"

"Tak boleh. Abang Ayen nak ajak adik main. Tak payahlah minum."

Fuhhh, suka hati dia saja. Mana tak pening?

Dia kalau nak main dengan adik, kalau adik tak nak pun kena main jugak. Sudahnya bergaduhlah. Gaduhnya lawan menjerit. Adik jerit kat abang, abang jerit ke adik. Dah penat, menangis.

Mami dalam mood ibu mithali, mami layanla. Kena mood tengah terhuyung-hayang, mami lantakkan saja. Gaduhlah situ. Mami buat-buat tidur.

Tak sampai berapa minit, amanlah. Pakat tidur semua. Silap haribulan, dengan mami sekali hanyut.

Kerja?

Malam-malam boleh sambung tulis lagi. Tu seronok jadi ghostwriter. Siang menulis sikit. Malam boleh sambung lagi. Yang penting siap semuanya. Dan kerja pun tak tergesa-gesa.

Best kan macam tu?

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita (masih maintain). Kikiki~

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER