Sunday 14 July 2019

Penulis Upahan Anda

Saya suka menulis sejak dari sekolah rendah. Ketika berusia 12 tahun, saya mula menulis puisi pendek untuk ditampal di dalam kelas. Ketika itu juga saya pernah menulis skrip untuk pementasan teater sempena Hari Anugerah hujung tahun 1996.

Melangkah ke sekolah menengah minat saya terhadap penulisan semakin menebal. Saya suka mengarang cerpen, puisi dan pantun. Pernah saya karang sebuah cerpen bertajuk 'Safira'. Entah ke mana hilangnya pun tak tahu. Mungkin saya perlu karang semula cerita tersebut. Dengan sentuhan lebih kemas.

Lama saya tak menulis kecuali di dinding Facebook peribadi. Sehinggalah pada 2017, saya kembali menulis sebagai seorang copywriter. Sejak itu saya mula jana pendapatan dari rumah dengan menulis copywriting untuk rakan-rakan online seller di Facebook dan Instagram.

2018 saya sertai Kelas Online Ghostwriter Junior anjuran upahmenulis.com yang dikendalikan oleh Puan Nordianah Bachok. Baru tahu banyak kerja menulis yang boleh dilakukan selain copywriting rupanya. Alhamdulillah banyak yang saya belajar dalam kelas online ni. Dan kerjaya sebagai ghostwriter pun bermula secara rasmi.

Habis kelas, saya mula terima tugasan menulis artikel dan content untuk Page dan Facebook peribadi rakan-rakan. Juga untuk website dan blog. Alhamdulillah.

Kini, saya masih menulis untuk para peniaga atas talian. Klien saya terdiri dari pelbagai latar perniagaan. Kesihatan dan kecantikan, kosmetik, farmasi, pendidikan, kelas memasak, bakeri, busana muslimah dan produk khusus untuk kanak-kanak.

Ada yang direkemenkan oleh founder produk sendiri, ada juga yang direkemen oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat saya sebagai penulis upahan mereka. Alhamdulillah.

Saya masih menerima tempahan menulis copywriting, content, artikel dan storytelling. Saya juga mula menerima tugasan menulis profil syarikat jika ada yang berminat.

Sekiranya ada di antara kalian yang mahu gunakan khidmat penulis upahan, boleh hubungi saya di Servis Penulisan Mami Effy

Sedia berkhidmat,

#mamiEffyy
Penulis Upahan Anda.


Saturday 13 July 2019

Hargai insan yang ikhlas menyayangi kita.

Dalam sibuk menulis menyiapkan tugasan, sempat juga membaca beberapa berita. Sambil-sambil terlayan cerita Setelah Terlafaznya Akad yang sedang ditayangkan di Astro Ria 104, jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis. Ulangannya setiap hari jam 10 pagi dan 4 petang.

Kisah Hanan, Nawal dan Hani ini mempunyai mesej supaya kita sentiasa menghargai insan yang ikhlas menyayangi kita. Juga mengingatkan supaya kita sendiri ikhlas menerima pasangan seadanya. Bukan kerana kita mahu dia menjadi seperti apa yang kita mahu.

Hidup berumahtangga begitulah. Saling menerima dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dan menerima itu bukanlah diri pasangan semata-mata. Kita perlu terima keluarganya juga.

Mana yang tak sehaluan dengan pendapat kita, tenang-tenang sahaja. Mereka ada cara tersendiri, sama juga macam kita. Tenang, terima. Selagi ia tak bercanggah dengan hukum agama dan adat, tak perlu jadikan itu masalah.

Paling utama dalam kehidupan berumahtangga ini adalah sikap saling menghargai. Kita sebagai isteri atau suami, hargai pasangan hidup yang telah menjadi jodoh kita. Hargai keluarga yang datang bersama jodoh tersebut. Dan hargai peluang untuk berbakti kepada keluarga dan pasangan kita.

Apabila kita tahu untuk menghargai, kita akan lebih mudah bersyukur. Tak semua orang bertuah dikurniakan rumahtangga seperti kita. Ada yang sehingga lanjut usia masih berantakan rumahtangganya. Ada yang terpisah di awal perkahwinan lagi.

Oleh itu sahabat sekalian,

Pandanglah kepada pasangan di sisi. Ucapkanlah terima kasih untuk semua kasih sayang yang telah dicurahkan. Untuk semua pengorbanan yang tak terbalas.

Semoga kehidupan rumahtangga kita akan lebih bahagia dan harmoni.

Insya-Allah.

#mamiEffy

Monday 8 July 2019

SERVIS PENULISAN MAMI EFFY


Urusan perbincangan boleh dilakukan melalui whatsapp, emel mahupun perjumpaan (bagi yang berada di Seremban, Senawang dan berdekatan).

Whatsapp : Servis Penulisan
Emel : effysueffy@gmail.com

Guna ayat memujuk (sopan dan lembut) dalam copywriting.

Semasa menulis copywriting, seeloknya elakkan dari menulis sesuatu yang mencela prospek.

Contoh 1:

Eww, busuknya awak! Berpeluh, bau tengik. Rimaslah. Sakit hidung tau!

Tapi tak apa, dengan produk XYZ ni, masalah bau tengik awak tu pasti selesai. Tak adalah orang sakit hidung lagi!

Awak mesti guna produk XYZ. Mesti!
.
.
Ayat sebegini memang nampak tepat menusuk ke hati, namun ia boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada prospek.

Cuba olah ayat yang lebih lembut, sopan tapi tetap menyasarkan prospek dengan masalah sama.

Contoh 2:

Bau kurang menyenangkan akibat peluh memang agak merimaskan. Siapa pun tak mau mendekat.

Tapi usah khuatir. Produk XYZ yang dirumus dengan ekstrak air mawar dan tawas ni, berkesan untuk atasi masalah bau akibat peluh.  Awak akan rasa lebih segar dan wangi sepanjang hari.

Macam kawan kita ni, Kak Suraya (bagi testimoni).
.
.
Contoh 1 atau 2 yang lebih selesa dibaca? Dan sekiranya kalian adalah prospek yang menghadapi masalah begini, penjual mana yang akan kalian hubungi?

Semoga ini membantu. Selamat menulis dengan gembira.

❤,
#mamiEffy
#Ghostwriter/#Copywriter

Sunday 7 July 2019

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER

Assalamualaikum,

TAWARAN KHIDMAT GHOSTWRITER/COPYWRITER.

Kami menerima tugasan menulis bagi pihak tuan/puan untuk tujuan perniagaan mahupun peribadi.

Di antara tugasan yang kami terima:

1. Menulis copywriting untuk pelbagai produk & servis.

2. Menulis storytelling.

3. Menulis content untuk facebook peribadi, facebook page, website dan blog.

4. Menulis post pendek untuk facebook peribadi dan page bagi tempoh 1 minggu ke atas.

5. Menulis artikel 200 hingga 2000 patah perkataan.

6. Membuat alihbahasa (translating) dokumen dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya.

7. Menyediakan servis Update Page dan Website untuk tempoh 1 bulan ke atas.

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menggunakan khidmat penulis upahan, terus sahaja hubungi kami di:

Emel: effysueffy@gmail.com


Friday 5 July 2019

Tulislah dari hati.

Nak menulis copywriting ke, storytelling ke, mestilah dari hati. Barulah yang membaca pun sampai ke hati. Mula-mula kekok, lama-lama nanti Insya-Allah, senang.

Bila dah pandai nanti tak kekok dah. Laju saja idea, mencurah-curah bak hujan jatuh ke daun keladi. Tulis apa pun jadi menarik. Buat iklan ubat ketiak pun orang baca macam novel best seller.

Yang penting kena berani cuba. Sikit-sikit lama-lama jadi master copywriting. Gitu.

#mamiEffy

Tulis dengan ejaan penuh dan betul.

Menulis copywriting atau content, tulislah dengan ejaan penuh dan betul. Ia lebih selesa untuk dibaca selain mudah untuk dialihbahasa oleh bangsa lain yang mungkin berminat dengan produk jualan kita.

Ejaan yang terlalu diubah-ubah akan mengganggu pembaca dan akhirnya membuat mereka berhenti membaca.

Elakkan penggunaan ejaan seperti

1. Titew untuk kita
2. Saiyer untuk saya
3. X untuk tidak/tak
4. Peyot untuk perut

Ejaan penuh membuat pembaca lebih selesa untuk terus membaca sekalipun content ditulis agak panjang.

Selamat menulis!

#mamiEffy
#Ghostwriter/#Copywriter

Tuesday 2 July 2019

Kerjasama Suami Isteri Menjamin Rumahtangga Harmoni

Sudah beberapa hari saya tak menulis tentang isu rumahtangga atau kekeluargaan. Namun masih mengikuti cerita semasa. Dari kisah suami nak sembelih isteri gara-gara terlupa gosok baju kerja sehinggalah kepada kisah perpisahan beberapa artis popular tanahair. Semoga kesudahan yang baik untuk kesemua mereka.

Kehidupan berumahtangga ini ibarat sebuah jentera. Tidak akan berfungsi jika salah satu bahagiannya tiada atau rosak. Begitulah rumahtangga kita.

Tanpa suami, rumahtangga tiada makna. Tanpa isteri, rumahtangga hilang serinya. Mana mungkin akan bahagia jika salah seorang tidak beri kerjasama. Apa lagi jika kedua-duanya buat perangai sama.

Kawan yang dikasihi,

Memastikan keharmonian dalam rumahtangga bukan terletak pada bahu satu pihak. Namun kedua-dua suami dan isteri punyai tanggungjawab untuk merealisasikannya. Satu dari kunci keharmonian rumahtangga adalah KERJASAMA.

Suami yang baik akan ringan tulang menolong isteri di hari cuti. Malah di hari bekerja pun tak jadi masalah untuk tolong kerja rumah. Isteri secara otomatik akan senang hati menyiapkan keperluan suami. Tanpa merungut letih dan penat.

Itulah hikmahnya kerjasama di antara suami dan isteri.

Pernah lalui situasi begini? ⤵

Suami bangun tidur awal pagi. Usai solat subuh, terus capai telefon main game sampai hari cerah. Kemudian bersiap pergi kerja. Kerja pula dalam pejabat berhawa dingin. Balik dari pejabat, lepak tengok televisyen. Cukup masa makan. Lepas makan tengok televisyen lagi sampai tertidur.

Hari cuti, ulang hal yang sama kecuali tak bersiap ke pejabat. Main game, tidur siang, makan, main game, tonton televisyen, tidur lagi.

Fuhh~ Saya yang menulis pun rasa letih betul dengan rutin begini.

Isteri pula, usai solat subuh terus masuk dapur berkemas, sediakan sarapan. Kemudian sambung jemur pakaian, mandikan anak-anak, bagi anak makan, layan anak bersembang, main dan ini berterusan hingga ke malam.

Bagi isteri bekerja, belum sempat hilang penat di pejabat, terus berlari ke dapur sediakan makan malam. Kemudian bergegas pula sediakan keperluan suami dan anak-anak untuk esok. Berniaga online pula. Kena uruskan pelanggan lagi sebelum boleh tidur.

Wahh, hebatnya wanita!

Dalam situasi rumahtangga di atas,

• Mampukah pasangan ini menikmati bahagia bersama?
• Untuk apa ada suami jika semuanya isteri buat sendiri?
• Untuk apa ada isteri jika hadirnya tak dipeduli?

Sama-sama kita fikirkan.

Semoga kehidupan rumahtangga kita akan lebih sejahtera dengan adanya sikap saling memahami dan bekerjasama. Suami faham penat isteri, dan bantu apa yang terdaya. Isteri pula faham lelah suami, dan bantu ringankan bebannya.

Begitulah adat berumahtangga. Sama-sama nikmati semua rasa.

#mamiEffy
#SrikandiInspirasi
#SICircle

Monday 1 July 2019

Peraturan Asas Copywriting

Peraturan asas copywriting yang kita kena tahu termasuklah:

1. Padankan ciri-ciri produk dengan manfaatnya.

>> Jus A mengandungi ekstrak bunga sakura.
Manfaat : Tinggi antioksidan, bagus untuk cegah bintik hitam di wajah.

2. Spesifikkan fungsi produk supaya lebih meyakinkan. Elak memasukkan semua fungsi produk dalam 1 copy.

3. Masukkan testimoni supaya prospek lebih percaya. Mestilah testimoni yang benar, bukan rekaan semata-mata.

4. Buat prospek rasa tercuit, tersentuh untuk bertindak membeli. Ia lahir dari ayat-ayat yang digunakan dalam copy.

5. Di bahagian Call to Action (CTA), jadi bossy.

Maknanya kita adalah bos yang beri arahan kepada prospek untuk bertindak menghubungi kita. Arahan seorang bos pastinya akan dipatuhi, walaupun terpaksa.

Semoga ini membantu. ❤

#mamiEffy
#Ghostwriter/#Copywriter

Menulis Posting Pendek di FB

Ada yang konfius, kena bagi password fb ke macam ni?

>> Tak perlu. Penulisan posting pendek ni akan dibuat untuk tempoh 1 minggu ke atas. 1 post setiap hari.

Cara kerjanya:

Post untuk hari Isnin hingga Ahad (minggu kedua) akan ditulis dan dihantar kepada klien selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu pertama.

Dan begitulah seterusnya. Urusan kerja boleh dibuat melalui wasap, inbox messenger atau emel.

Klien boleh request nak penulisan berdasarkan gambar atau tema tertentu. Tapi perlu diingat, setiap posting panjangnya adalah 1 ke 2 perenggan sahaja. Setiap perenggan mengandungi 3 ke 4 ayat.

Servis ini sesuai untuk kalian yang tak sempat nak tulis posting di wall peribadi mahupun di page masing-masing. Ada ramai yang sibuk dengan bermacam urusan, kan?

Jadi kami bantu tuliskan untuk kalian. Supaya wall kalian kekal terupdate walaupun kalian sedang dalam percutian bersama keluarga.

Mudah, kan?

Untuk pertanyaan/tempahan, terus saja ke laman wasap kami,

Posting Pendek di FB

RM7/posting SAHAJA. ❤

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER