Tuesday 25 August 2020

Dapat Upah Buat Alihbahasa Copywriting dan Storytelling BI ke BM.

"Saya dapat nombor ni dari kawan. Saya perlukan copywriting dalam Bahasa Malaysia."

Alhamdulillah. Terima job translate copywriting dan storytelling untuk klien non-malay lagi. Yang rekemen pun 2 klien terawal mami. Seorang Melayu, seorang Cina. Baik belaka dan banyak rekemen mami pada kawan-kawan mereka.

Ini satu lagi yang kita sebagai penulis upahan mahupun orang bisnes kena jaga. 

Hubungan baik dengan prospek dan klien atau pelanggan.

Siapa sahaja yang pernah dan sentiasa berurusan dengan kita, perlu dihargai. Tak kiralah kalau mereka pernah membeli atau tidak dengan kita. 

Mereka tetap ada potensi untuk menyampaikan tentang kita kepada jaringan kenalan mereka yang kita tak mampu capai sendiri. 

Jaga repo dengan mereka dan tingkatkan kualiti kerja kita. Insya-Allah, mudah rezeki.

Insya-Allah.
Insya-Allah.
Insya-Allah.

#mamiEffy
Dengan izin Allah, semua pasti lancar. Kita perlu usaha dan doa saja.

Sunday 23 August 2020

Servis Penulisan Mami Effy Masih Beroperasi, Ya! 😊

Awal bulan 8 kelmarin, mami terima job menulis untuk sebuah blog dan uruskan akaun fb klien. Alhamdulillah mereka lock untuk 2 bulan terus. Ogos dan September. 

Dalam masa sama ada permintaan tulis copywriting dan storytelling. Sambil-sambil tu adalah yang selit tanya pasal poster, kad digital, mini katalog. 

Semua tempahan dibuat online saja. Seingat mami lah, sejak 2017 tawarkan servis menulis ni, cuma seorang klien saja yang mami pernah jumpa. Kebetulan orang Seremban. 

Lain-lain semua urusan atas talian. Baik untuk perbincangan, serahan maklumat dan penghantaran hasil kerja. Beberapa contoh artikel, copywriting, storytelling semua dah siap screenshot dan letak watermark. Bila klien minta contoh, beri itu saja. Cepat kerja, kan?

Klien paling jauh yang mami pernah berurusan, dari Arab Saudi. Orang Malaysia, berkhidmat di sana. Sambil bincang hal kerja, sesekali dapat berita keadaan dekat sana.

Untung bekerja online macam itulah. Tak terhad kepada orang terdekat saja. Mana-mana pun kita boleh tawarkan servis. Asal ada internet. Boleh belaka.

Ada yang perlukan khidmat penulis hantu, boleh inbox mami. Atau wasap terus ke SINI..

Mami yang akan jawab semua pertanyaan atau tempahan tu nanti. Bukan hantu. Walaupun nama kerja ni ada 'hantu', hakikatnya tidak ada hantu yang dipaksa menyiapkan semua tugasan. Mereka masih bebas menghantui sesiapa sahaja yang takut hantu.

Hantu yang menulis,
#mamiEffy

Semoga Kita Terpelihara Dari Sifat Sombong

Orang yang berjaya adalah yang tetap merendah diri walau dipuji melambung. Dia sedar setiap apa yang diperoleh adalah kerana izin Allah. 

Sesuatu yang menjadikan kita sombong atau lupa diri, bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan. Sebaliknya kita perlu risau apa yang menyebabkan sifat sombong mula beraja dalam hati.

Tiada istilah orang yang gagal dalam hidup. Semuanya ada fasa kejayaan tersendiri. Yang benar-benar gagal itu adalah orang yang makin lama makin hanyut dalam kesombongan. Baik kepada Tuhan mahupun sesama makhluk.

3 jenis kesombongan yang digariskan dalam Islam:

1) Sombong terhadap Allah iaitu enggan mematuhi apa yang telah diperintahkan.

2) Sombong terhadap nabi dan rasul iaitu tidak mengikut ajaran mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3) Sombong terhadap manusia iaitu mementingkan diri sendiri dan bangga dengan apa yang dimilikinya. 

ﺃﻋﻮﺫ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

ﻭَﻟَﺎ ﺗُﺼَﻌِّﺮْ ﺧَﺪَّﻙَ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻤْﺶِ ﻓِﻰ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻣَﺮَﺣًﺎ ۖ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّـﻪَ ﻟَﺎ ﻳُﺤِﺐُّ ﻛُﻞَّ ﻣُﺨْﺘَﺎﻝٍ ﻓَﺨُﻮﺭٍ
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.
(Surah Luqman, ayat 18).

#mamiEffy
Semoga hati kita terpelihara selalu.

Jujurlah Selalu

Siakap, senohong, gelama, ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Pantun 2 kerat yang diajarkan pada kita sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menunjukkan betapa perbuatan berbohong bukanlah sesuatu yang baik.

Setiap pembohongan akan berterusan dengan pembohongan yang lain pula. Semata-mata untuk menutup pembohongan yang pertama. Ini akan meningkatkan stres si pembohong yang mana pada akhirnya boleh menyumbang kepada masalah kesihatan lain pula.

Bahaya kan?

Daripada Abu Mas`ud r.a, dia berkata, Rasulullah (selawat) bersabda,

“Sesungguhnya dusta itu pemacu kepada kejahatan, dan kejahatan akan menghantar ke neraka. Jika seseorang membiasakan diri dalam kedustaan, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta." - Hadith riwayat Mutafaq`alaih.

Alangkah ruginya kita jika tersenarai sebagai pendusta. Untuk sementara mungkin kita terselamat. Tetapi akhirnya ketika kebenaran terbongkar, itu akan sentiasa menghilangkan keyakinan sesiapa sahaja terhadap kita.

Kredibiliti tercalar. Kepercayaan pun pudar. Malah lebih pedih, jika yang dibohongi itu adalah ibubapa dan orang-orang tersayang. Betapa kecewa dan luluhnya hati mereka.

Abu Dzar r.a pernah berkata,
"Tambahkanlah wasiatnya wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah (selawat) bersabda: "Katakanlah yang benar walaupun kebenaran itu pahit."
- Hadith Riwayat Ahmad, At-Tabrani.

Jujurlah selalu.

#mamiEffy

Warna-warni Kehidupan

Hidup ini penuh warna-warni. Adakala, warna ceria menghiasi hari. Sesekali warna kusam menyelit menjadikan kita semakin betah menghadapi hari mendatang.

Jika semalam kita berjaya mengharungi percikan warna-warna kelam dan kusam itu, maka hari ini sudah pasti kita dapat menikmati satu hari baru dengan lebih matang.

Lalui perjalanan hari ini dengan langkah lebih yakin. Pasti banyak lagi warna-warna kehidupan yang akan kita temui di sepanjang perjalanan. Setiap satunya menjadikan corak yang bakal mengindahkan lagi kanvas hidup kita.

Yakinlah bahawa setiap warna yang ditetapkan Tuhan untuk berada dalam laluan kita adalah yang terbaik. Gabungan kesemuanya pasti menghasilkan sesuatu yang luarbiasa indah.

Hanya terserah kita, bagaimana mahu mengadunkan warna-warna itu menjadi sebuah lukisan yang bermakna. Sebagai tinggalan kepada waris-waris sebelum kita beralih dunia.

Sejahtera ke atas kamu.

#mamiEffy

Friday 21 August 2020

SAYA MASIH DI SINI ♥️

Agak lama juga tak menjengah ke blog Servis Penulisan Mami Effy ni. Bukanlah sibuk mana pun, cuma kadang-kadang terlupa bila dah seronok layan melukis dan buat khat kufi. 

Ini saya kongsikan beberapa hasil poster kufi dan lukisan ringkas yang dibuat. Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh wasap saya di 014-9829903.

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER