Tuesday 31 December 2019

Selamat Tahun Baru 2020!

Malam tahun baru. Kalian raikan di mana? Bersama keluarga atau kawan-kawan?

Mami di rumah sahaja. Bersama suami dan anak-anak. Sambil siapkan tugasan content dan transkripsi video untuk klien, kami tonton filem Tamil, Airaa. Nanti mami kongsikan apa menariknya kisah Airaa ni.

Untuk kali ni, mami nak ucapkan terima kasih kepada kalian yang sudi singgah ke blog mami yang simple ni.

Semoga 2020 yang bakal menjelang akan membawa banyak lagi peluang-peluang hebat untuk kita. Insya-Allah.




Servis Ghostwriter: Storytelling untuk FB Personal dan Blog.

Bagi yang menggunakan fb personal atau blog sebagai medium untuk menjual, teknik storytelling adalah pilihan terbaik. Rata-rata kawan kita di media sosial ni suka membaca cerita. Iklan 'jual keras' ni orang kurang minat.

Macam kita jugalah, kan?

Kalau iklan keras-keras tu, kemain laju skrol ke bawah. Nak tekan like pun tak sempat. Ye dak?

Cuba kalau lalu cerita usik-mengusik suami isteri, atau parodi drama meletop kat tv. Beramai-ramai yang bagi love, haha. Kadang tu, bagi emoji marah pun ada. Huhu.

Itu maknanya storytelling memang betul-betul menyentap jiwa. Menusuk bak kata orang.

Di hari terakhir 2019 ni, kalau kalian nak tempah storytelling mengusik pankreas, mami ada offer best ni. Jimat RM30 tau.

Sampai jam 11.59 malam ni saja. Lepas tu caj kembali ke RM50 semula. Kenapa nak tunggu kan?

Tempah sekarang, 1 story insya-Allah siap dalam tempoh 24 jam.

Berminat terus hubungi mami ya!

KLIK DI SINI SEKARANG!

#mamiEffy

Bagaimana Saya Bermula Sebagai Ghostwriter

"Sayang tak payahlah kerja makan gaji. Duduk rumah jelah. Jaga anak. Tak payah hantar kat orang. Nanti anak kena dera."

Fuhhh. Dengar ayat anak kena dera tu, memang menyucuk jantung. Seram betul mami bila suami kata macam tu.

"Tapi bosanlah. Dahlah tak ada duit sendiri, otak pun rasa tak berkembang. Bolehlah, abang. Sayang nak kerja."

"Carilah kerja yang boleh buat kat rumah. Asuh anak orang ke? Ambil budak-budak jaga kat rumah kita."

"Orang lain pun kalau fikir macam abang, tak adanya nak hantar anak ke pengasuh. Semua suruh isteri jaga sendiri."

Bersama ayat tu, satu jelingan tajam mami bagi. Suami diam.

"Sayang carilah kerja yang boleh buat dari rumah. Apa-apa pun tak apa. Janji kerja kat rumah."

Dan sejak itu bermulalah pencarian mami. Ramai juga kawan lama yang mami hubungi sebab nak tanya peluang jadi dropship. Itu sajalah yang mami tau boleh buat dari rumah.

Cuba sana, cuba sini. Tapi masih rasa kosong. Tak ada kepuasan walaupun dapat buat sales.

Akhirnya mami cuba sembang dengan guru yang ajar mami tulis copywriting. Mami tanya pendapat dia.

"Saya suka menulis. Seronok dapat tulis ayat iklan untuk produk ni."

"Then, kenapa tak terus menulis saja?" balas cikgu tu.

"Awak suka menulis, teruskan. Tak perlu pun jual barang. Fokus pada menulis sahaja sebab itu memang minat awak.

Offer servis tulis copywriting dan update page. Itu pun dah boleh jadi pendapatan awak. Sebulan boleh dapat 4 angka jugak tu."

Berbekalkan nasihat dari cikgu inilah mami mula tawarkan khidmat menulis copywriting. Itu pada September 2017.

Ogos 2018 pula mami sertai #Kelas_Online_Ghostwriter_Junior untuk kembangkan lagi servis penulisan mami. Dan dari situlah mami mula kenalkan diri sebagai #GhostwriterJelita.

Bermula dengan copywriting santai sahaja. Hari ini mami boleh menulis content untuk media sosial, artikel untuk website, surat rasmi untuk jabatan kerajaan, menyediakan profil syarikat dan banyak lagi kerja bertulis mengikut permintaan klien.

Terbaru, insya-Allah mami akan mula terima tugasan menukar audio dan video kepada teks. Insya-Allah. Doakan semuanya berjalan lancar ya!

Dan doakan juga projek buku mami bersama penulis hebat lain dapat terbit pada awal tahun 2020 nanti. Harapannya semoga layak ke Pesta Buku Antarabangsa 2020. Doakan kami!

#mamiEffy
Semoga kebaikan dan kejayaan besar juga untuk kawan-kawan di tahun baru nanti.

Servis Penulisan Mami Effy dah ada logo. 😁

Lama bincang dengan husband nak buat logo. Senang boleh letak kat sebutharga dan invois yang mami keluarkan untuk klien.

Payah jugalah nak pilih logo rupanya. Mami nak yang simple, tapi mudah untuk orang faham yang mami ni buat servis penulisan, servis ghostwriter.

Logo ni yang suami pilih. Cun katanya. Boleh tahanlah, kan?

SERVIS GHOSTWRITER: ISTIMEWA AKHIR TAHUN

Tangan macam gatal-gatal nak tulis storytelling untuk aneka produk. Tak kisahlah produk makanan ke, penjagaan diri atau pakaian muslimah. Mana-mana pun boleh.

Caj asal RM50 per story. Tapi memandangkan esok dah hari akhir untuk 2019, jadi mami macam suka hati nak bagi less RM30. Jadi sekarang caj cuma #RM20 sahaja per story!

Nak tempah 1 boleh, nak tempah lebih lagilah boleh. Tak cukup skrin telefon, skrin HDTV 40 inci mami tadahkan.

Promo ni dibuka sekarang sehingga jam 11.59 malam ini sahaja ya!

Yang berminat boleh terus klik DI SINI.

Notakaki: Storytelling sesuai untuk post di wall personal dan group iklan. Ia merupakan teknik mengiklankan produk tanpa menjual. Tak sama macam copywriting hardsell tu.

#mamiEffy
Menulis bagi pihak anda. ❤


Sesi Januari 2020 : Kelas Online Ghostwriter Junior

Sesi 2019 baru saja tamat semalam. Hari ni dah keluar jadual untuk Sesi Januari 2020.

Sesi terakhir, seramai 20 peserta menyertai Kelas Online Ghostwriter Junior ni. Masing-masing bersemangat nak tambah pendapatan sebagai Ghostwriter.

Kelebihan menjadi ghostwriter adalah:

1. Waktu bekerja yang fleksibel. Yang penting, tugasan mesti siap dalam tempoh yang dipersetujui bersama klien.

2. Tidak mengganggu waktu kerja hakiki (bagi yang mahu menjadikan bidang ini sebagai cabang tambahan bagi kerja sedia ada).

3. Bagi ibu-ibu yang mahu bekerja tetapi dalam masa yang sama mahu menjaga anak sendiri, ghostwriter merupakan salah satu pilihan terbaik. Boleh kerja dari rumah sahaja.

4. Kita tentukan berapa job mahu diterima dan berapa income yang kita mahu setiap bulan.

5. Kita sendiri boleh pilih job macam mana yang mahu diterima. Nak tulis artikel atau nak buat transkripsi audio sahaja. Atau nak fokus pada penyediaan rancangan perniagaan.

Menarik kan? Bagi yang berminat, boleh terus klik DI SINI.

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita ❤


Appa: Sebuah Pengajaran Untuk Kita Sebagai Ibubapa

Kelmarin kami layan filem Tamil berkonsepkan drama kekeluargaan, Appa. Filem ni ditulis dan diarahkan oleh Samuthirakani (yang juga memegang watak Appa).

Filem Appa memaparkan konsep didikan ibubapa terhadap anak-anak. Semuanya memang benar berlaku di sekeliling kita.

Ada ibubapa yang mendidik anak-anak menjadi berani menghadapi hidup dengan cara tersendiri. Mereka dididik untuk bergaul dengan masyarakat dan bebas memilih apa yang mereka mahu jadi. Adakala pilihan ibubapa ini agak membimbangkan juga.

Part membimbangkan ni, ingat lagi mami dan suami dok bergilir-gilir membebel. Macam lah orang dalam filem tu boleh dengar. Kalau dengar pun belum tentu faham. Haha.

Ada pula ibubapa yang terlalu mementingkan kejayaan akademik anak-anak. Mereka dikerah untuk belajar, belajar dan belajar sahaja. Tolak waktu makan, mandi dan tidur. Selebihnya adalah untuk mengadap buku dan belajar. Akibatnya, kalian kena tonton filem Appa ni.

Dan di antara 2 kelompok ibubapa ini, ada 1 kelompok lagi. Mereka adalah ibubapa yang memilih hidup 'low-profile'. Anak-anak diajar menjadi seperti mereka juga. Adakala sikap sebegini menjadikan mereka tak sedar pun tentang potensi sebenar anak masing-masing.

Filem ini sangat menarik bagi mami. Banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Terutamanya kepada kita yang bergelar ibubapa.

Selepas menonton filem Appa, mami percaya, anak-anak yang berjaya adalah anak-anak yang bahagia. Dengan kebahagiaan lah mereka mampu mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidup.

Begitulah.

#mamiEffy
Ulang tengok pun tak bosan. ❤


Saturday 28 December 2019

10 TIPS MENJADIKAN 2020 TAHUN YANG LEBIH BAIK

Pejam celik pejam celik, dah nak sampai ke penghujung 2019. Tak lama lagi masuk Tahun 2020. Just around the corner bak cakap London.

Seandainya diberi peluang bernafas di tahun baru, ini 10 TIPS MENJADIKAN 2020 TAHUN YANG LEBIH BAIK.

1. Maafkan kesalahan orang lain dan lupakan semuanya.

2. Hulurkan salam kepada saudara dan sahabat yang dah lama tak bertegur sapa.

3. Selesaikan hutang kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang dah lama tertunggak.

4. Lebihkan bakti dan amal kepada ibubapa (jika mereka masih ada).

5. Banyakkan bersedekah dengan lebih ikhlas.

6. Gunakan media sosial dengan lebih berhemah. Ketik butang SHARE jika suka sesuatu perkongsian. Katakan TIDAK kepada copy paste.

7. Tingkatkan produktiviti dan kurangkan kontroversi.

8. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan untuk hidup lebih sihat.

9. Kurangkan bawang dalam masakan. Bukan sahaja sebab harga bawang dah naik, tapi bawang juga bertindak sebagai sedatif yang menjadikan seseorang mengantuk jika diambil berlebihan.

10. Banyakkan membaca bahan bacaan yang baik-baik. Novel, komik, kisah seram. Apa-apa sahaja yang beri kesan baik pada diri kita.

Sekian,

#mamiEffy
Tersipu-sipu bukan sifu.

Wednesday 18 December 2019

Irumbu Thirai: Filem Tentang Hackers Yang Kalian Mesti Tonton!

Kelmarin, tonton filem Irumbu Thirai (Iron Curtain) ni dengan suami. Heronya Vishal. Heroin Samantha, tapi ini bukan cerita cinta jiwang-jiwang.

Ini kisah hackers. Sampai sekarang nak isi borang online untuk apa-apa tujuan pun, terbayang lagi kesannya. Takut jadi sama macam dalam filem ni. 😅

"Information is wealth."

Itu tagline si penggodam (Sathyaamoorthy) yang wataknya dipegang oleh Arjun Sarja. Hensem macam Shah Rukh Khan. Serius!

Irumbu Thirai adalah kisah bagaimana seorang anak yang telah meninggalkan keluarga kerana marah dengan sikap ayahnya yang suka berhutang, kembali untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai abang.

Dalam proses menyediakan keperluan untuk majlis perkahwinan adik perempuannya, mereka telah kehilangan sejumlah wang tunai yang besar dari dalam akaun bank. Dari sinilah Mejar Karthiravan (Vishal) mula menjejak siapakah dalang di sebalik kehilangan tersebut.

Nak tahu cerita sepenuhnya, kalian kena tonton sendiri. Best dan yang penting, ini bukan cerita cinta jiwang meleleh.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem Irumbu Thirai ni.

1. Sebagai anak, jangan mudah buruk sangka dengan ibubapa. Fahami dahulu kenapa ibubapa terpaksa melakukan sesuatu.

2. Usah lari dari masalah. Tak ada apa yang akan selesai dengan kita melarikan diri. Malah banyak masalah lain yang akan timbul.

3. Kasih sayang keluarga adalah kekuatan bagi setiap individu. Jadi hargai setiap ahli keluarga kita sebelum terlambat.

4. Hati-hati memadu kasih terutama di atas talian. Ada yang mungkin sedang mencuri-curi dengar perbualan kalian. Jaga-jaga!

5. Awas setiap kali nak berkongsi maklumat peribadi. Baik secara offline mahupun online.

6. Elakkan menipu untuk apa tujuan sekalipun. Penipuan hanya akan menjadi permulaan kepada masalah lain yang lebih besar.

7. Gunakan kepakaran dan kebolehan yang kita ada untuk tujuan baik. Biarlah ia memberi manfaat dan memudahkan urusan orang ramai.

Orang bisnes kena ingat ni, "Information is wealth". Maklumat adalah kekayaan. Tapi jangan salah guna maklumat pelanggan kita pula. Gunakan database sebaik-baiknya untuk majukan perniagaan yang kita usahakan.

Begitu.

#mamiEffy


Friday 13 December 2019

Adab Dalam Berurusan Sesama Kita

Dalam kehidupan sehari-hari, kita akan berurusan dengan ramainya orang. Pelanggan, supplier, orang tak dikenali, kawan-kawan dan keluarga.

Setiap urusan ini sama ada perbincangan, urusan jual beli dan sebagainya, melibatkan komunikasi sesama kita. Dan bila ianya berkenaan komunikasi dan hubungan, adab adalah perkara yang akan diberi perhatian.

Mereka yang berurusan dengan kita akan menilai sejauh mana kita menjaga adab. Di antara perkara-perkara kecil namun memberi impak besar dalam sesebuah komunikasi adalah:

1. Ucapan salam. - Memulakan perbualan dengan ucapan salam dilihat lebih sopan berbanding terus memanggil nama atau gelarannya. Atau terus kepada perkara yang ingin dibincangkan. Lebih-lebih lagi dengan stranger.

"Assalamualaikum atau Selamat pagi/petang. Boleh saya tahu tentang ..."

Begini lebih sopan berbanding,

"Sorry sis/bro. Boleh explain tentang ..."

2.  Berterima kasih. - Akhiri perbualan dengan ucapan terima kasih. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan urusniaga atau perbincangan tentang sesuatu. Ucapan ringkas terima kasih atau thank you akan mempunyai nilai sentimental yang sangat besar bagi setiap kita.

Jadi ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan kita.

"Maaf, buat masa ni belum lagi. Terima kasih ya jawab soalan saya."

3. Minta maaf jika terpaksa batalkan sesuatu yang awalnya kita dah persetujui. - Bila kita dah berjanji nak beli sesuatu atau bersetuju dengan tawaran tetapi tiba-tiba baru sedar ada komitmen lain yang perlu diutamakan.

Mintalah maaf kerana terpaksa batalkan order. Minta maaf segera, usah tunggu sehingga online seller hubungi kita dan beritahu barang dah sedia, tunggu kita bayar sahaja. Atau jika order makanan, usahlah tunggu sampai seller beritahu makanan dah siap. Naya orang tu.

Minta maaf nampak macam tak penting pun. Tapi itulah perkara yang buat orang selesa nak berurusan dengan kita atau tidak.

Tapi tapi tapi..

Janganlah pula asal tempah, batal, minta maaf. 3 kali berderet buat macam tu. Janganlah.

Ada baiknya sebelum buat perjanjian, periksa betul-betul keadaan kita. Adakah benar-benar bersedia untuk buat bayaran atau tidak.

Mudah kan? Cuma 3 perkara. Jika kita sama-sama praktikkan, insya-Allah setiap urusan akan berakhir dengan senyum bahagia dan rasa selesa.

🔸Kita jaga adab dengan orang lain, insya-Allah orang pun jaga adab dengan kita.

🔸Kita mudahkan urusan orang lain, orang pun insya-Allah mudahkan urusan kita.

Semoga kita dapat jadikan ini sebagai amalan. Insya-Allah.

#mamiEffy
Bermula dengan kita.

Beberapa Perkara Yang Boleh Dipelajari Daripada Thalaivar Superstar Rajnikant

12 Disember, bukan sahaja hari jualan murah seluruh negara. Ia juga merupakan hari lahir beberapa orang sahabat mami. Dan menariknya, mereka berkongsi tarikh lahir dengan superhero kesukaan ramai, Thalaivar Superstar Rajnikant.

Membaca kisah hidup beliau, banyak yang boleh diambil pengajaran. Dari seorang konduktor bas biasa, kini menjadi ikon terkenal di seluruh dunia. Hebat bukan?

Beberapa perkara yang mami belajar dari beliau adalah:

❤ Jadi unik dengan gaya tersendiri.

Peminat filem India (Tamil, Telugu mahupun Hindi), mesti perasan keunikan yang sering dibawa oleh beliau dalam setiap watak dan filem yang dilakonkan.

Dari gaya hayun tuala ke bahu sampailah ke trademark 'Lakalakalaka' dalam filem Chandramukhi, semuanya memberi impak tersendiri.

Setiap gaya beliau sukar ditiru oleh orang lain. Itulah yang menjadikan beliau sentiasa unik di mata peminatnya.

❤ Berani keluar dari kebiasaan.

Bayangkan, beliau cuma seorang konduktor bas. Tanpa keberanian untuk keluar dari rutin hidup seorang konduktor, mungkin hari ini kita tak dapat menonton lakonan-lakonan hebat beliau.

Untuk mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlu berani mencuba sesuatu yang berbeza dari apa yang biasa kita lakukan.

Misalnya, jika selama ini kita selesa copy paste ayat iklan orang dan post sebagai ayat sendiri, apa kata mulai hari ini kita beranikan diri untuk tulis ayat sendiri. Ayat yang lebih serasi dengan jiwa kita. Menjadi lambang dan identiti diri sendiri.

Percayalah, suatu masa kita juga akan berjaya menjadi penulis yang baik sebagaimana mereka yang kita copy ayatnya selama ini.

❤ Jaga disiplin diri.

Hanya dengan disiplin yang baik seseorang akan dapat membina kejayaan. Itulah yang dipraktikkan oleh Superstar Rajnikant.

Beliau berusaha menjaga nama baiknya dalam industri dan di kalangan masyarakat. Tidak terpalit dengan gosip-gosip liar yang boleh merosakkan nama baiknya, membuatkan beliau sentiasa dihormati.

Sehingga ada pendapat yang mengatakan sekiranya beliau menceburi bidang politik pun, beliau akan sentiasa mendapat sokongan kerana populariti dan kredibiliti yang dimilikinya.

Namun, Rajnikant sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai politik dan hanya berminat untuk berlakon filem sahaja.

Kita pun samalah. Kena ada disiplin diri. Tak kiralah sama ada kita online seller, ghostwriter mahu pun sesiapa sahaja.

Jaga disiplin diri dalam berurusan dengan orang lain. Dan jaga disiplin kerja juga. Insya-Allah kita pun boleh berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

❤,
#mamiEffy
1 lagi perkara yang mesti ada adalah rasa yakin dan percaya kepada Tuhan. RedhaNYA adalah perlu dalam setiap perkara yang kita usahakan.


PROMO 12/12 - 13/12 KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR

"Saya minat dan boleh menulis. Macam mana ya saya boleh gunakan kemahiran menulis ni untuk jana pendapatan?"

Jawapan:

Anda boleh tawarkan servis menulis bagi pihak orang lain atau kita gelar sebagai ghostwriter. Sebagai permulaan, sertai Kelas Online Ghostwriter Junior untuk mengetahui langkah-langkah untuk bermula sebagai ghostwriter.

Selain itu, anda juga akan dijemput masuk ke Support Group Ghostwriter Junior.

+ Kelas ONLINE selama 2 hari (Sabtu dan Ahad)
+ Waktu adalah fleksibel (tak perlu tunggu sepanjang masa di hadapan laptop/pc/smartfon)
+ Belajar 6 modul berkaitan perkhidmatan Ghostwriter.
+ BONUS menarik untuk setiap peserta.
.
.
Semak di link berikut bagi mendapatkan maklumat pilihan tarikh kelas. Juga terdapat testimoni para alumni.

https://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter/effysueffy

#mamiEffy


Pentingnya Profil Syarikat Yang Lengkap dan Kemas

Mengapa penting untuk menyediakan Profil Syarikat yang lengkap dan kemas?

❤ Menambah keyakinan terhadap kredibiliti syarikat.

❤ Memberi imej profesional.

❤ Memudahkan pihak berkenaan untuk merujuk sebarang maklumat penting berkaitan  syarikat.

❤ Memudahkan pihak berkenaan untuk kenalpasti siapa pemilik dan pemegang jawatan tertinggi dalam syarikat.

❤ Memudahkan semakan maklumat berkaitan pendaftaran dan keadaan kewangan.

Wednesday 11 December 2019

MAKLUMAN: PROMO DIS UNTUK KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR

🔸"Kak, saya pernah ambil upah tulis surat rasmi dan buatkan rancangan perniagaan untuk kawan. Kiranya saya ni ghostwriter ke?"

Ya. Sekiranya awak pernah menerima upah untuk menyiapkan tugasan sebegitu, maka awak adalah ghostwriter. Terus tawarkan servis menulis untuk jana pendapatan tambahan.

🔸 "Tapi kak, saya tak pasti caj yang saya kenakan tu berpatutan atau terlalu rendah. Kadang-kadang risau nanti orang kata mahal sangat."

Setiap tugasan ada standard cajnya. Biasanya alumni Kelas Online Ghostwriter Junior boleh semak standard caj ni dalam support group yang ada.
.
.
Untung jadi alumni ni. Apa-apa kemusykilan boleh refer dalam group support. Bukan tu saja. Melalui group support juga kita boleh dapat banyak peluang menulis.

Ada sahabat ghostwriter yang kongsi peluang menulis artikel, manuskrip buku malah berkongsi tentang job menulis content untuk website klien juga.

Nak sertai alumni kami?

Jom sertai Kelas Online Ghostwriter Junior sesi Disember yang akan berlangsung pada 14-15 Dis 2019 dan 21-22 Dis 2019 ini.

Daftar pada 12/12 (esok) untuk DISKAUN menarik.

*Seat adalah terhad. Jadi standby untuk daftar bermula 12.00 am nanti ya.

#mamiEffy

Wednesday 4 December 2019

Ghostwriter, Perlu Faham Kehendak Klien

Menulis bagi pihak orang lain ni memerlukan kita untuk memahami kehendak klien. Apa konsep penulisan yang diinginkan serta siapa sasaran pembaca mereka.

Misalnya, klien adalah seorang penceramah agama. Konsep penulisan yang diinginkan adalah santai tetapi sampai. Target pembaca adalah golongan remaja.

Maka sebagai ghostwriter, kita perlulah menulis content mengikut gaya yang selesa untuk pembacaan remaja. Penggunaan bahasa yang lebih rileks serta tidak terlalu menggunakan terma bahasa Arab yang sukar difahami (melainkan ada penerangan yang lebih jelas).

Ini baru 1 contoh. Segmen pelanggan untuk seorang ghostwriter adalah sangat luas. Tidak terhad kepada ahli agama atau usahawan sahaja.

Jika kita faham ini, mudahlah untuk kita menyiapkan tugasan yang diberi.

#mamiEffy

Tuesday 3 December 2019

Ghostwriter, Peluang Untuk Beramal Jariah Melalui Penulisan

Awal penglibatan mami sebagai penulis upahan atau #ghostwriter, mami selalu ingatkan diri yang pilihan kerjaya ni bukan sekadar untuk tambah pendapatan semata-mata. Lebih dari tu, mami nak beri sesuatu kepada orang lain.

Menjadi ghostwriter beri mami peluang untuk bantu ramai orang. Dari founder produk, sehinggalah ke ejen-ejen dan dropship. Alhamdulillah.

Mami dapat peluang bantu online seller dengan menyediakan copywriting dan content untuk media sosial mereka. Tentulah dengan sedikit upah yang berpatutan.

Ada juga kawan-kawan yang minta mami sediakan profil syarikat. Alhamdulillah, mami cuba berikan yang terbaik dengan caj yang bersesuaian. Begitu juga dalam penulisan surat rasmi bagi urusan dengan jabatan kerajaan dan sebagainya.

Ghostwriter macam mami juga peniaga. Kami menjual servis menulis untuk mudahkan pihak lain. Rugilah jika tak gunakan peluang ini untuk beramal jariah. Banyak peluang yang datang, tinggal terserah kepada budi bicara sahaja.

Insya-Allah, untuk mereka yang benar-benar perlu, mami cuba bantu sesuai dengan kemampuan dan keperluan.

❤,
#mamiEffy
Ghostwriter Jelita Anda.

Monday 2 December 2019

Vantha Rajavathaan Varuven

Kelmarin kami tonton filem Vantha Rajavathaan Varuven, lakonan Silambarasan. Filem tamil dengan konsep action comedy dan bertemakan kekeluargaan.

Vantha Rajavathaan Varuven mengisahkan seorang cucu yang berjanji untuk menyatukan semula datuknya dengan anak perempuan beliau yang telah terpisah akibat kemarahan dan egois. Best jugalah ceritanya walaupun tak banyak lawan pun. Cerita kekeluargaan kan.

Kami tak banyak tonton filem lakonan Simbu (nama manja Silambarasan). Taktau lah kenapa. Tapi watak beliau sebagai Adhi dalam filem Vantha Rajavathaan Varuven ni tak boleh tolaklah. Kacak oi dengan jambang dan potongan rambut yang kemas.

Lakonan beliau pun bersahaja. Walaupun tidaklah semanis Vijay Sethupathi (tak boleh lawan mata redup dia), tapi masih terserlah kemachoan seorang hero. Dengan tubuh sasa dan raut wajah serius, Simbu boleh dikatakan agak kacak juga dalam filem ni (dari mata mami lah).

Untuk makluman filem ni adalah remake dari filem Telugu yang bertajuk Attarintiki Daredi (2013). Versi Telugu watak utama dilakonkan oleh Pawan Kalyan sebagai Goutham.

Dari filem ini, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil.

1. Utamakan ibubapa. Terutamanya bila melibatkan hal besar seperti perkahwinan. Seeloknya dapatkan restu orangtua sebelum buat keputusan.

2. Sebagai ibubapa, cubalah fahami anak-anak. Beri peluang kepada anak untuk jelaskan apa yang mereka suka dan tanya adakah mereka setuju dengan sesuatu perkara yang kita putuskan. Anak-anak juga ada hak untuk memilih sebagaimana kita. Beri peluang.

3. Keluarga, marah macam mana pun mereka tetap keluarga. Kasih sayang tak akan pernah padam. Sekalipun terjadi sesuatu masalah, kasih dan rindu kepada sesama ahli keluarga akan selalu ada di hati masing-masing. Hanya kadangkala kita terlalu ikutkan rasa dan enggan menundukkan ego.

4. Kalau cinta, nyatakan. Usah pendam dan syok sendiri. Kalau cinta berbalas, hargai dan jaga baik-baik. Kalau sebaliknya, move on. Cinta tak boleh dipaksa. Nikmati hidup dan percayalah, bila tiba masa yang sesuai kita akan temui cinta yang ditakdirkan untuk kita.

Ini apa yang mami dapat. Kalau kalian dah tonton dan ada pengajaran lain yang kalian dapat, bolehlah kongsi juga. Mana yang baik, kita ikut. Yang tak elok, kita beringat.

Macam itulah.

#mamiEffy


SERVIS GHOSTWRITER: PROMO DISEMBER

#ISTIMEWA UNTUK KLIEN KESAYANGAN,
.
Disember ini kami berbesar hati memberikan DISKAUN bagi tempahan tugasan seperti tersenarai.
.
Juga terdapat #BONUS PERCUMA bagi tugasan terpilih.
.
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh terus hubungi kami di Servis Penulisan Mami Effy
.
Nota: Promo ini bermula 1 Disember sehingga 25 Disember 2019.
.
#mamieffy #ghostwriter

Wednesday 27 November 2019

Santa, Pelakon dan Pelawak Serba Boleh ❤

N.Santhanam, peminat filem tamil mesti kenal beliau ni. Pelawak berkulit cerah dan boleh tahan kacak gayanya. Comel pun iya juga. Hehe.

Dikenali dengan nama popular Santa, beliau antara pelakon pelawak yang kami suami isteri suka, selain Rajendran, Manobala dan Kovai Sarala.

Santa ni bukan sahaja seorang pelakon dan pelawak, malah merupakan seorang producer juga! Hebat rupanya weh pelawak yang selalu berlakon watak kecoh-kecoh ni.

Antara filem-filem lakonan Santa adalah:

1. Singam 2 - Lakonan beliau bersama Surya, Anushka Shetty dan Hansika Motwani.

2. Aranmanai - Cerita seram popular. Antara filem seram yang mami suka sangat.

3. Oru Kal Oru Kannadi - Lakonan beliau bersama Udhayanidhi Stalin dan Hansika Motwani.

4. Dhilluku Dhuddu - Ni kalian boleh tengok lakonan Santa sebagai pelakon utama dan pelawak Rajendran pun ada sama dalam filem ni.

5. Alex Pandian - Lakonan mantap bersama Karthik dan Anushka Shetty. Syok filem ni. Kalau tak tengok lagi, tengoklah!

Santa antara pelakon yang sangat berbakat. Ini dibuktikan dengan banyaknya award yang pernah diterima oleh beliau. Bukan calang-calang orang kan yang boleh dapat award pelakon terbaik ni.

Okaylah, ini saja yang mami dapat kongsikan tentang Santa. Actually banyak lagi filem best dan facts tentang Santa ni. Tapi tak dapatlah nak tulis semua. Anak dah ajak sembang pasal biskut pulak dah. Haha.

Owh ya! Filem Siruthai pun best tau. Best sangat!

#mamiEffy


Pentingnya Content Bermanfaat

Jika kita menjual di media sosial, amat penting untuk berkongsi content yang bermanfaat kepada pembaca.

Ia bukan sahaja untuk menambah keyakinan mereka terhadap kredibiliti kita sebagai peniaga, malah content yang disampaikan dengan baik mampu menarik lebih ramai prospek.

Contoh, jika kalian menjual produk pakaian wanita. Kongsikan content berkaitan fesyen terkini, trend warna semasa dan tutorial menggayakan sesuatu pakaian.

Ia pasti akan menarik prospek yang sukakan fesyen untuk FOLLOW kalian di media sosial.

Thursday 21 November 2019

Kemaskini Kelas Online Ghostwriter Junior November

KEMASKINI KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR

23 -24 November 2019
TINGGAL 4 SEAT SAHAJA LAGI.

Disember hanya ada 2 kelas sahaja. Daftar sekarang sebelum semua seat PENUH.

Kelebihan menyertai kelas online:

❤ Masa fleksibel
❤ Kelas yang praktikal
❤ Ada alumni yang boleh dirujuk selepas kelas
❤ Bernaung di bawah UpahMenulis, ada rezeki boleh kerjasama dengan ghostwriter lain.
❤ 3 BONUS yang sangat berbaloi untuk dimiliki

Jom daftar sekarang di ⤵

Kelas Online Ghostwriter Junior

#mamiEffy

Wednesday 20 November 2019

Servis Ghostwriter : Nak buat slide presentation? Kami boleh bantu!

MINGGU DEPAN NAK KENA PRESENT DAH. SATU SLIDE PUN TAK SIAP LAGI NI! ADUHHHHHH~

Ingatkan Profil Syarikat tu kena bagi hard copy folio saja. Sekali bos nak suruh buat presentation guna slide show pulak. Kerja banyak lagi tak siap. Mana sempat nak mengadap power point pulak ni. Stress la!

Servis Penulisan Mami Effy kini menerima tempahan menyediakan slide pembentangan menggunakan Power Point. Antara slide pembentangan yang kami boleh bantu sediakan adalah:

1. Profil Syarikat
2. Rancangan Perniagaan
3. Penerangan Produk

Dengan maklumat lengkap yang disediakan oleh pihak klien, slide insya-Allah dapat disiapkan dalam tempoh *7 hari dari tarikh pengesahan bayaran.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, terus klik DI SINI.

*Bergantung kepada tahap kerumitan fakta dan tempoh untuk pihak kami study maklumat yang disediakan.

#mamiEffy


Apa Masalahnya Ni?

"Dhia! Apa masalah Dhia ni ha? Apa salah Emi kat Dhia?"

Dhia tersentak. Dah apa hal si Emi ni? Tiba-tiba nak mengamuk tak tentu arah.

"Emi cakap apa ni? Dhia tak fahamlah."

"Hey, tak payah nak drama sangat eyh! Ingat Emi taktau apa Dhia cakap dengan Zikri? Jangan ingat Dhia boleh rampas Zikri dari Emi!"

"Apa benda yang Emi merepek ni hah? Eh, Dhia malaslah! Banyak kerja lain nak buat."

Dhia bergegas bangun mahu meninggalkan Emi, namun langkahnya dihalang.

"Emi belum habis cakap lagi! Dhia dengar sini eyh, Zikri tu milik Emi. Emi takkan sesekali benarkan sesiapa pun jadi penghalang antara Emi dengan Zikri. Termasuk Dhia."

"Hey, suka hati Emilah! Dhia pun taknaklah berebut Zikri tu dengan Emi. Ambiklah! Dhia ni sekarang lagi sibuk nak siapkan kerja menulis untuk klien, tau? Yang nak Dhia buatkan content FB Page, nak buat profil syarikat lagi. Mana ada masa Dhia nak kacau Zikri tu!"

Emi terdiam. Dahinya berkerut memandang Dhia. Menulis?

"Bila pulak Dhia jadi penulis ni? Kenapa Emi taktau?"

"Hish, dah 2 bulan Dhia jadi ghostwriter. Dhia join Kelas Online Ghostwriter Junior anjuran UpahMenulis.com sebelum ni. Yelah, nak keluar kan susah. Asyik terperuk kat rumah, bosanlah."

"Masa bila Dhia belajar? Emi tak pernah nampak pun Dhia mengadap laptop."

Emi bertambah kehairanan. Dhia menarik nafas panjang. Banyak pulak soalan Emi ni.

“Macam ni, kelas tu kelas online. Setiap hari Sabtu dan Ahad. Tarikhnya boleh pilih daripada jadual yang dah ditetapkan. Masa pulak fleksibel. Jadi Dhia boleh tengok nota dan buat tugasan semua ikut kesesuaian masa Dhia. Tak payah nak mengadap laptop sepanjang hari.”

“Oo..”

Emi angguk-angguk tanda faham. Dhia sedikit lega bila Emi dah tak tanya apa-apa.

“Dhia!”

Ishh, ada lagi si Emi ni! Ingat dah habis soalan.

“Apa lagi, Emi?”

“Kalau Emi nak jadi ghostwriter jugak boleh?”

“Emi? Jadi ghostwriter? Serius ke?”

“Yelah. Serius. Kalau Emi jadi ghostwriter, mungkin Emi ada kerja nak buat. Sekarang tak ada buat apa-apa. Tu yang kepala asyik fikir bukan-bukan. Nak Zikri ada depan mata saja.”

Heh, sedar pun! Dhia tergelak dalam hati.

“Hmph, kalau Emi nak jadi ghostwriter kenalah belajar dulu. Join kelas online anjuran UpahMenulis.com tu. Nanti jadi ghostwriter di bawah naungan UpahMenulis. Ada alumni, senang nak rujuk kalau ada masalah apa-apa.”

“Haaa, okaylah! Macam mana nak join kelas tu?”

“Serius nak join? Nanti Emi klik jer kat SINI," kata Dhia seraya menunjukkan link ke portal pendaftaran kelas tersebut.

“Orait! Senanglah Dhia dah wasapkan link tu kat Emi. Thanks, Dhia! Thanks sangat tau!”

Dhia senyum kelat. Pelik betul Emi ni. Tadi datang serang jerit-jerit. Sekarang elok pulak. Hishh, pelik!

#mamiEffy
Geram kan?


Tuesday 19 November 2019

Vijay Sethupathi yang redup matanya. ❤

"Siapa hero cerita ni?" tanya suami.

"Entah, tak pernah tengok pun."

Macam tulah reaksi mami masa mula-mula tengok filem lakonan si dia yang manis bermata redup ni. Memang tak kenal langsung dan tak ingat pun filem apa yang kami tengok masa tu.

Beberapa hari lepas tu, tengok filem lain.

"Eh, hero yang kelmarin tu lah!"

Terberia pulak mami jerit kat suami. Haha. Sebab first time tengok dia berlakon dulu, rasa macam dah melekat rupa dan nama Vijay Sethupathi dalam kepala. Dah set kalau dia yang berlakon, mesti cerita best sangat.

Dan memang macam tu lah setiap kali pun. Lakonan beliau tak pernah mengecewakan. Mesti ada saja segmen yang fuhhh, perghhh dan uishhhh dalam watak yang dibawakan.

Vijay Sethupathi atau nama sebenarnya Vijaya Gurunatha Sethupathi merupakan seorang pelakon filem, penerbit, penulis lirik dan penulis dialog. Beliau terlibat secara aktif dalam dunia perfileman Tamil di samping beberapa filem Telugu dan Malayalam.

Sebelum beliau mula berlakon sebagai hero, 5 tahun lebih beliau menimba ilmu sebagai pelakon tambahan dan watak-watak kecil dalam banyak filem. 5 tahun lebih, beb! Baru dapat jadi hero. Nampak banyak tak banyak pengalaman di situ?

Bagi yang tak pernah tengok lakonan Vijay Sethupathi, ini mami kongsikan beberapa judul filem yang kalian boleh cuba tonton.

1. Vikram Vedha - Lakonan mantap beliau bersama R. Madhavan. Dalam filem ni beliau memegang watak Vedha, lelaki yang diburu pihak polis. Filem ni konsepnya cerita dalam cerita. Kena fokus betul-betul untuk faham keseluruhan cerita.

2. Rekka - Beliau melakonkan watak Shiva, seorang lelaki berhati baik yang selalu tolong pasangan bercinta untuk lari dari orang-orang yang menghalang cinta mereka. Satu hari Shiva dipaksa untuk culik anak gadis seorang ahli politik. Apa yang terjadi, kenalah tengok nanti tau!

3. Sethupathi - Kisah seorang pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan seorang inspektor. Penyiasatannya membawa kepada penangkapan seorang lelaki berpengaruh di Madurai. Nak tahu apa akibat daripada penangkapan tersebut? Pastikan kalian tonton filem ni.

4. Junga - Seorang konduktor bas yang biasa-biasa, mengambil jalan menjadi penjenayah demi menuntut kembali harta pusaka keluarganya yang terlepas ke tangan Chettiyar. Haaa, ni macam teori orang jahat tu adalah orang baik yang teraniaya. Haha.

5. 2019 ada beberapa filem beliau yang release di pasaran. Antaranya Sye Raa Narasimha Reddy (Drama Action Fiction), Super Deluxe (Drama Thriller) dan Sindhubaadh (Drama Thriller). Yang terbaru release di India filem  Sangathamizhan (Drama Action).

Filem-filem 2019 ni mami tak sempat nak tonton lagi. Berbagi masa tonton filem hero-hero lain. Hehe. Banyak nau masa mami kan? Hahaha.

Menonton ni bila nak release stress idea tak datang lah. Ghostwriter kan. Kadang hilang juga idea nak tulis content untuk klien. Tengok filem tamil dulu. Nak pulak hero dia mata redup, kening lebat, senyum manis. Aishhhh haha!

Okaylah, nak sambung tulis content klien. Semoga sharing pasal filem Vijay Sethupathi ni dapat bagi idealah untuk kalian tonton dengan famili nanti.

Selamat menonton untuk semua!

#mamiEffy


Servis Ghostwriter : Profil Syarikat

Kami masih terima tempahan menyediakan profil syarikat, sama ada dalam bentuk slide presentation mahupun format folio A4 yang biasa.

✅ Setiap tempahan insya-Allah siap dalam tempoh 10 hari.

✅ Klien hanya perlu bayar deposit 50% sebelum kerja menulis dimulakan.

✅ Pembetulan atau penambahan maklumat pada profil yang telah siap boleh dilakukan sebanyak 1 kali secara PERCUMA, dalam tempoh 7 hari dari tarikh serahan soft copy.

Sebarang pertanyaan/perbincangan, terus klik link berikut:

Servis Penulisan Mami Effy




#mamiEffy

Wednesday 13 November 2019

Ghostwriter: Bila Rasa Lemau Rehat dan Membacalah

Sebagai #ghostwriter, ada masa mami hilang arah juga bila nak menulis. Ada masa lemau tu datang juga. Tak sepanjang masa pun badan cergas minda cerdas.

Tapi mami selalu ingatkan diri. Lemau ni kalau dilayan, lama-lama jadi malas. Bahaya!

Jadi untuk elakkan rasa lemau terus bermahajaralela, mami ambil inisiatif untuk membaca. Bahan bacaan terbaik adalah yang dapat naikkan semangat kerja kita semula.

Macam mami, baca #Ebook Ghostwriter The Confessions lah salah satunya. Waktu diri nak lemau, buka ebook ni dan baca kisah kejayaan ghostwriter lain. Malah ada banyak tips berguna juga.

Dengan cara ni mami dapat bendung rasa lemau tu. Bukan apa, bila baca cerita kawan-kawan ghostwriter yang dapat job menulis dari luar negara, dapat job dengan upah 5 angka, itu semua jadi motivasi yang baik untuk boost kan semangat yang lemau tadi.

Sebab itulah Ebook Ghostwriter The Confessions antara bahan bacaan yang perlu ada dalam koleksi. Agak nak melemau, cepat-cepat belek. Insya-Allah akan rasa lebih baik.

Nak baca Ebook ni juga?

Klik Ebook Ghostwriter The Confessions

#mamiEffy

Tuesday 12 November 2019

Servis Ghostwriter: Macam mana nak buat orang tahu tentang servis kita?

Mami kerap ditanya,

"Macam mana ya nak bagi orang tau apa kita tawarkan? Contoh macam saya nak jadi #ghostwriter, macam mana nak cerita dengan orang yang saya ni ambil upah tulis surat, tulis artikel semua tu?"

Mami jawab,

"Yang pertama, masuk kelas, belajar dulu. Dalam #Kelas_Online_Ghostwriter_Junior akan diajar cara kita nak kenalkan diri kepada audien.

Ada tugasan reka digital business card. Tak susah. Sangat mudah. Akan diberitahu apps apa nak guna. Bila dah siap, boleh guna kad tu untuk approach client.

Ala-ala "This is my card." Bezanya dibuat secara online.

Ada juga tugasan untuk buat posting di wall peribadi. Yang ini pun sangatlah mudah. Ada contoh-contoh yang akan diberi. Ambil dan gunakan dengan kreativiti sendiri.

Lazimnya, pada tugasan ni ada peserta yang akan mula terima tugasan. Insya-Allah.

Kelas Online Ghostwriter Junior ni kelas yang sangat praktikal. Lepas habis kelas pun kalian boleh guna segala teknik yang diajar semasa kelas untuk dibuat setiap hari.

Ramai yang perlukan khidmat ghostwriter. Kita akan mula dapat perhatian bila orang mula sedar kewujudan kita. Jadi kena selalulah war-warkan apa yang kita buat.

Nak lebih tips lagi, boleh baca #Ebook Ghostwriter The Confessions. Dalam ebook ni, 17 orang ghostwriter berkongsi pengalaman dan tips. Setiap seorang ada kisah tersendiri.

Malah kalau nak tahu peluang-peluang besar dalam dunia ghostwriter ni, molek sangatlah kalian baca ebook ni. Ada perkongsian dari ghostwriter yang dapat job menulis untuk syarikat besar di luar negara. Ada juga diajarkan cara perkenalkan diri di pasaran antarabangsa.

Baca dan tinggal kalian nak apply atau tidak. Itu sahaja. Platform untuk belajar dan ulangkaji dah tersedia. Keputusan di tangan kalian sendiri."

Mami sendiri masih apply teknik-teknik yang diajar dalam kelas dan ebook ni. Alhamdulillah, sehingga hari ini, ada sahaja tugasan yang diterima.

Lebih syukur bila kebanyakan klien adalah dari rekemen kawan-kawan fb dan klien terdahulu.

Terima kasih kepada kalian yang banyak support dan bantu sebarkan tentang mami. Semoga Allah luaskan rezeki kalian juga. Insya-Allah.

Untuk yang bersungguh nak belajar menjadi ghostwriter, boleh mula mendaftar. Kelas sesi November akan bermula hujung minggu ini.

Jom! Klik Kelas Online Ghostwriter Junior

#mamiEffy

Thursday 7 November 2019

Nak Buat Duit Dengan Menulis?

Tahukah anda dengan menulis pun kita boleh jana pendapatan?

Tahukah anda dengan menulis artikel pun boleh jadi sumber pendapatan bagi seorang surirumah mahupun pelajar kolej/universiti?

Tahukah anda ramai individu yang bekerjaya juga mengambil upah menulis sebagai ghostwriter untuk tambah pendapatan?

Menarik kan?

Nak belajar bagaimana dengan menulis anda boleh jana pendapatan?

Jom sertai Kelas Online Ghostwriter Junior dan dapatkan Ebook Ghostwriter The Confessions. Ada banyak ilmu yang anda akan pelajari dari Kelas Online dan Ebook ini.

Untuk daftar Kelas Online Ghostwriter Junior klik SINI

Untuk dapatkan Ebook Ghostwriter The Confessions klik SINI

#mamiEffy

Servis Ghostwriter : Menulis Bagi Pihak Anda!

Dalam kesibukan mengurus perniagaan dan keluarga, kadang-kadang tak sempat nak tulis content untuk website, page dan blog kan?

Ada juga yang perlu siapkan dokumen-dokumen seperti Profil Syarikat, Laporan Minit Mesyuarat dan Surat-surat Rasmi. Tapi dek kerana sibuk dengan kerja yang bersusun, terlepas pandang pula.

Apa kata kalian yang hadapi masalah seperti di atas dapatkan khidmat ghostwriter untuk menulis bagi pihak kalian?

Dengan caj berpatutan, Insya-Allah tugasan pun boleh siap dalam tempoh yang dipersetujui.

Nak mami bantu siapkan dokumen-dokumen untuk kalian?

Hubungi mami di sini Servis Penulisan Mami Effy

Saya suka menjadi ghostwriter ❤

Mungkin ada yang belum tahu bahawa mami ni dulu seorang Penolong Pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Sebelum tu mami bekerja di Lapangan Terbang KLIA di bahagian customer service.

Masa letak jawatan dari jabatan kerajaan, ramailah yang kata macam-macam. Ahli keluarga dah semestinya. Sampai ke hari ni, pergi mana-mana pun masih orang bercakap tentang tu.

Yang terbaru, adalah kenalan tegur. Dia tanya mami buat apa sekarang?

"Saya ghostwriter sekarang ni. Menulis untuk orang lain."

Sambil senyum mami jawab.

"Itulah, dulu elok-elok dah kerja pegawai kerajaan. Kau berhenti. Sekarang dah jadi penulis."

Senyum lagi mami. Pakej siap ketawa. Haha.

Mami tak kisah pun apa orang kata sekarang. Kalau 3-4 tahun dulu mungkin sedihlah. Ralat, salahkan diri sebab lepaskan jawatan tu.

Sekarang boleh senyum manis tersimpul lagi. Sebab kalau tak letak jawatan tu dulu, mungkin mami tak jadi ghostwriter jelita yang kalian kenal.

Dulu dapat gaji setiap akhir bulan. Sekarang, alhamdulillah, dari awal bulan sampai ke akhir bulan ada sahaja upah dari klien yang tempah tugasan menulis. November ni, dalam minggu pertama sahaja dah dapat 4 angka pendapatan.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada klien yang beri kepercayaan. Walaupun keadaan kesihatan masih tak berapa okay sepenuhnya, klien tetap percaya mami dapat siapkan tugasan yang diberi dengan baik.

Masa tak sihat kelmarin adalah beberapa tugasan yang pending. Insya-Allah dah boleh mula submit sikit-sikit.

Dapat klien memahami dan boleh tolak ansur pun rezeki juga untuk penulis upahan macam mami. Syukur sangat-sangat.

Inilah sebabnya mami selesa dengan kerjaya sekarang. Walaupun masih ada yang anggap mami cuma surirumah biasa, itu tak mengapa. Mami senyum saja.

Yang penting mami selesa bekerja sambil layan anak-anak tengok Upin dan Ipin. Sesekali layan Superwings dan menyanyi sama-sama bila keluar lagu Pada Zaman Dahulu.

Seronok. 😊

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita yang bahagia. ❤


Servis Ghostwriter: Pemudahcara Bagi Tugas-tugas Menulis

Mereka yang menggunakan khidmat Ghostwriter bukanlah tidak pandai menulis atau tidak mahu menulis sendiri.

Kebiasaannya, mereka ada idea yang baik. Sesetengahnya siap dengan peta minda yang menjelaskan setiap idea yang mereka ada.

Cuma kadang-kadang disebabkan kekangan masa, mereka terpaksa dapatkan khidmat ghostwriter untuk siapkan kerja-kerja berkaitan penulisan. Boleh jadi juga kerana masalah kesihatan atau tuntutan kerja yang terlampau banyak untuk diuruskan.

Ghostwriter bolehlah dianggap sebagai pemudahcara bagi membantu banyak pihak menyiapkan kerja bertulis mereka.

Itulah Ghostwriter.

Perlukan Servis Ghostwriter?

Hubungi mami di Servis Penulisan Mami Effy

Wednesday 6 November 2019

Servis Ghostwriter : Diskaun Sempena Jualan 11.11

Setiap tahun bila sampai tarikh 11/11, mesti ada jualan murah dan tawaran menarik dari pelbagai produk dan servis.

Mami pun rasa nak meriahkan juga Jualan 11/11 kali ni.

Untuk Servis Penulisan Mami Effy, kami tawarkan DISKAUN sebanyak RM20 bagi setiap tempahan Story Selling. Caj asal adalah RM50. Jadi sehingga 11.59 pm 11hb November nanti, caj cuma RM30 SAHAJA.

Story Selling tu macam mana?

Haa, klik link di bawah ni ⤵

Contoh Story Selling

Berminat untuk tempah atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi mami melalui wasap. Klik sini Servis Penulisan Mami Effy


Ghostwriter, Penulis Di Belakang Tabir

Ghostwriter, menulis bagi pihak lain agar urusan mereka jadi lebih mudah.

Ghostwriter, menulis di belakang tabir tanpa sebarang kredit. Cuma dibayar upah atas hasil penulisannya.

Ghostwriter, menulis dengan panduan idea dan kehendak yang jelas dari klien.

Ghostwriter, menulis dengan sepenuh hati agar hasil terbaik dapat diberikan kepada klien.

Ghostwriter, menulis mengikut rentak bahasa klien agar pembaca tidak tahu apa yang dibaca adalah hasil tulisan seseorang yang tidak diketahui.

Itulah ghostwriter. Itulah mami.

Nak mami bantu kalian dalam kerja penulisan?

Servis Penulisan Mami Effy

Tuesday 5 November 2019

Servis Ghostwriter: Contoh Story Selling

"Odah tak kira. Kali ni apa nak jadi pun jadilah. Odah tetap dengan keputusan Odah!"

"Tapi keputusan Odah tu tak betul. Abang tak boleh nak sokong. Salah, Odah!"

"Ahh, abang tu apa yang Odah nak buat ada saja yang salah. Semuanya tak betul!"

"Iyalah! Odah cuci ikan dengan sabun mandi, memang salah! Odah nak buat karipap tapi bancuh tepung macam nak buat cucur. Kenalah abang tegur. Hah, ini nak keluar dengan muka berconteng macam badut. Memanglah abang tak bagi."

"Apa pulak conteng? Ini Odah mekap. Abang apa tau. Huh!"

"Hishhh, Odah. Ini conteng, bukan mekap, Odah. Dengar cakap abang. Bersihkan mekap tu. Lepas tu baru keluar."

Rahmat masih cuba memujuk Odah. Dalam hatinya dah keliru nak ketawa atau kasihan. Marah pun ada juga. Kenapalah isterinya ni tiba-tiba nak bersolek pulak? Selalu selamba saja dengan kemeja, seluar jeans bagai. Mekap pun masa majlis kahwin mereka 8 tahun dulu saja.

Odah masih marah. Sampai hati Rahmat kata mukanya macam badut. Penat dia bermekap tadi. Berjam-jam lamanya. Ingat senang nak pakai eyeshadow ni? Nak lukis kening, pakai celak mata. Menangis dibuatnya.

"Odah~" Rahmat memanggil lembut.

Dia tahu isterinya sedih. Dia faham isterinya cuba nak cantik-cantik untuknya. Dia tahu semua. Tapi Odah dah salah mekap.

"Abang tau, Odah nak cantik-cantik untuk abang. Odah dah cantik. Tak mekap macam sebelum ni pun Odah cantik. Kalau Odah mekap betul caranya, mesti cantik lagi.

Odah nak belajar mekap? Abang kenalkan Odah dengan kawan abang. Dia consultant Mary Kay. Dia akan tunjukkan cara pakai alat solek dengan betul. Odah boleh belajar sampai pandai. Produk mekap nanti pun Odah boleh belajar kenal mana yang perlu, mana tak perlu. Odah setuju?"

Odah memandang suaminya, Rahmat. Hatinya sedikit terpujuk. Perlahan Odah anggukkan kepala.

Fuhhh~ Rahmat lega.

"Nanti kita jumpa kawan abang tu. Odah boleh belajar dengan dia. Bila dah pandai mekap nanti, Odah mekaplah cantik-cantik untuk abang ya?"

Odah angguk lagi dan senyum bahagia. Rahmat ikut tersenyum. Dalam hatinya berkata, "Mujur ada kawan consultant Mary Kay. Legaaaa~"

*********

Ini contoh Story Selling. Yang ni mami guna contoh consultant Mary Kay. Contoh sahaja.

Kalian yang berminat nak mami tuliskan Story Selling macam ni, boleh wasap mami. November ni mami bagi DISKAUN RM20 untuk setiap tempahan.

Maklumat lanjut wasap mami di
Servis Penulisan Mami Effy

#mamiEffy

Servis Ghostwriter: Diskaun RM20 untuk tempahan Story Selling

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera untuk semua.

November ni, Servis Penulisan Mami Effy ada buat OFFER Diskaun RM20 untuk penulisan story selling.

Story selling ni untuk iklankan produk atau servis sama macam copywriting juga. Cuma dalam bentuk cerita fiksyen. Ala-ala drama gitu.

Ada unsur kelakar, sedih, kecewa. Tapi biasanya mami pilih untuk masukkan unsur kelakarlah. Seronok orang nak baca, kan?

Jadi sesiapa yang nak mami buatkan story selling, bolehlah wasap mami di Servis Penulisan Mami Effy

Nak tengok contoh story selling yang mami buat? Terus ke FB Effy Sueffy

Di ruangan Highlight, ada beberapa story selling di situ. Nak terus wasap mami pun boleh juga. Tak ada masalah.

DISKAUN RM20 tau, untuk tempahan November ini sahaja.

Jom tempah sekarang!

Monday 4 November 2019

Ghostwriter Memudahkan Kerja Penulisan Klien

Ada ketika, kita begitu bersemangat nak berkongsi sesuatu dengan pembaca. Namun idea yang ada seperti tersekat di minda sahaja. Tidak sampai ke jari untuk diterjemah menjadi ayat-ayat yang bermakna.

Itulah sebabnya wujud servis ghostwriter dalam dunia penulisan. Ia untuk memudahkan kerja-kerja menulis bagi pihak mereka yang ada kekangan masa dan idea.

Di antara tugasan yang boleh kita minta ghostwriter siapkan adalah:

1. Menulis artikel.

2. Menulis S.O.P syarikat.

3. Menulis profil syarikat.

4. Menulis surat rasmi.

5. Menulis content untuk media sosial.

6. Menulis alihbahasa untuk dokumen.

7. Menulis e-book.

8. Menulis buku kisah hidup.

9. Menulis buku panduan (untuk orang bisnes).

10. Menukarkan audio/video kepada teks.

Kalian ada tugasan menulis yang mahu kami bantu siapkan?

Sunday 3 November 2019

Tamannaah Yang Cantik Jelita

Kanne Kalaimaane di Channel 202 malam tadi. Lakonan Udhayanidhi Stalin dan Tamannaah. Walaupun sibuk dengan kerja servis ghostwriter, mami masih sempat nak menonton dengan keluarga. Bonding time, kan?

Sebenarnya mami bukan nak cerita pasal filem Kanne Kalaimanne ni. Mami lagi suka nak cerita pasal Tamannaah Bhatia, heroin cantik jelita yang turut membintangi filem meletop, Baahubali.

🔸 Tamannaah, dilahirkan pada 21 Disember 1989. Tak lama lagi dah nak sambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 tahunlah nampaknya.

🔸 Beliau bukan sahaja berlakon dalam filem-filem Tamil dan Telugu, malah turut terlibat dalam beberapa filem Hindi juga.

Di antara filem-filem lakonan beliau adalah

+ Baahubali : The Beginning (2015)
+ Baahubali 2 : The Conclusion (2017)
+ Veeram (bersama Ajith Kumar)

+ Himmatwala (bersama Ajay Devgan)
+ Entertainment (bersama Akshay Kumar)
+ Humshakal (bersama Saif Ali Khan)

Dan banyak lagi filem-filem yang hit, semi-hit serta beberapa filem yang kurang 'menjadi'. Humshakal misalnya, mendapat kritikan agak teruk. Tamannaah pula menerima pencalonan bagi kategori 'Worst Actress' dalam 7th Golden Kela Award.

🔸 Beliau juga seorang model dan penari. Pada 2014, beliau terlibat dalam pengiklanan PETA yang menggalakkan konsumer untuk membeli barangan kosmetik yang tidak diuji kepada haiwan.

🔸 Mula terlibat dalam dunia perfileman ketika berusia 15 tahun (2005) dalam filem Bollywood, Chand Sa Roshan sebelum mula berlakon dalam filem Telugu dan Tamil.

Mami mula minat dengan Tamannaah masa mengandungkan Rayffa. Entah kenapa taktaulah. Tapi suka sungguh tengok Tamannaah dalam filem Tutak Tutak Tutiya (lakonan bersama Prabhu Deva). Filem ni Tamannaah dirasuk hantu. Hantu yang nak jadi pelakon popular. Komedi seram gitu.

Okaylah. Ini sahaja serba sedikit tentang heroin kesukaan mami, Tamannaah Bhatia.

Untuk yang minat juga, yeayyy kita geng! Yang tak berapa minat, lain kali mami tulis tentang heroin lain pula ya.



#mamiEffy
Tulis ni sambil suami jadi pengulas filem Kanne Kalaimaane. Dan ya, kami tak tengok final Kedah Vs JDT semalam sebab suami tak minat bola.


Saturday 2 November 2019

Servis Ghostwriter : Menulis Story Selling

November ini kami tawarkan DISKAUN RM20 dari harga asal (RM50) bagi tempahan STORY SELLING.

🔸Story selling adalah penulisan untuk iklankan produk dalam bentuk cerita/cereka yang mengandungi unsur-unsur kelakar, gembira atau seram kelakar.

🔸Sesuai untuk pelbagai jenis produk dan untuk rekrut ejen juga.

🔸Panjang setiap story selling di antara 300 sehingga 400 patah perkataan.

Sekiranya berminat, sila hubungi kami melalui link berikut:

Servis Penulisan Mami Effy

Terima kasih. ❤


Wednesday 30 October 2019

Ghostwriter: The Confessions

Ghostwriter: The Confessions merupakan sebuah Ebook yang mengumpulkan perkongsian perjalanan kerjaya 17 orang ghostwriter.

Ia turut mengandungi tips-tips bermanfaat tentang memulakan kerjaya sebagai penulis upahan. Ada yang berkongsi teknik untuk pitching klien, bagaimana nak bina profil yang meyakinkan serta beberapa tips rahsia yang lain.

Ebook ini antara koleksi wajib baca bagi kalian yang mahu mendalami bidang ghostwriter ini.

Jika mahu miliki Ebook ini, boleh terus klik di sini, Ghostwriter The Confessions


Servis Ghostwriter: Menulis Kisah Hidup

"Puan, saya seorang mualaf. Saya nak kongsi cerita hijrah saya dengan orang ramai. Cuma saya tak berapa pandai nak susun ayat. Boleh puan bantu?"

Insya-Allah, boleh. Menjadi tanggungjawab seorang ghostwriter untuk membantu tuan-puan yang mahu menulis kisah hidup untuk dikongsi dengan orang ramai.

Ada klien yang mahu kisah mereka dibukukan. Ada juga yang mahu berkongsi kisah tersebut di media sosial seperti blog dan Facebook.

Insya-Allah, mana-mana bentuk penulisan pun boleh dibuat.

Untuk pertanyaan atau perbincangan, terus hubungi saya melalui Servis Penulisan Mami Effy

#mamiEffy
Sedia berkhidmat.

Etika Sebagai Ghostwriter

Sejak terlibat secara aktif sebagai ghostwriter atau penulis upahan ini, mami telah menetapkan beberapa etika kerja yang mesti dipatuhi.

1. Kerahsiaan.
Ini paling wajib seperti kata guru mami. Seorang ghostwriter tidak boleh sesekali memberitahu orang ramai bahawa beliau sedang menulis untuk Klien A, B atau C.

Maklumat mengenai klien adalah rahsia di antara klien dan ghostwriternya.

2. Amanah.
Seorang ghostwriter mestilah amanah dalam melaksanakan tugasannya. Sebaik sahaja klien bersetuju untuk bekerjasama dan membuat bayaran, ghostwriter mestilah memberi 200% komitmen untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Amanah dengan tempoh masa yang dipersetujui serta amanah dengan kerja menulis. Tidak sekadar melepas batuk di tangga atau copy paste artikel orang lain dan dihantar kepada klien.

3. Rajin.
Menjadi seorang ghostwriter juga mesti rajin. Rajin ulangkaji, rajin membaca, rajin bertanya dan sentiasa luangkan masa untuk belajar lebih lagi.

Sifat rajin disertai dengan minat yang mendalam terhadap bidang penulisan akan membantu ghostwriter untuk memberikan hasil kerja yang terbaik kepada klien.

Inilah 3 etika kerja yang mami pegang sehingga kini. Mungkin akan bertambah lagi nanti.


#mamiEffy

Dhanush: Hero Kesukaan Ramai

Kelmarin di TV3 ada tayangan filem Vellai Illa Pattadhaari (VIP). Malamnya di channel 202 Astro, filem Maari 2 (sekuel Maari). Hari berikutnya, di TV3 siang tadi VIP 2 dan sebelah malam di channel 202 filem Pakkiri pula ditayangkan.

Kesemua filem ini menampilkan hero kacak tinggi lampai, Dhanush. Siapa Dhanush ni?

Buat yang belum tahu, jom mami kongsikan sikit maklumat tentang Dhanush yang diminati ramai ni.


Dhanush atau nama sebenarnya Venkatesh Prabhu dilahirkan pada 28 Julai 1983. Dah 36 tahunlah kiranya Dhanush ni sekarang. Dah berkahwin pun pada November 2004 dulu.

Isteri beliau, Aishwarya R. Dhanush adalah anak perempuan kepada pelakon popular India, Rajinikant (Sivaji The Boss).

Dhanush yang juga digelar Bruce Lee of Kollywood, lahir dalam keluarga pembikin filem. Ayahnya Kasthuri Raja, merupakan penerbit dan pengarah filem. Abang kepada Dhanush pun pengarah juga. Selvaragavan namanya.

Perkahwinannya dengan Aishwarya dikurniakan 2 anak lelaki yang comel iaitu Yatra dan Linga. Mereka masing-masing dilahirkan pada tahun 2006 dan 2010.

Selain menjadi pelakon, Dhanush juga merupakan pengarah, penerbit, penyanyi latar dan penulis lirik juga. Berbakat besarlah kiranya Dhanush ni. Iyelah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Filem pertama lakonan Dhanush pada tahun 2002 (ada yang kata 2001) diarahkan oleh ayahnya sendiri. Filem tersebut adalah Thulluvadho Ilamai. Kemudian beliau berlakon dalam filem arahan abangnya pula, Kaadhal Kondein. Masa nilah dikatakan Dhanush bertemu dengan cinta hatinya, Aishwarya.

Dhanush mula popular dan dikenali sekitar tahun 2011 selepas lagu ciptaannya, Kolaveri Di menjadi video India pertama yang mendapat lebih 100 juta tontonan di Youtube. Lagu ni ditulis hanya dalam 6 minit dan versi asalnya dirakam dalam tempoh 40 minit sahaja!

Hebat kan?

Okaylah, setakat ni sahaja perkongsian mami. Kalau ada maklumat lain yang kalian tahu, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

Terima kasih ❤

#mamiEffy

Sunday 27 October 2019

Kenapa wujud servis Ghostwriter?

1. Untuk bantu mudahkan orang ramai dalam kerja-kerja penulisan.

2. Sebab ramai yang mahu idea mereka diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Hanya mereka tak ada kesempatan untuk menulis. Misalnya, ahli korporat, selebriti dan ahli politik.

3. Ada yang mahu abadikan kisah hidup mereka mahupun kisah perjuangan ahli keluarga dalam naskah yang dapat diterbitkan. Namun tak semua mahir menyusun bait-bait kata yang menterjemah memori itu.

Menjadi ghostwriter buka peluang untuk mami bekerja sambil bantu mudahkan urusan orang lain. Sebab tu lah mami seronok dengan kerja menjadi penulis upahan.

Mahu mami bantu tuliskan untuk anda?

Servis Penulisan Mami Effy

Thursday 24 October 2019

Servis Ghostwriter

Assalamualaikum,

Ada yang perlukan khidmat penulis_upahan/ghostwriter?

Kami terima tempahan menyiapkan tugasan menulis

• Profil syarikat
• Content untuk Fb, website dan blog
• Story selling
• Copywriting
• Surat rasmi
• Surat perjanjian
• Membuat alihbahasa dokumen

Juga menyediakan servis Update Fb Page/Website bagi tempoh 1 bulan ke atas.

Sekiranya berminat mendapat khidmat ghostwriter, boleh terus wasap mami di Servis Penulisan Mami Effy

Terima kasih.

❤,
#mamiEffy

Wednesday 23 October 2019

Servis Ghostwriter: Menulis Story Selling

"Aduiii, sakitnya kepala aku Kinah oiii!"

"Kau dah kenapa Konah? Apa yang teruk sangat ni? Suami kau bercinta dengan janda kedai Liman tu ke?"

Tersembur air liur Markonah mendengar soalan adiknya itu. Macam hilang sekejap sakit kepala tadi.

"Kau jangan macam-macam, Kinah. Aku tengah pening nak karang konten ni, kau cakap macam gitu pulak", Markonah memberi amaran sambil matanya sengaja dibesarkan.

"Hehe. Mana aku tau. Tiba-tiba kau macam orang kerasukan. Rambut kusut masai, bedak sejuk bertepek 5 kilo kat muka. Jadi jer kalau suami kau cari lain".

"Kau ni Kinah, aku minta tolong hilangkan kepeningan aku ni. Bukan tambah sakit kepala aku dengan cerita janda kedai Liman tu".

"Iyalah, iyalah. Kau tak payah pening-peninglah, Konah. Buat macam aku. Kerja tulis konten, kopiraiting untuk bisnes semua aku upah orang jer. Guna servis ghostwriter. Senang.

Aku boleh fokus buat kerja lain. Nak pergi hantar barang, dating dengan suami aku. Lepak-lepak kat kedai Liman sambil promot produk. Enjoy je, Konah", terang Markinah panjang lebar.

"Seriuslah. Ada orang boleh tolong buatkan kopiraiting untuk aku? Siapa dia, Kinah?"

"Nah, kau kontek jer Mami Effy ni, Servis Penulisan Mami Effy

Dia yang selalu tolong aku buatkan kerja menulis tu. Senang kerja aku."

Markonah cepat-cepat catat maklumat Mami Effy yang adiknya beri. Terasa ringan bahu kanan kiri. Macam masalah terbang pergi bersama angin lalu. Lega oiii.

#mamiEffy
Jadilah seperti Markinah. ❤

**********
Nak mami tuliskan story selling dengan elemen kelakar dan penuh emosi macam cerita Markonah Markinah ni?

Caj berpatutan bagi setiap tempahan. Story selling boleh digunakan untuk post di Fb Personal, Fb Page dan Fb Group terpilih.

Terus wasap mami di link tertera di atas ya. ❤

Setiap penulisan ada impaknya


Sebagai penulis upahan atau ghostwriter, mami sentiasa belajar untuk menulis dengan baik. Bukan sahaja dari konteks tatabahasa dan susun atur ayatnya, malah berkaitan juga dengan topik dan cerita yang mahu ditulis.

Insya-Allah setiap penulisan yang dihasilkan untuk klien adalah sesuatu yang sentiasa mempunyai impak positif kepada pembaca mereka.

Ini kerana mami percaya, penulisan dan perkongsian yang memberi impak positif akan selalu menarik audien untuk setia membaca perkongsian seterusnya.

Oleh itu, mami akan selalu pastikan setiap artikel mahupun content yang klien tempah akan ditulis dengan baik serta mempunyai nilai positif yang bersesuaian dengan target audien masing-masing.


Saturday 19 October 2019

Servis Ghostwriter

Usahawan online biasanya perlukan ghostwriter untuk menulis content bagi Page Bisnes, Website dan Blog.

Ada juga selebriti yang mahukan servis ghostwriter untuk bantu updatekan Page mereka di media sosial. Malah untuk menulis buku juga.

Orang awam pun ramai juga yang perlukan khidmat ghostwriter. Untuk tuliskan surat rasmi, dokumen perjanjian atau kisah hidup yang nak muatnaik ke blog masing-masing.

Jika tuan-puan perlukan servis ghostwriter, boleh hubungi saya di Servis Penulisan Mami Effy

Terima kasih ❤

Contoh Design Poster dan Gambar




Ini contoh poster dan gambar yang mami pernah buat. Ada banyak lagi. Yang untuk klien tak boleh tunjuk banyak-banyak. Sebab dah janji tak reveal siapa klien mami. Jadi tunjuk yang mami buat untuk page/fb sendiri sajalah.

Aci, kan?

Tempahan Buat Gambar/Poster Ringkas

Assalamualaikum, semua!

Macam mana hari Sabtu kalian? Penuh dengan pelbagai aktiviti menarik?

Mami macam biasa, luang masa dengan anak-anak sambil nak siapkan tugasan menulis content untuk klien. Ghostwriter, kan?

Sambil tu, nak share sikitlah. Sebelum ni ada klien yang upah mami untuk buat copywriting dan tempah poster sekali. Awalnya tak berani juga nak terima. Tapi feedback dari klien, alhamdulillah sangat wow.

Klien kata cantik poster tu dan tempah untuk kali kedua. Alhamdulillah.

Mami ni nak kata kreatif sangat bab design ni taklah kot. Cuma jenis nak buat yang terbaik selagi mampu. Tak nak orang rasa tak puas hati (walau hakikatnya mana boleh puaskan hati semua orang, kan?) Huhu.

Bagi klien yang upah mami untuk job Update Page/Website, insya-Allah gambar berpadanan dengan content atau gambar untuk post pendek mami buatkan sekali. Atas permintaan klienlah. Ada juga klien yang dah sediakan gambar. Mami tulis sahaja.

Mana-mana pun boleh. Upah untuk design gambar/poster tu cuma RM20 sahaja. Sebab mami designkan yang simple-simple sahaja.

Kalau berminat nak buat gambar/poster untuk sebarang acara, boleh kontek mami di Servis Penulisan Mami Effy


Friday 18 October 2019

Job Oktober Nak Siapkan Content Pelbagai Niche, Profil Syarikat dan Copywriting

Assalamualaikum,
Hai, semua!

Lama tak share pasal tips menulis kan? Huhu. Macam tak fokus dah ke situ. Padahal menulis saja hari-hari. Itulah dia manusia. Cepat terlari fokusnya.

Bukan apa, bulan Oktober ni mami sebagai ghostwriter dapat job tulis content untuk sebuah website. Tema perkahwinan. Seronok dok membaca topik perkahwinan, bertunang, pasal hantaran. Itulah terbabas tak ingat pasal tips menulis.

Insya-Allah nanti mami share tips menulis lagi, ya?

Buat masa ni, mami memang fokus nak siapkan 25 content topik perkahwinan, profil syarikat klien dan beberapa content pelbagai niche perniagaan. Ada sikit copywriting juga.

Kalian yang nak risik-risik tentang tugasan untuk mami tulis, boleh terus wasap ya.

Klik saja di sini Servis Penulisan Mami Effy


Tuesday 15 October 2019

MINAT NAK JADI GHOSTWRITER?

Kami berhasrat nak bantu ramai surirumah dan wanita yang minat menulis untuk menjana pendapatan sebagai #Ghostwriter.

Apa ghostwriter tu?

Ghostwriter adalah

✔ Kerjaya menulis bagi pihak orang lain.

✔ Penulis dibayar upah untuk tugasan yang disiapkan.

✔ Bidang penulisan yang masih fresh, malah peluang untuk membina nama masih luas.

✔ Kerjaya menulis yang boleh dibuat dari rumah atau di mana sahaja yang selesa.

✔ Bidang penulisan dengan masa kerja yang fleksibel serta tertakluk kepada tempoh seperti yang dipersetujui dengan pihak klien.

✔ Kerjaya dengan potensi bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk selebriti, agamawan, ahli politik dan usahawan korporat.

Nak belajar lebih lagi tentang ghostwriter?

Klik di sini,
Saya nak jadi Ghostwriter.


Friday 11 October 2019

Ghostwriter?

Semalam dalam satu komen di sebuah group di FB, mami beritahu yang mami adalah seorang #ghostwriter. Jana pendapatan dari rumah dengan kerja menulis.

Maka ramailah yang minta pm, nak tahu apa itu ghostwriter. Untuk komen di sana, mami sudah berikan jawapan. Alhamdulillah.

Ramai rupanya di kalangan kita yang masih belum tahu tentang ghostwriter ni. Ada yang macam tak percaya bila diberitahu tulis surat rasmi dan teks ucapan pun ada orang bayar penulis upahan.

"Surat rasmi saja kot? Bukan susah."

Ya, tak susah bagi yang ada kemahiran dan masa untuk menulis. Bagi yang tak ada kesempatan?

Itu baru surat rasmi. Macam mana pula dengan dokumen-dokumen lain seperti Profil Syarikat, Rancangan Perniagaan, Laporan Bulanan Syarikat dan sebagainya?

Malah untuk sebuah skrip drama TV pun ada yang ditulis oleh ghostwriter.

Melihat kepada senario tersebut, ternyatalah bidang ghostwriting ini masih sangat baru di Malaysia. Banyak peluang untuk menulis bagi pelbagai pihak.

Yang memerlukan khidmat ghostwriter bukanlah ahli perniagaan sahaja. Malah selebriti, agamawan dan ahli politik pun memerlukan khidmat seorang ghostwriter untuk memudahkan urusan mereka.

Banyak peluang untuk menulis, kan? Jomlah sertai Kelas Online Ghostwriter Junior untuk belajar lebih lagi tentang Ghostwriter.

Klik di sini Kelas Online Ghostwriter Junior

#mamiEffy

Thursday 10 October 2019

Senarai tugasan seorang ghostwriter.

Bila mami beritahu orang yang mami ni #ghostwriter, mesti ada yang akan tanya

"Ghostwriter? Kerja macam mana tu?"

Ini mami kongsikan beberapa kerja yang ghostwriter buat.

1. Menulis artikel untuk majalah, website, media sosial.

2. Menulis teks ucapan.

3. Menulis surat rasmi.

4. Menulis rancangan perniagaan.

5. Menulis profil syarikat.

6. Menukarkan audio kepada teks.

7. Membuat alihbahasa dokumen.

8. Menulis skrip drama.

9. Menulis SOP syarikat.

10. Menulis manuskrip buku.
.
.
Banyak kan job scope seorang ghostwriter? Sesiapa sahaja yang ada kemahiran menyediakan salah satu atau lebih tugasan di atas, ada potensi yang cerah untuk membina kerjaya sebagai seorang ghostwriter.

Upahnya?

Dari serendah 2 angka hinggalah mencecah 5 angka bagi satu tugasan. Bergantung kepada kemahiran dan jenis tugasan yang ditawarkan oleh ghostwriter tersebut.

Best?

#mamiEffy

Wednesday 9 October 2019

Ghostwriter, bidang terbaik untuk saya!

Petang hari seorang #Ghostwriter, teman anak-anak tengok kartun. Sambil menonton, ajar anak-anak kenal objek. Anak dapat belajar sambil berseronok.

Mami ghostwriter sepenuh masa. Memang banyak masa dengan anak-anak sajalah. Kadang-kadang, masa tengah siapkan tugasan klien pun anak-anak duduk sebelah. Main kereta, baca buku. Sesekali berhenti menulis, pandang anak-anak. Senyum.

Dulu masa bercita-cita nak jadi penulis, tak terfikir tentang #ghostwriting. Masa tu cuma fikir nak tulis puisi, anekdot dan novel. Fikir sajalah. Huhu.

Bila tau ada kelas online untuk belajar tentang ghostwriter, terus buat keputusan nak join. Alhamdulillah, sekarang dah boleh senyum tengok income sendiri.

Taklah 5-6 angka buat masa ni. Tapi adalah sikit untuk tambah belanja isi rumah. Sesekali kereta rosak masa suami belum gaji, adalah income mami tu untuk dulukan repair kereta. Dapat hulur kat mak abah di kampung sikit, belanja anak-anak beli baju baru. Sesekali reward diri dengan buku-buku dan join kelas menulis.

Syukur sangat. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

❓Siapa kata jadi surirumah tak boleh ada pendapatan sendiri?

❓Siapa kata tak pandai jual barang, tak boleh meniaga?

❓Siapa kata orang pemalu susah nak berurusan dengan orang lain?

Mami adalah surirumah. Mami tak pandai jual barang. Serius, sebelum ni jadi dropship macam-macam produk. Cannot go. Huhu.

Dan ya, mami ni pemalu sebenarnya. Orang telefon pun mami malu nak jawab. Apa lagi bila orang ajak jumpa. Terus berdebar-debar. Haha.

Bidang ghostwriter memang pilihan terbaik untuk mami.

Untuk kalian pula?

#mamiEffy

Saturday 5 October 2019

Kalian surirumah? Atau sedang bekerja tapi bercadang untuk berhenti dan bekerja dari rumah?

Ini di antara bidang kerjaya yang sesuai untuk diberi perhatian. Kerjaya menulis bagi pihak orang lain atau dikenali sebagai #Ghostwriter.

Saya sendiri adalah seorang ghostwriter yang bekerja hampir sepenuh masa dari rumah. Setiap hari bersama anak-anak dan uruskan rumahtangga. Dalam masa sama saya mengambil upah menulis content, artikel, copywriting dan pelbagai tugasan menulis yang lain.

Kepada kalian yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Ghostwriter, boleh klik terus ke link di bawah.

Banyak yang kalian akan temui di sebalik link tersebut. Nak tau tentang BONUS MENARIK, KLIK SEKARANG!

https://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter/effysueffy

#mamiEffy

Friday 4 October 2019

Terhilang ingatan!

Huhu bukan hilang ingatan tak ingat langsung tu! Tapi ni hilang ingatan nak update blog ni.

Sejak last update bulan 8 hari tu, mami dok sibuk belajar susun content FB. Berlumba-lumba dengan suami dan anak-anak tak sihat. Sudahnya terlupa nak menulis di blog ni.

Dalam pada tu, sibuk juga dengan tugasan menulis. Alhamdulillah Ogos dan September dapat banyak job menulis Profil Syarikat, Copywriting dan Content untuk website dan Page Bisnes di FB.

Syukur.

Insya-Allah lepa

Saturday 17 August 2019

Bahagiakan diri sendiri supaya dapat bahagiakan orang lain.

Kata orang, kena sayang diri sendiri dulu baru kita tahu bagaimana nak sayang orang lain. Kena bahagiakan diri dulu, barulah mudah nak sebarkan bahagia itu kepada orang lain.

Bagaimana nak menzahirkan bahagia dalam diri?

1. Awali hari dengan syukur. Syukur untuk semua perkara. Masih bernafas, dapat melihat, mendengar, bercakap dan dapat bergerak dengan izin Allah. Alhamdulillah.

2. Berikan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Saya hebat, saya cantik, saya gembira hari ini.

3. Senyum kepada insan tersayang. Pandang pasangan dengan wajah manis. Berikan senyuman penuh cinta kepadanya. Pandang dan senyum kepada anak-anak dengan penuh kasih. Begitu juga buat ibubapa jika tinggal bersama.

4. Berikan pelukan kasih sayang. Peluk pasangan dengan gembira. Alirkan cinta kepadanya. Peluk anak-anak dan ibubapa. Hadiahkan ciuman kasih kepada mereka.

5. Ikhlaskan semua yang kita lakukan semata-mata kerana Allah. Berbakti kepada pasangan kerana Allah. Urus anak-anak kerana Allah. Berkhidmat untuk ibubapa kerana Allah. Bekerja dan berniaga, semuanya kerana Allah.

Semoga kita lebih bahagia dan ceria sepanjang hari ini dan hari-hari mendatang.

❤,
#mamiEffy

*******************************

Jemput FOLLOW FB Effy Sueffy untuk perkongsian kata-kata semangat, tips kehidupan dan cerita tentang rumahtangga.

Set SEE FIRST supaya tak terlepas perkongsian setiap hari. ❤

*******************************

Sunday 14 July 2019

Penulis Upahan Anda

Saya suka menulis sejak dari sekolah rendah. Ketika berusia 12 tahun, saya mula menulis puisi pendek untuk ditampal di dalam kelas. Ketika itu juga saya pernah menulis skrip untuk pementasan teater sempena Hari Anugerah hujung tahun 1996.

Melangkah ke sekolah menengah minat saya terhadap penulisan semakin menebal. Saya suka mengarang cerpen, puisi dan pantun. Pernah saya karang sebuah cerpen bertajuk 'Safira'. Entah ke mana hilangnya pun tak tahu. Mungkin saya perlu karang semula cerita tersebut. Dengan sentuhan lebih kemas.

Lama saya tak menulis kecuali di dinding Facebook peribadi. Sehinggalah pada 2017, saya kembali menulis sebagai seorang copywriter. Sejak itu saya mula jana pendapatan dari rumah dengan menulis copywriting untuk rakan-rakan online seller di Facebook dan Instagram.

2018 saya sertai Kelas Online Ghostwriter Junior anjuran upahmenulis.com yang dikendalikan oleh Puan Nordianah Bachok. Baru tahu banyak kerja menulis yang boleh dilakukan selain copywriting rupanya. Alhamdulillah banyak yang saya belajar dalam kelas online ni. Dan kerjaya sebagai ghostwriter pun bermula secara rasmi.

Habis kelas, saya mula terima tugasan menulis artikel dan content untuk Page dan Facebook peribadi rakan-rakan. Juga untuk website dan blog. Alhamdulillah.

Kini, saya masih menulis untuk para peniaga atas talian. Klien saya terdiri dari pelbagai latar perniagaan. Kesihatan dan kecantikan, kosmetik, farmasi, pendidikan, kelas memasak, bakeri, busana muslimah dan produk khusus untuk kanak-kanak.

Ada yang direkemenkan oleh founder produk sendiri, ada juga yang direkemen oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat saya sebagai penulis upahan mereka. Alhamdulillah.

Saya masih menerima tempahan menulis copywriting, content, artikel dan storytelling. Saya juga mula menerima tugasan menulis profil syarikat jika ada yang berminat.

Sekiranya ada di antara kalian yang mahu gunakan khidmat penulis upahan, boleh hubungi saya di Servis Penulisan Mami Effy

Sedia berkhidmat,

#mamiEffyy
Penulis Upahan Anda.


Saturday 13 July 2019

Hargai insan yang ikhlas menyayangi kita.

Dalam sibuk menulis menyiapkan tugasan, sempat juga membaca beberapa berita. Sambil-sambil terlayan cerita Setelah Terlafaznya Akad yang sedang ditayangkan di Astro Ria 104, jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis. Ulangannya setiap hari jam 10 pagi dan 4 petang.

Kisah Hanan, Nawal dan Hani ini mempunyai mesej supaya kita sentiasa menghargai insan yang ikhlas menyayangi kita. Juga mengingatkan supaya kita sendiri ikhlas menerima pasangan seadanya. Bukan kerana kita mahu dia menjadi seperti apa yang kita mahu.

Hidup berumahtangga begitulah. Saling menerima dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dan menerima itu bukanlah diri pasangan semata-mata. Kita perlu terima keluarganya juga.

Mana yang tak sehaluan dengan pendapat kita, tenang-tenang sahaja. Mereka ada cara tersendiri, sama juga macam kita. Tenang, terima. Selagi ia tak bercanggah dengan hukum agama dan adat, tak perlu jadikan itu masalah.

Paling utama dalam kehidupan berumahtangga ini adalah sikap saling menghargai. Kita sebagai isteri atau suami, hargai pasangan hidup yang telah menjadi jodoh kita. Hargai keluarga yang datang bersama jodoh tersebut. Dan hargai peluang untuk berbakti kepada keluarga dan pasangan kita.

Apabila kita tahu untuk menghargai, kita akan lebih mudah bersyukur. Tak semua orang bertuah dikurniakan rumahtangga seperti kita. Ada yang sehingga lanjut usia masih berantakan rumahtangganya. Ada yang terpisah di awal perkahwinan lagi.

Oleh itu sahabat sekalian,

Pandanglah kepada pasangan di sisi. Ucapkanlah terima kasih untuk semua kasih sayang yang telah dicurahkan. Untuk semua pengorbanan yang tak terbalas.

Semoga kehidupan rumahtangga kita akan lebih bahagia dan harmoni.

Insya-Allah.

#mamiEffy

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER