Friday 20 November 2020

KLIEN TEMPAH ARTIKEL 4000 PATAH PERKATAAN LAGI!

Dalam pada menyiapkan task melukis, khat kufi dan content untuk klien, hari ni dapat mesej dari klien yang setia menggunakan khidmat mami sebagai ghostwriter.

"Boleh buatkan artikel untuk saya? Artikel panjang macam biasa."

Ini adalah artikel ke 5 yang mami sediakan untuk klien bergelar Doktor ni. Beliau juga pernah upah mami untuk buatkan video penerangan mengenai kanak-kanak disleksia. 

Kami tak pernah bersua muka. Hanya berbincang secara maya. Cakap telefon pun tak pernah. Tapi beliau sentiasa beri kepercayaan pada mami untuk menjadi penulis bayangan bagi setiap artikel yang diperlukan.

Selain beliau, ada ramai lagi klien yang pernah mami tuliskan artikel untuk mereka. Ada guru pelaburan, usahawan muda popular, selebriti dan beberapa figura lain.

Alhamdulillah, selepas beberapa tahun keliru tentang apa yang boleh mami buat untuk ada pendapatan sendiri, akhirnya Allah temukan jalan. 

Permulaannya adalah dari sebuah kejatuhan. Yang menjauhkan ramai kenalan dan kawan-kawan. 

Hari ini, Allah gantikan semua mereka dengan kawan-kawan yang sentiasa beri kata semangat dan peringatan agar terus berjuang.

Alhamdulillah. 

#mamiEffy
Pahit akan manis jua akhirnya - Ukays.

Tuesday 3 November 2020

The Teapot Dome Service Station Yang Unik dan Bersejarah

Assalamualaikum, semua. 

Poster ini menampilkan The Teapot Dome Service Station yang berada di Zillah, Washington.

Berikut adalah info-info menarik tentang senibina unik ini.

1) The Teapot Dome merupakan hasil kerja tangan Jack Ainsworth yang dibina pada tahun 1922 selepas terinspirasi dengan Harding Administration Teapot Dome Scandal (https://www.history.com/this-day-in-history/cabinet-member-guilty-in-teapot-dome-scandal).

2) Asalnya ia terletak di Lebuhraya 410, di antara Zillah dan Granger. Sekitar tahun 1978, ketika pembinaan Interstate Highway 82 (I-82) yang melalui sebahagian kawasan di Washington dan Oregon, bangunan Teapot ini terpaksa dipindahkan. 

Walau bagaimanapun, 5 hari sebelum tarikh dipindahkan bangunan ini telah dilanggar oleh sebuah kereta yang mengakibatkan sebahagian dindingnya pecah. Kerja baikpulih bangunan ini mengambil sedikit masa memandangkan ia adalah binaan tangan sepenuhnya. Setelah kerja-kerja baikpulih selesai, ia dipindahkan ke sebuah kawasan kira-kira 1.2 batu jaraknya daripada Lebuhraya Lembah Yakima.

Pada tahun 2012, The Teapot Dome sekali lagi dipindahkan ke lokasinya sekarang iaitu di 117, First Avenue, Zillah, Washington. Lokasi ini turut dikenali sebagai Teapot Dome Memorial Park.

3) Sewaktu masih di lokasi asal, sekitar tahun 1928 bangunan ini dibeli oleh pasangan Mr. dan Mrs. A.J Thomas yang kemudiannya menjadikan ia sebuah stesen gas. Mereka juga menjalankan perniagaan kedai serbaneka yang didirikan berhampiran Teapot Dome ini.

4) Setelah ditutup pada tahun 2006, stesen gas ini diambilalih oleh jawatankuasa bandar pada tahun berikutnya.

5) Teapot Dome menjadi ikon bagi bandar Zillah. Pada tahun 2007, bangunan ini disenaraikan dalam senarai 'The Most Endangered.

6) The Teapot Dome Service Station, terletak kira-kira 15 batu di tenggara Yakima dalam bandar Zillah, Washington menjadi tanda peringatan bagi skandal berpuluh tahun lamanya. Pada 1985, ia telah disenaraikan dalam National Register of Historic Places.

7) Kini, setelah ditempatkan di lokasi baru (Teapot Dome Memorial Park), bangunan ini dijadikan sebagai Pusat Pelancongan (Visitor's Center) yang menyajikan pelbagai maklumat bersejarah serta produk-produk tempatan. 

Di tapak ini juga terdapat 'Fallen Firefighter Memorial' dan 'Zillah Veterans Memorial'.

Menarik kan?

*Klik butang SHARE supaya kawan-kawan lain dapat baca juga ya. Dan mami pun jadi lagi semangat nak kongsi lebih banyak cerita menarik mengenai bangunan-bangunan di seluruh dunia.

#mamiEffy

Tuesday 25 August 2020

Dapat Upah Buat Alihbahasa Copywriting dan Storytelling BI ke BM.

"Saya dapat nombor ni dari kawan. Saya perlukan copywriting dalam Bahasa Malaysia."

Alhamdulillah. Terima job translate copywriting dan storytelling untuk klien non-malay lagi. Yang rekemen pun 2 klien terawal mami. Seorang Melayu, seorang Cina. Baik belaka dan banyak rekemen mami pada kawan-kawan mereka.

Ini satu lagi yang kita sebagai penulis upahan mahupun orang bisnes kena jaga. 

Hubungan baik dengan prospek dan klien atau pelanggan.

Siapa sahaja yang pernah dan sentiasa berurusan dengan kita, perlu dihargai. Tak kiralah kalau mereka pernah membeli atau tidak dengan kita. 

Mereka tetap ada potensi untuk menyampaikan tentang kita kepada jaringan kenalan mereka yang kita tak mampu capai sendiri. 

Jaga repo dengan mereka dan tingkatkan kualiti kerja kita. Insya-Allah, mudah rezeki.

Insya-Allah.
Insya-Allah.
Insya-Allah.

#mamiEffy
Dengan izin Allah, semua pasti lancar. Kita perlu usaha dan doa saja.

Sunday 23 August 2020

Servis Penulisan Mami Effy Masih Beroperasi, Ya! 😊

Awal bulan 8 kelmarin, mami terima job menulis untuk sebuah blog dan uruskan akaun fb klien. Alhamdulillah mereka lock untuk 2 bulan terus. Ogos dan September. 

Dalam masa sama ada permintaan tulis copywriting dan storytelling. Sambil-sambil tu adalah yang selit tanya pasal poster, kad digital, mini katalog. 

Semua tempahan dibuat online saja. Seingat mami lah, sejak 2017 tawarkan servis menulis ni, cuma seorang klien saja yang mami pernah jumpa. Kebetulan orang Seremban. 

Lain-lain semua urusan atas talian. Baik untuk perbincangan, serahan maklumat dan penghantaran hasil kerja. Beberapa contoh artikel, copywriting, storytelling semua dah siap screenshot dan letak watermark. Bila klien minta contoh, beri itu saja. Cepat kerja, kan?

Klien paling jauh yang mami pernah berurusan, dari Arab Saudi. Orang Malaysia, berkhidmat di sana. Sambil bincang hal kerja, sesekali dapat berita keadaan dekat sana.

Untung bekerja online macam itulah. Tak terhad kepada orang terdekat saja. Mana-mana pun kita boleh tawarkan servis. Asal ada internet. Boleh belaka.

Ada yang perlukan khidmat penulis hantu, boleh inbox mami. Atau wasap terus ke SINI..

Mami yang akan jawab semua pertanyaan atau tempahan tu nanti. Bukan hantu. Walaupun nama kerja ni ada 'hantu', hakikatnya tidak ada hantu yang dipaksa menyiapkan semua tugasan. Mereka masih bebas menghantui sesiapa sahaja yang takut hantu.

Hantu yang menulis,
#mamiEffy

Semoga Kita Terpelihara Dari Sifat Sombong

Orang yang berjaya adalah yang tetap merendah diri walau dipuji melambung. Dia sedar setiap apa yang diperoleh adalah kerana izin Allah. 

Sesuatu yang menjadikan kita sombong atau lupa diri, bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan. Sebaliknya kita perlu risau apa yang menyebabkan sifat sombong mula beraja dalam hati.

Tiada istilah orang yang gagal dalam hidup. Semuanya ada fasa kejayaan tersendiri. Yang benar-benar gagal itu adalah orang yang makin lama makin hanyut dalam kesombongan. Baik kepada Tuhan mahupun sesama makhluk.

3 jenis kesombongan yang digariskan dalam Islam:

1) Sombong terhadap Allah iaitu enggan mematuhi apa yang telah diperintahkan.

2) Sombong terhadap nabi dan rasul iaitu tidak mengikut ajaran mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3) Sombong terhadap manusia iaitu mementingkan diri sendiri dan bangga dengan apa yang dimilikinya. 

ﺃﻋﻮﺫ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

ﻭَﻟَﺎ ﺗُﺼَﻌِّﺮْ ﺧَﺪَّﻙَ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻤْﺶِ ﻓِﻰ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻣَﺮَﺣًﺎ ۖ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّـﻪَ ﻟَﺎ ﻳُﺤِﺐُّ ﻛُﻞَّ ﻣُﺨْﺘَﺎﻝٍ ﻓَﺨُﻮﺭٍ
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.
(Surah Luqman, ayat 18).

#mamiEffy
Semoga hati kita terpelihara selalu.

Jujurlah Selalu

Siakap, senohong, gelama, ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Pantun 2 kerat yang diajarkan pada kita sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menunjukkan betapa perbuatan berbohong bukanlah sesuatu yang baik.

Setiap pembohongan akan berterusan dengan pembohongan yang lain pula. Semata-mata untuk menutup pembohongan yang pertama. Ini akan meningkatkan stres si pembohong yang mana pada akhirnya boleh menyumbang kepada masalah kesihatan lain pula.

Bahaya kan?

Daripada Abu Mas`ud r.a, dia berkata, Rasulullah (selawat) bersabda,

“Sesungguhnya dusta itu pemacu kepada kejahatan, dan kejahatan akan menghantar ke neraka. Jika seseorang membiasakan diri dalam kedustaan, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta." - Hadith riwayat Mutafaq`alaih.

Alangkah ruginya kita jika tersenarai sebagai pendusta. Untuk sementara mungkin kita terselamat. Tetapi akhirnya ketika kebenaran terbongkar, itu akan sentiasa menghilangkan keyakinan sesiapa sahaja terhadap kita.

Kredibiliti tercalar. Kepercayaan pun pudar. Malah lebih pedih, jika yang dibohongi itu adalah ibubapa dan orang-orang tersayang. Betapa kecewa dan luluhnya hati mereka.

Abu Dzar r.a pernah berkata,
"Tambahkanlah wasiatnya wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah (selawat) bersabda: "Katakanlah yang benar walaupun kebenaran itu pahit."
- Hadith Riwayat Ahmad, At-Tabrani.

Jujurlah selalu.

#mamiEffy

Warna-warni Kehidupan

Hidup ini penuh warna-warni. Adakala, warna ceria menghiasi hari. Sesekali warna kusam menyelit menjadikan kita semakin betah menghadapi hari mendatang.

Jika semalam kita berjaya mengharungi percikan warna-warna kelam dan kusam itu, maka hari ini sudah pasti kita dapat menikmati satu hari baru dengan lebih matang.

Lalui perjalanan hari ini dengan langkah lebih yakin. Pasti banyak lagi warna-warna kehidupan yang akan kita temui di sepanjang perjalanan. Setiap satunya menjadikan corak yang bakal mengindahkan lagi kanvas hidup kita.

Yakinlah bahawa setiap warna yang ditetapkan Tuhan untuk berada dalam laluan kita adalah yang terbaik. Gabungan kesemuanya pasti menghasilkan sesuatu yang luarbiasa indah.

Hanya terserah kita, bagaimana mahu mengadunkan warna-warna itu menjadi sebuah lukisan yang bermakna. Sebagai tinggalan kepada waris-waris sebelum kita beralih dunia.

Sejahtera ke atas kamu.

#mamiEffy

Friday 21 August 2020

SAYA MASIH DI SINI ♥️

Agak lama juga tak menjengah ke blog Servis Penulisan Mami Effy ni. Bukanlah sibuk mana pun, cuma kadang-kadang terlupa bila dah seronok layan melukis dan buat khat kufi. 

Ini saya kongsikan beberapa hasil poster kufi dan lukisan ringkas yang dibuat. Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh wasap saya di 014-9829903.

Tuesday 30 June 2020

KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR SESI JULAI 2020

Jika kalian sedang memikirkan peluang bekerja dari rumah dan mahu bekerja secara freelance, mungkin kalian boleh pertimbangkan untuk menceburi bidang #ghostwriter atau lebih dikenali juga sebagai #penulis_upahan.

Antara skop tugasan seorang ghostwriter adalah:

1) Menulis artikel bagi pihak syarikat atau orang perseorangan.

2) Menyediakan dokumen penting seperti Profil Syarikat, Rancangan Perniagaan dan surat-surat rasmi.

3) Membuat alihbahasa dokumen atau artikel (cabang tugas sebagai translator)

4) Membuat transkripsi daripada audio atau video (cabang tugas sebagai transkriptor)

5) Menyediakan copywriting/ayat iklan untuk jualan produk dan servis (cabang tugas sebagai copywriter)

6) Menulis content media sosial (cabang tugas sebagai content creator)

7) Membuat semakan artikel, manuskrip dan dokumen lain (cabang tugas sebagai editor)

8) Menyediakan manuskrip buku fizikal dan ebook bagi pihak usahawan, tokoh politik, agamawan mahupun selebriti.

Mahu belajar lagi mengenai kerjaya ghostwriter?

Kalian dijemput untuk menyertai Kelas Online Ghostwriter Junior sesi Julai yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai 2020.

Untuk keterangan lanjut mengenai jadual dan modul yang akan dipelajari, sila ke SINI.



#mamiEffy
Ghostwriter Jelita

Monday 11 May 2020

APA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA DITAWAR MENULIS ARTIKEL?

Menulis artikel atau content media sosial merupakan salah satu daripada tugasan yang terdapat dalam job scope seorang ghostwriter. Namun, tidak semua artikel boleh ditulis oleh semua ghostwriter.

Ada ghostwriter yang mahir berkaitan isu kecantikan dan kesihatan. Ada yang hanya menumpukan pada topik keibubapaan. Malah ada juga yang memilih untuk menulis artikel hiburan yang lebih santai.

Jadi, apabila ditawarkan oleh klien untuk menulis artikel atau content media sosial, pastikan kita memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

•Apakah topik dan subtopik yang klien mahu sampaikan?

•Siapakah yang klien mahu sasarkan?

•Di mana kita boleh dapatkan bahan rujukan bagi penulisan yang perlu dibuat?

Mempunyai jawapan kepada soalan-soalan ini akan memudahkan kita untuk menetapkan tempoh bekerja serta mengenakan upah yang bersesuaian.

Belajar lebih lagi mengenai ghostwriter DI SINI.

#mamiEffy
Ghostwriter juga.

Friday 1 May 2020

Ghostwriter, Pilihan Kerjaya Masa Kini

Terbaca tulisan seorang bapa di sebuah media sosial,

"Baby, ayah akan cari kerja sebelum baby lahir."

Macam itulah kurang lebih ayatnya. Tersentuh hati yang penuh rasa keibuan ni. Mami tarik nafas dalam-dalam.

Dalam situasi tak menentu berikutan wabak #Covid19, mencari pekerjaan mungkin bukan sesuatu yang mudah. Tambah pula dalam keadaan majikan sendiri kurang pasti berapa lama perniagaannya dapat bertahan.

Satu solusi yang boleh dicuba oleh ayah ini atau kalian yang mungkin menghadapi situasi sama adalah dengan mencari kerja yang boleh dibuat dari rumah.

Kerja secara freelance. Kerja sendiri.

#Ghostwriter adalah salah satu kerjaya yang sesuai. Mengapa?

1. Permintaan tinggi daripada banyak pihak seperti pemilik perniagaan, tokoh korporat, agamawan, ahli politik dan selebriti.

2. Bidang yang masih baru di Malaysia. Ramai yang kurang tahu tentang wujudnya servis menulis bagi pihak orang lain ini. Bermakna, peluang untuk kalian menerima tawaran menulis adalah tinggi.

3. Potensi untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka jika kalian ada pengalaman dalam penghasilan dokumen-dokumen penting seperti SOP syarikat dan manuskrip buku.

4. Potensi menjana pendapatan 4 angka setiap bulan (Insya-Allah) jika kalian mahir menulis artikel dan content untuk media sosial. Sangat ramai yang perlukan ghostwriter untuk tugasan ini.

5. Pengalaman kerja terdahulu boleh digunapakai dalam kerja penulisan. Misalnya, kalian ada pengalaman menyediakan teks ucapan VVIP, menulis artikel untuk jurnal syarikat atau membuat slide presentation untuk dibentangkan dalam mesyuarat penting.

Pengalaman tu akan sangat membantu.

Cubalah!

BELAJAR LAGI TENTANG GHOSTWRITER

#mamiEffy
Ghostwriter juga. ❤

Sunday 26 April 2020

Pantun Duduk Rumah - PKP 2020, Covid19

Sungguh cantik baju kelawar,
Kainnya lembut selesa dipakai,
Duduk di rumah usah keluar,
Kelak ditangkap beramai-ramai.

Pucuk kaduk dibuat ulam,
Sedap dicicah sambal belacan;
Duduk di rumah siang dan malam,
Tak perlu keluar tanpa tujuan.

Buah kurma banyak khasiat,
Wajib ada di bulan puasa;
Duduk di rumah dengar nasihat,
Demi kebaikan kita bersama.

#mamiEffy
#PantunDudukRumah

Daftar Sekarang: Promo PKP Masih Berlangsung!

Kelas sesi April dah penuh ya. Pendaftaran seterusnya untuk kelas bulan Mei nanti. Tapi bagi yang mendaftar sekarang, masih pada yuran istimewa ni.

Tak lama dah nak masuk Mei, kan? Eloklah chop tempat masing-masing sekarang.

Tak tahu sampai bila boleh dapat yuran special macam ni. Takkan nak lepaskan, ye tak?

Jomlah daftar!

Antara topik yang akan diajar semasa kelas nanti,

1. Kenali potensi diri sebagai ghostwriter

2. Personal Branding sebagai ghostwriter di media sosial.

3. Servis menulis artikel

Dan banyak lagi.

Daftar di sini ⤵
Kelas Online Ghostwriter Junior

#mamiEffy
Alumni Ghostwriter Junior.

Gagak Lagi Cantik 😅

🎶 Gagak lagi cantik! Gagak lagi cantik! 🎶

Senang hati Rayyan dan Rayffa petang ni. Menyanyi berdua sambil Rayffa pegang pipi mami.

🎶 Gagak lagi cantik! 🎶

#mamiEffy
Mujurlah mami bukan bangau yang cepat sentap. 😌

Ayen, Donut dan Puasa

Pukul 12 tengahari,

"Ummi, hari ni Ayen puasa."

"Owh, ok. Ayen boleh puasa ke?"

"Boleh. Tak puasa nanti kena tangkap polis."

😅 Pandai pulak. Beberapa minit kemudian,

"Wahh, ada donutlah ummi! Ayen makan 1."

"Eh, kata puasa?"

"Ayen puasa tadi lah. Sekarang perut Ayen dah lepas."

"Perut dah lepas?"

Mentanglah dapat makan donut seketul, minum air koko secawan. Nak dilepaskan perutnya pulak. 😌

#mamiEffy
Donut gebu, buat-buat tak nampak.

Kentut Batalkan Puasa?

"Ummi, puasa Ahmad dah terbatal. Ahmad minum air ye?"

"Eh, kenapa pulak?"

"Tadi Ahmad dah terkentut."

"Haishhh, kentut mana ada batal puasa!"
.
.
😅 Ini kisah anak mami yang sulong. Tahun ni dia puasa di kampung. Harap-harap tak adalah dia buat hal minum air lepas terkentut lagi.

#mamiEffy
Sengih sendiri. 😆

Mahu Anak Soleh dan Solehah

"Allahuakbar, Allahuakbar"

Merdu laungan azan Subuh di pagi 1 Ramadan 1441 Hijrah. Mami sedang bersiap menunggu masuknya waktu solat. Terpegun seketika mendengar merdunya suara azan yang dialunkan.

'Suara Habib rasanya.'

Sempat pula berbisik dalam hati. Bersungguh pula tu nak dengar suara siapa yang alunkan azan. Huhu.

Habib, anak jiran sebelah rumah. Dia imamkan solat subuh mereka sekeluarga pagi tadi.

Rumah kembar dua, dalam kampung pula. Memang dengar jelaslah tiap-tiap bacaan surahnya.

Dari rumah sebelah, mami hayati sedapnya suara anak itu membaca bacaan dalam solat. Boleh imamkan keluarga solat berjemaah pula.

Beruntung betul mak ayah Habib. Mami yang jiran pun rasa sejuk hati. Mak ayah Habib tentu lebih bahagia melihat anak lelaki mereka sudah boleh diharap menjadi imam dengan baik.

'Kalaulah anak-anak aku pun boleh azan, mengaji sedap macam tu. Boleh jadi imam. Allah, bahagia rasa.'

Bisik lagi hati mami. Memang itulah impian setiap ibubapa yang ada anak kan? Lebih-lebih lagi anak lelaki.

Nak dapat anak yang mudah faham dan celik agama, ibubapa lah yang perlu mainkan peranan.

Tidak sekadar memberi didikan dan tunjuk ajar. Malah yang lebih penting adalah setiap makan minum yang disuap ke mulut anak.

+ Perlu dipastikan betul-betul halal.

Halal ini bukan sekadar makanan yang fitrahnya halal. Tapi perlu dilihat juga dengan cara apa diperoleh.

Adakah dibeli dengan usaha jujur kita dalam bekerja atau dibeli dari hasil culas kita?

Adakah dibayar dengan harga yang benar atau dicuri dengan menipu harga atau tak bayar langsung?

+ Perlu dipastikan benar-benar suci.

Adakah makanan tersebut diproses dengan cara yang ditetapkan oleh Islam?

Adakah penyediaan makanan tersebut dibuat dengan meneliti setiap aspek kebersihan dan kesuciannya?

"Apa yang kita makan, akan jadi darah daging. Kalau makan yang haram, buruklah darah daging kat badan kita ni."

Itu kata-kata arwah mak. Sentiasa mami ingat. Bila dah ada anak, lagilah beringat. Walau kadang-kadang terbabas juga.

Besar tanggungjawab mak ayah kan?

Nak dapat anak yang soleh dan solehah, kena hati-hati dengan apa yang kita bagi. Barulah anak-anak menjadi.

Insya-Allah.

#mamiEffy
Masih sejuk hati.

HARTA BERHARGA DARI MAK

Ini cerpen tentang arwah mak. Jemput baca semua.

Cerpen ini tentang kreatifnya seorang mak, pesan-pesan bermakna dari mak dan memori akhir yang mak tinggalkan untuk anak-anak.

Apa yang tercoret dalam cerpen ni, adalah kenangan yang tersimpan abadi. Antara yang terindah buat mami.

Sebab mami tak rapat dengan arwah mak. Tak selalu dapat peluk mak atau bercerita itu ini dengan mak.

Semoga cerpen ini ada pengajaran untuk kita semua.

Jika kalian suka, Like dan Share lah kisah ini agar ibrahnya dapat dikongsi bersama.


#mamiEffy

Baca di sini ⤵
Harta Berharga Dari Mak

Friday 24 April 2020

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum,

Lama mami tak update apa-apa. Sibuk sangatlah konon. Huhu. Haru!

Mami ada ja. Cuma beberapa minggu lepas kurang sihat sikit. Jadi ambil masa berehat dulu.

Hari ni dah masuk bulan Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua dan kita dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang sihat.

Semoga kita diberi ingatan yang baik agar tidak mudah terlajak makan di siang hari. Lebih-lebih lagi kepada mak-mak yang ada anak kecil tu. Suap makanan ke mulut anak, bukan ke mulut sendiri.

Mami peringat diri sendiri ni. Tambah-tambah dengan Rayffa yang asal dia makan saja, mesti nak suap mami sekali. 😌

Selamat berpuasa.
Selamat berterawih.
Selamat bersahur.

Selamatlah semua hendaknya.

Mami Effy
Ramadhan dalam PKP.

Wednesday 26 February 2020

Bina Portfolio Sebagai Penulis Upahan/Ghostwriter

Portfolio sebagai penulis upahan.

Jika kalian memang nak buat duit dengan menulis, menjadi penulis upahan atau ghostwriter adalah bidang terbaik untuk diceburi.

Bina portfolio supaya orang tahu dan nampak bahawa kita ADA menyediakan servis tersebut.

Bagaimana?

🔸Gunakan media sosial sebaik-baiknya. Cerita tentang aktiviti penulisan yang kita buat. Sama macam bila kita menjual produk. Kita nak cerita dan tunjuk yang kita memang menjual.

Tak tahu nak cerita macam mana?

🔸Boleh mulakan dengan cerita pengalaman kerja. Di tempat kerja kita biasa sediakan surat rasmi, buat laporan kewangan dan sebagainya. Ini pengalaman. Jadi audien tahu kita boleh menulis tugasan sebegitu.

🔸Mula iklankan servis yang ditawarkan. Beritahu "Saya menerima upah menulis tugasan seperti berikut:
◾surat rasmi
◾artikel sepanjang 400-500 patah perkataan.
◾laporan syarikat

dan seterusnya. Bergantung kepada jenis tugasan yang kita memang boleh buat.

Ini contoh. Kalian boleh gunakan gaya bahasa masing-masing asalkan maksudnya sampai.

🔸Cerita tentang tugasan yang biasa diterima.

🔸Beri testimoni dari klien yang berpuas hati.

🔸Banyakkan softsell di media sosial. Kerap sebut tentang peranan kita sebagai ghostwriter. Contoh,

"Hari ni anak-anak request nak makan mi bandung special. Ibu pulak tengah perah idea nak draf artikel untuk klien.

Terpaksalah ibu rehat sekejap. Masak dulu untuk anak-anak. Kotlah lepas makan mi bandung special tu nanti idea menulis datang menderu-deru.

Jom kita masak!"
.
.
Berminat nak belajar tentang dunia ghostwriter, boleh sertai Kelas Online Ghostwriter Junior sesi Mac yang akan berlangsung nanti. Semak jadual di sini ⤵

https://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter/effysueffy

Nak baca kisah-kisah inspirasi dari 17 ghostwriter yang telah berjaya, boleh dapatkan Ebook Ghostwriter The Confessions di sini ⤵

https://upahmenulis.onpay.my/order/form/ebookconfess/effysueffy

#mamiEffy
Alumni Ghostwriter Junior

Servis Penulisan Mami Effy Masih Terima Tugasan Menulis

Mami jarang update tentang tawaran servis penulisan beberapa bulan ni sebab keadaan kesihatan yang tak menentu. Mulanya risau juga kalau-kalau tak dapat job menulis

Tapi aturan Allah tu cantik dah. Pujuk hati selalu. Bisik yang rezeki untuk keluarga dan anak-anak mesti ada. Bukan kita tak berusaha, cuma sedikit terbatas.

Alhamdulillah, job tetap masuk. Beberapa tugasan tulis artikel, buat post pendek dan terbaru job buat slide presentation untuk klien pula.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan klien terdahulu yang banyak rekomen kepada kenalan masing-masing. Semoga rezeki kalian juga melimpah-ruah. Insya-Allah.

#mamiEffy
Terharu bila dapat tahu ada kawan-kawan yang sebarkan tentang servis ghostwriter ni. ❤




Wednesday 5 February 2020

Dalam tak sihat pun masih dapat siapkan tempahan tugasan untuk klien ❤

Pening-pening kepala ting tong pun alhamdulillah order post pendek untuk fb dan ig klien, dapat disiapkan dengan jayanya. Syukur.

Post pendek ni biasanya klien beritahu nak tulis berdasarkan gambar apa (produk atau testimoni). Ada juga klien yang bagi hint post macam mana yang mereka nak. Jenis cerita pendek atau fakta santai.

Nak tulis post pendek untuk klien mami guna telefon jer. Sambil baring pun boleh buat, insya-Allah.

Terbaru, berjaya siapkan 9 post pendek dan 1 storytelling untuk 2 klien. Alhamdulillah, masih ada rezeki menulis walaupun masih demam selsema.

Nikmat Allah bagi, kan? Sikit pun rezeki. Banyak apatah lagi. Syukur. ❤

#mamiEffy
Seronok pula tulis post pendek. Lagi-lagi kalau jenis anekdot. 😁

Hati-hati dengan perbuatan dan percakapan kita

Hidup ini sentiasa ada balasan di atas setiap perbuatan dan pengucapan. Jika suatu masa kita menyakiti orang lain, di masa hadapan perbuatan menyakitkan itu akan kembali kepada kita semula.

Begitu juga bila kita dengan rasa takbur menghina kesilapan orang lain. Dengan sengaja kita menabur fitnah atau mengumpat keji perbuatan orang, tidak mustahil segala apa yang kita keji dan hina itu akan berbalik kepada kehidupan sendiri.

Oleh itu,

Adalah amat perlu untuk kita sentiasa bertaubat di atas segala perbuatan dan kata-kata. Bertaubat kerana mungkin segala musibah yang melanda hidup adalah berpunca dari dosa-dosa perbuatan mahupun kata-kata kita yang dahulu.

Mungkin ada hati yang pernah tercalar kerana kata-kata kita. Mungkin ada jiwa yang terkoyak kerana perbuatan kita. Kerana rasa teraniaya, mungkin ada yang mendoakan agar Tuhan memberi balasan kepada kita.

Seperti yang arwah mak pernah kata pada saya,

"Allah tak pernah tidur. Dia tahu apa yang kita kata baik secara zahir mahupun di dalam hati. Semuanya akan ada balasan."

Kita ini manusia yang tak suci mana. Ada ketika hati tetap berkeledak dengan noda. Sekalipun bibir tak pernah kering dengan zikir berjela-jela.

Taubat tanda diri insaf. Taubat tanda diri akur pada kelemahan sebagai seorang hamba. Taubat kerana mungkin di suatu masa, kita terlalu angkuh mengata orang yang teraniaya.

#mamiEffy
Taubat sementara sempat.

Servis Ghostwriter: Menyediakan Slide Presentation

Salah satu tugasan yang mami terima sebagai ghostwriter adalah membuat slide presentation. Ada klien yang minta buatkan slide untuk pembentangan laporan bulanan.

Selain daripada itu, kalau nak buat slide untuk profil syarikat atau pembentangan topik-topik tertentu (biasanya pensyarah atau guru), pun boleh juga.

Servis menyediakan slide presentation ni merupakan salah satu tugasan yang boleh dibuat oleh seorang ghostwriter. Cuma kena pandai baca artikel atau penerangan yang diberikan oleh klien. Kemudian terjemahkan dalam rajah dan nota yang mudah difahami.

Menarik kan?

#mamiEffy
Sesekali buat tugasan, terasa macam kembali ke zaman belajar.

Perlukan Ghostwriter/Penulis upahan?

Hubungi saya melalui:

Emel: effysueffy@gmail.com atau
Wasap : Klik di sini

Tuesday 28 January 2020

Modul Menarik Dalam Kelas Online Ghostwriter Junior


1. Mengenali dunia ghostwriter
2. Kenalpasti potensi diri sebagai ghostwriter
3. Personal Branding sebagai ghostwriter
4. Memasarkan diri dan pitching sebagai ghostwriter
5. Servis menulis artikel

Dan

5 bonus panduan bagaimana memulakan kerjaya sebagai ghostwriter.

Ha, 5 BONUS tau! Itu belum campur dengan alumni dan perkongsian info dari masa ke semasa oleh kawan-kawan ghostwriter yang lain.

Bak kata seorang alumni Kelas Online Ghostwriter Junior,

"Berbaloi dengan yuran yang dibayar."

#mamiEffy
Sangat berbaloi untuk kelas 2 hari yang fleksibel dan padat dengan nota penting.

Nak sertai juga?

Klik DI SINI.

Saya Ghostwriter. 😊

"Kamu bukannya kerja pun. Belanja itu ini, suami tak marah ke?"

Mami senyum. Bukan seorang dua yang selalu tanya macam tu. Ramai.

Menjadi ghostwriter dan bekerja dari rumah ni memang di mata kasar nampak macam tak bekerja. Tak ada stok barang jualan dan tak ada premis di luar rumah. Semuanya dari rumah dan atas talian sahaja.

"Saya kerja sebenarnya. Jadi penulis upahan. Ghostwriter."

"Owh? Ada eyh kerja macam tu?"

"Ada. Kerja macam ni memang nampak macam tak kerja. Sebab kebanyakan masa menulis cuma di rumah. Bila keluar, saya rehatlah.

Sesekali tu adalah buat kerja kat luar. Masa kat kedai makan ke, sementara tunggu order sampai boleh dah siapkan 1-2 copywriting klien."

Jadi ghostwriter ni seronok sebab masa kerja kita tentukan sendiri. Macam mami, untuk siapkan post pendek atau copywriting klien, sambil-sambil urus anak siang hari pun insya-Allah boleh buat.

Untuk tulis artikel atau content yang perlukan lebih fokus, mami buat sebelah malam. Bila suami dah balik kerja dan boleh tolong tengokkan anak.

Januari 2020, alhamdulillah banyak juga job menulis yang mami terima. Artikel 4000 patah perkataan 2 job, blog content dah selesai 2, storytelling, post pendek untuk fb dan instagram pun ada.

Awal pagi tadi terima lagi tempahan untuk buatkan post pendek bagi produk kek lapis. Syukur.

Upah menulis kesemua tugasan inilah yang mami guna untuk topup belanja rumah, beli barang anak-anak dan apa yang mami teringin.

Sebelum tu, asingkan untuk simpanan dan tabung sedekah. Itu wajib. Selebihnya kena pandai urus.

Hari ni kalau ada orang kata mami tak kerja, mami senyum saja. Lepas tu hulur kad nama.

"Saya penulis upahan."

Senyum manis wajib sertakan sekali. Barulah melekat terus dalam ingatan mereka tadi.

Tak gitu?


Perlukan servis ghostwriter? Hubungi saya DI SINI.

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita, menulis bagi pihak anda.

Dhoni, Sebuah Filem Yang Sarat Pengajaran Untuk Kita Sebagai Ibubapa dan Pendidik

Beberapa minggu lepas kami tonton filem Dhoni lakonan Prakash Raj. Asalnya mami nak tengok sebab ingatkan Dhoni versi Tamil ni sama macam filem M.S Dhoni yang Hindi tu. Rupanya tak sama langsung!

Dhoni memaparkan kisah konflik di antara seorang ayah dengan anaknya. Si ayah mahu anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran dan menyambung pengajian ke peringkat MBA. Tetapi si anak pula tidak berminat terhadap pelajaran, sebaliknya mahu menjadi pemain kriket yang berjaya seperti Mahendra Singh Dhoni (M. S Dhoni).

Kemuncak konflik di antara mereka terjadi apabila si ayah secara tak sengaja telah memukul anaknya sehingga koma. Kejadian tersebut telah menimbulkan kekesalan di hati seorang ayah.

Apa yang berlaku setelah kejadian tersebut?
Bagaimana si ayah berusaha untuk memulihkan anaknya?
Dan apakah kesudahan nasib si anak yang terlantar koma?

Kalian mesti tonton sendiri. Ada banyak pengajaran yang kalian akan dapat nanti. Antaranya:

1. Sebagai ibubapa, kita perlu memahami minat dan kebolehan anak-anak.

2. Ibubapa perlu sedar, anak yang kurang berjaya dalam pelajaran tidak semestinya akan gagal dalam kehidupan. Mereka pasti mempunyai bakat tersembunyi dalam bidang tertentu. Sokongan ibubapa akan bantu mereka lebih yakin untuk berjaya.

3. Setiap orang mampu mencapai kejayaan. Asalkan kita minat dan berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah kita pasti berjaya.


Mami bagi ⭐⭐⭐⭐⭐

#mamiEffy
Selamat menonton!

Monday 27 January 2020

Servis Ghostwriter: Banyak pihak yang memerlukannya

Menulis sebagai #ghostwriter atau penulis upahan merupakan kerjaya yang semakin popular sekarang. Permintaan terhadap khidmat ghostwriter tidak lagi terhad kepada orang bisnes sahaja.

Hari ini ramai selebriti, agamawan, pakar motivasi dan orang awam pun memerlukan khidmat ghostwriter untuk menulis bagi pihak mereka.

Selebriti mahukan ghostwriter untuk menulis buku biografi perjalanan kerjaya mereka. Agamawan mahu ghostwriter tuliskan teks bagi ceramah-ceramah mereka untuk dibukukan.

Pakar motivasi perlukan ghostwriter untuk menulis bagi pihak mereka di media sosial. Orang awam pula perlukan bantuan ghostwriter untuk menulis surat rasmi bagi tujuan tertentu.

Soalan:

1) Bagaimana mahu approach potential client seperti mereka?

2) Bagaimana mahu beritahu orang ramai bahawa kita adalah seorang ghostwriter?

Jawapan:

Semuanya akan diajar dalam Kelas Online Ghostwriter Junior. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa modul lain yang padat dengan nota dan maklumat berguna tentang kerjaya ghostwriter ini.

Berminat untuk sertai Kelas Online Ghostwriter Junior, klik di SINI.

#mamiEffy
Alumni Kelas Online Ghostwriter Junior 2018. ❤

Wednesday 22 January 2020

Technical Ghostwriter, Membantu Menyediakan Dokumen Penting Bagi Pihak Anda


Di kalangan rakan-rakan kita atau mungkin kita sendiri boleh sediakan dokumen seperti profil syarikat dan rancangan perniagaan dengan kemas dan cantik.

Kemahiran sebegini boleh bantu kita jana pendapatan jika kita tahu bagaimana nak hebahkan kepada orang ramai mengenai kemahiran yang dimiliki.

Seseorang yang menerima upah untuk tugasan menyediakan dokumen seperti profil syarikat, rancangan perniagaan atau SOP syarikat dikenali sebagai technical ghostwriter.

Jika kalian mempunyai kemahiran menyediakan dokumen penting tetapi tak tahu bagaimana nak menggunakannya untuk jana pendapatan, jom sertai Kelas Online Ghostwriter Junior.

Di sini kalian akan belajar bagaimana untuk menawarkan servis menulis kepada prospek yang sesuai.

Klik di SINI untuk tahu lebih lanjut,

#mamiEffy

Tuesday 21 January 2020

Transkriptor, Salah Satu Servis Ghostwriter Yang Menarik

Antara job ghostwriter yang agak popular ialah menjadi transkriptor. Kerjanya adalah menyalin ayat-ayat dari audio atau video yang diberikan klien menjadi sebuah teks.

Transkripsi yang dihasilkan sama ada mempunyai gaya bahasa yang betul-betul sama dengan bahasa dalam audio atau gaya bahasa yang bersih dan mengikut tatabahasa yang betul. Ini bergantung kepada permintaan klien.

Ada juga klien yang mahu jadikan bahan dalam audio/video sebagai ebook mahupun buku fizikal.

Terdapat 2 bahagian tugasan di sini. Pertama, transkripsi audio menjadi teks. Kedua, mengubah teks yang disalin mengikut format manuskrip yang lebih kemas.

Ini termasuklah penggunaan bahasa dan penyusunan ayat yang lebih teratur, ditulis dengan font 12 Times New Roman atau Arial serta langkau 2 baris.

Kerja transkripsi biasanya dicaj antara RM100 ke RM150 bagi 30 minit audio/video. Manakala manuskrip pula dicaj sekitar RM40 per muka surat.

Transkriptor merupakan kerja yang menyeronokkan. Tambahan lagi, kita berpeluang berkongsi peluang menyebarkan kebaikan dari isi audio atau video ceramah yang tentunya berguna untuk manfaat orang ramai.

Menarik kan?

Sunday 19 January 2020

Jadilah Ibubapa Yang Merapatkan Hubungan Anak-anak

Ada sebuah keluarga yang mami kenal rapat. Dari mak ayah sampailah ke anak-anak mereka.

Ayah mereka sudah hampir berusia 70 tahun tapi masih sihat alhamdulillah. Sesekali sakit itu biasalah. Mak pula dah meninggal dunia. Anak-anak semuanya sudah berkeluarga. Adalah beberapa beradik.

Kisahnya, sejak arwah mak mereka masih ada hubungan kekeluargaan mereka tak rapat. Usah kata adik-beradik, anak dengan ayah pun tak baik. Ada yang dengan mak pun tak baik juga. Kekok.

Bila sembang-sembang, yang adik cerita,

"Dulu arwah mak tak bagi rapat dengan kakak. Sebab kakak baik dengan ayah. Mak tak suka. Lepas tu mak kata kakak tu jahat. Kalau kami baik dengan kakak, mak kata kami nak jadi jahat juga."

Kita yang dengar pun macam krik krik krik krik. Tak tau nak jawab apa. Si kakak pula bercerita,

"Arwah mak tak suka sebab dari awal dia tak nak lahirkan saya pun. Dia selalu cakap menyesal tak gugurkan saja. Bayangkan dari kecil mak asyik cakap macam tu. Sampai saya dah berkeluarga pun masih mak sebut hal tu.

Saya tetap fikir itu mak saya. Cuma hubungan keluarga jadi tak rapat ni memang saya salahkan arwah mak. Sebab arwah suka cakap dengan semua orang yang saya ni jahat. Sampai adik pun tak hormatkan saya.

Ada adik saya yang sorang tu, dah 10 tahun tak bertegur langsung. Bila saya telefon, dia tak jawab. Kemudian tukar nombor telefon. Sampai arwah mak dah meninggal, ingatkan nak berbaiklah. Tapi sama juga. Sekarang lagi jauh. Siap adik-beradik lain pun dia warning supaya jangan berbaik dengan saya. Entah apa salah saya dengan dia pun tak taulah."

Sedih kan dapat tahu hal macam ni?

Macam mana sebuah keluarga yang dibina berakhir dengan perpecahan yang tak sepatutnya. Nak salahkan siapa?

Mami selalu fikir panjang nak menulis tentang ni. Sebab melibatkan arwah yang dah tak ada. Tapi bila fikir ada pengajaran yang penting, mami kongsikan juga. Semoga Allah memberi keampunan dan melimpahkan rahmatNya kepada arwah.

Sebagai ibubapa, seharusnya kita yang bertanggungjawab merapatkan hubungan anak-anak. Didik mereka untuk saling menghormati dan berkasih-sayang. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar bahawa yang tua perlu dihormati dan yang muda perlu dikasihi.

Jika ibubapa sendiri yang mencipta jurang di antara anak-anak, bagaimana mereka dapat bersatu apabila ibubapa sudah tidak ada lagi?

Selain keluarga yang satu ini, mami pernah juga jumpa keluarga yang mana mak sendiri asyik bercerita hal keburukan anak. Serba-serbi anak tak elok. Sampai ke pasangan si anak pun dapat tempias.

Ada juga kes ibubapa yang melaga-lagakan anak menantu supaya bergaduh. Sengaja dicerita buruk perangai si adik atau abang supaya orang tak suka.

Kemudian dihasut pula konon si polan tu dera dialah, seksa dialah. Padahal anak menantu ni baik-baik saja. Sudahnya anak menantu merajuk, bawa diri ke tempat lain. Sebab tak tahan dengan kerenah mak ayah yang suka mengadu domba.

Ini kisah benar ya. Yang berlaku di sekeliling mami. Yang mami sendiri pun kadang-kadang jadi naik angin juga bila dengar cerita macam ni. Yang buat mami rasa malas nak bercampur sangat dengan orang. Sebab terpaksa dengar hal yang bukan-bukan.

Tapi kalau tak bercampur dengan orang, kita tak tahu dalam masyarakat sekeliling ada kisah-kisah sedih macam ni. Sensitif bila disuarakan tapi kalau didiamkan saja, ramai yang tak sedar budaya macam ni bukanlah sesuatu yang baik.

Menjadi ibubapa bukan mudah. Namun menjadi anak dengan sikap ibubapa yang bermasalah pun bukan senang.

Ramai sebenarnya anak-anak yang memendam sakit akibat perbuatan ibubapa. Mendera mereka dalam diam dan akhirnya menjadikan mereka mangsa depresi.

Ibubapa seharusnya mendidik agar ikatan kekeluargaan semakin utuh. Mengajar supaya anak-anak saling bermaafan bila ada hal yang buat hati tersentuh.

Jika ibubapa sendiri yang sengaja memburuk-burukkan anak, melaga-lagakan sehingga anak jadi saling membenci, apakah salah jika anak-anak menjauhkan diri dari keluarga?

Apakah istilah anak derhaka masih digunapakai sedangkan ibubapa yang menjadi punca?

Semoga kita semua direzekikan Allah untuk menjadi ibubapa yang penyayang dan mampu mendidik anak-anak supaya saling berkasih-sayang juga.

Insya-Allah.

#mamiEffy

Cedokot Rayyan 😂

Rayyan: Ummi, jomlah makan cedokot tu.

Mami: Apa dia, abang? Makan apa?

Rayyan: Cedokot tulah. Ayen nak makan cedokot.

Mami: Cekodok lah. Ce-ko-dok. Cuba abang sebut.

Rayyan: Ce-ko-dok, cedokot.

😅

#mamiEffy
Sedap 'cedokot' cicah sos nacho. 😁

Seronok Jadi Ghostwriter





Uhuk! Masih sama ke?

Mami masa belajar dulu, pernah jugaklah sesak. Merasalah beli maggi kongsi ramai-ramai dengan roommate. Asyik gelabah takut belanja tak cukup.

Itu dululah. Sekarang, alhamdulillah. Dah belajar supaya tak merungut atau takut tak ada duit. Tapi hari-hari ingatkan diri yang rezeki tu mesti ada. Tak banyak, sikit.

Yang penting hari-hari mesti bersyukur, hari-hari mesti cuba untuk sedekah. Tak dapat bagi duit, bagi ayam kucing belakang rumah makan.

Lagi satu, mesti usaha mudahkan urusan orang lain. Dan selalu niat dalam hati nak tolong orang. Tak kisahlah sesiapa, asalkan untuk hal kebaikan.

Alhamdulillah, tak pernah lagilah terputus belanja sejak jadi ghostwriter ni. Tiap-tiap bulan pun mesti ada job menulis. Tak dapat projek besar, ada projek kecil bersusun.

Hari ni pun alhamdulillah dapat job tulis artikel 4000 patah perkataan lagi. Klien dah sediakan beberapa bahan rujukan. Tinggal nak keluarkan isi dan buat bacaan tambahan saja.

Hujung minggu santai-santai pun masih boleh jana pendapatan. Seronok kan?

#mamiEffy
Tak mahu mengeluh dah.

Wednesday 15 January 2020

Ghostwriter, Kerjaya Yang Banyak Ubah Keadaan Saya!

Kelmarin wasap dengan kakak. Sembanglah pasal mak abah di kampung. Mami ni sejenis tak boleh nak cakap pasal mak abah. Tak pasal-pasal menangis.

Kami bukan sembang hal sedih pun. Cuma dalam dok bersembang tu mami terfikir entah berapa lama lagi dapat bagi duit belanja kat mak abah, tolong adik-beradik. Itu yang jadi sedih.

Mak abah selalu kata

"Kamu bukannya kerja. Tak apalah kalau tak bagi pun."

Kadang mami jawab juga,

"Eh, menulis ni kerjalah. Ada jer income. Cuma income ni dapat tak kira masa. Ada job, ada duit. Insya-Allah, tiap-tiap bulan pun mesti ada."

Sungguh tau. Selama jadi ghostwriter ni, tak pernah lagilah terputus job. Mesti ada saja tawaran menulis. Paling simple tulis surat rasmi.

Ramai tau yang perlukan ghostwriter untuk tuliskan surat rasmi bagi pihak mereka. Mami pernah tulis surat bagi pihak orang nak kahwin, surat untuk permohonan anak angkat dan surat untuk mohon tapak niaga.

Ada di kalangan kalian atau kenalan masing-masing yang sedang cari peluang nak tambah pendapatan?

Ibu-ibu yang bercadang nak resign dan kerja dari rumah patut cuba belajar jadi ghostwriter. Mana tahu dapat peluang kenal dengan ramai penulis hebat, boleh jadi penulis buku pula.

Macam mami. Insya-Allah 3 buku akan terbit tak lama lagi. 2 daripadanya insya-Allah keluar sebelum PBAKL 2020.

Nak cuba?

Klik DI SINI.

#mamiEffy
Seronok sangat sebab impian nak jadi penulis akhirnya tercapai. ❤

Monday 13 January 2020

Perlukan Servis Ghostwriter?

Mami masih lagi terima tempahan tugasan menulis. Masih lagi seorang ghostwriter yang menulis bagi pihak anda.

Caj adalah mengikut jenis tugasan. Bagi copywriting, tempahan kali kedua (10 ke atas) akan terima 2 copywriting PERCUMA.

Sebarang pertanyaan/tempahan terus wasap ke SINI.

#mamiEffy


Sabar Ajerlah~

"Ummi, mana hantu?"

"Mana ada hantu, abang."

Mami cuak. Malam ni cadangnya nak berjaga. Baru on laptop nak siapkan profil syarikat klien. Haishhh~

"Adalah. Hantu ada, ummi. Kat sini sini," Rayyan sambung lagi sambil tunjuk kat pintu.

Ahhhhh, off laptop. Tutup lampu bilik.

"Jom masuk tidur, abang. Jom jom!"

#mamiEffy
Esok siang jelah sambung kerja. 🙄

Mengigau Takbir : The Prequel 🙄

"Sayang! Takbir apa ni?"

"Hah? Apa?"

"Yang sayang bertakbir pagi-pagi buta ni kenapa?"

Tadi memang ada dengar orang bertakbir. Dah raya haji. Mami pun ikutlah. Semangat bertakbir raya.

Mengigau rupanya oiii. Teruk kena bahan pagi-pagi hari. Sampai tengahari ni lembik lutut. Mamai apa ntah.

#mamiEffy
Macam manalah boleh mengigau raya haji pulak dah? Puasa pun belum. 🙄

Mengigau Takbir Punya Pasal 🙄

"Cuba sayang cerita kat abang. Malam tadi fikir apa sebelum tidur?"

"Kenapa?"

"Yelah, sampai boleh mengigau takbir raya."

Haishhh, dah petang pun tak habis lagi pasal takbir tu. 😒

"Abang serius nak tau?"

"Yelah. Sayang takut abang tak dapat cuti raya ke?"

"Taklah. Rasa tadi tu salah mengigau kot."

"Kenapa pulak?"

"Patutnya sayang mengigau baca talkin. Sebab sebelum tidur biasanya sayang fikir macam mana kalau esok abang dah tak ada."

"Hishhh, choiiii! Apa lah fikir macam tu! Hishhhh.."

Terus dia tarik bantal, baring tengok tv. Sepatah tak berbunyi.

#mamiEffy
Kata suruh cerita. 🙄

Nak Nak Nak!

Mami: Adik, sayang ummi tak?

Rayffa: Tak.

Mami: Adik, nak main kereta tak?

Rayffa: Tak.

Mami: Adik nak makan tak?

Rayffa: Nak nak nak! (Sambik ketawa suka hati).

#mamiEffy
Kemain laju bab makan. Memang perempuan sejati. 😆

Superhero katanya!

"Boboiboy kuasa limaaaa! Yearghh!"

Bersungguh-sungguh Rayyan menghayati watak. Mami perhati sajalah sambil-sambil siapkan storytelling klien.

"Ada kecemasan. Bertindak segera!"

Eh? Lain pulak skrip Boboiboy ni.

"Abang Yen jadi apa tu?" mami cuba dapatkan kepastian.

Gila terganggu konsentrasi nak siapkan kerja ni. Haha.

"Ni kan Bokar Poli."

Selamber saja dia jawab. Dari Boboiboy terus jadi Robocar Poli. Siap masuk skrip Ejen Ali sekali. 🤦🏾

#mamiEffy
Layankan sajalah. Asal dia tak kacau mami nak mengarang. 😅

Airaa : Sekecil-kecil Pertolongan Kita, Mungkin Beri Kesan Besar Pada Kehidupan Orang Lain

Kelmarin kami tonton filem Airaa lakonan Nayathara dan Kalaiyarasan. Filem ni membawakan konsep drama horror dengan mesej tersendiri.

Airaa mengisahkan tentang seorang jurnalis bernama Yamuna (Nayanthara) yang balik ke rumah neneknya di sebuah kampung terpencil. Di sana dia mula mendapat gangguan demi gangguan yang menimbulkan banyak tanda tanya.

Di sebuah tempat lain, beberapa kematian mula berlaku secara berturut-turut. Amudhan (Kalaiyarasan) mula menyiasat tentang kematian-kematian ini kerana merasakan ada sesuatu yang mencurigakan.

Mengapa Yamuna diganggu? Apa pula kaitan Amudhan dengan mangsa-mangsa kematian yang berlaku di sekelilingnya? Dan paling menjadi tanda tanya, apa kaitan Yamuna dengan Amudhan?

Kalian kena tonton filem Airaa untuk ketahui jawapannya.

Bagi sesetengah orang, filem Airaa cuma filem biasa-biasa. Namun, mesej yang disampaikan sangat mendalam.

Sekecil-kecil pertolongan atau timbangrasa kita mungkin memberi kesan yang besar kepada hidup orang lain. Perkara yang kita rasa 'hal kecil' saja, mungkin menjadi titik perubahan kepada masa depan seseorang.

'Keprihatinan kita mungkin menjadi asbab kebahagiaan seseorang.'

#mamiEffy
Hanya jika kita lebih bertimbangrasa.


Saturday 11 January 2020

Pesanan buat diri ❤


Kita boleh tulis apa sahaja. Namun setiap yang kita tulis tentu akan meninggalkan kesan pada diri seseorang.

Oleh itu, pilihlah untuk tulis dengan bahasa yang baik dan berkongsi hal-hal kebaikan.

Semoga tulisan kita akan menjadi ladang pahala untuk bekalan kita di sana.

#mamiEffy

Saya suka lagu puisi ❤

Mami suka dengar lagu-lagu puisi sejak sekolah. Antara penyanyi kegemaran untuk lagu puisi ni mestilah Ebiet G. Ade dan kumpulan Kopratasa.

Siapa yang tak tau lagu Berita Kepada Kawan (Ebiet) atau Masihkah Kau Ingat (Kopratasa)?

Memori sangat lagu-lagu ni. Zaman-zaman sekolah sekitar tahun 90an dulu, selalu dimainkan di televisyen dan radio. Liriknya mendalam dan sarat dengan mesej.

Contohnya macam lirik lagu Berita Kepada Kawan dalam gambar ni.





Lirik ni ditulis oleh Ebiet G. Ade pada bulan Jun 1978. Dikatakan ia ditulis selepas bencana gas beracun yang melanda Dataran Tinggi Dieng di Indonesia.

#mamiEffy
Tersentuh hati. ❤

Thursday 9 January 2020

Nadigaiyar Thilagam, Best!

Nadigaiyar Thilagam, sebuah kisah biografi seniwati terulung India, Savitri Ganesan. Versi Telugunya bertajuk Mahanati.

Watak Savitri dibawakan oleh Keerthy Suresh manakala Dulquer Salmaan memegang watak sebagai Gemini Ganesan.

Jujurnya, mami tak kenal pun siapa seniwati Savitri ni. Hanya selepas kami tonton filem ni lah baru tahu.

Filem ini bermula dengan kisah kanak-kanak Savitri atau nama sebenarnya Nissankara Sarasavanidevi.

Digambarkan sebagai anak kecil yang comel tetapi sedikit nakal, Savitri merupakan seorang yang mempunyai azam yang kuat. Lebih-lebih lagi jika ada yang mengatakan beliau tak mampu untuk buat sesuatu.

Di sini mami belajar sesuatu. Bila ada yang memandang rendah atau menafikan keupayaan kita, usah mudah berputus asa. Kuatkan azam, terus berusaha untuk buktikan pandangan mereka itu salah. Tunjukkan bahawa kemampuan kita adalah lebih baik dari apa yang mereka fikir.

Filem ini terus membawa kita kepada perjalanan hidup Savitri di mana kejayaan demi kejayaan mula dicapai ketika beliau remaja. Bagaimana beliau mula mendapat perhatian pengarah dan pengusaha filem sehinggalah kepada kisah percintaannya dengan Gemini Ganesan.

Banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar dari kisah hidup seniwati ulung ini.

1. Jika mahu mencapai kejayaan, mestilah buat sesuatu perkara itu dengan minat. Tanpa minat yang mendalam, mungkin kita tak akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

2. Bagi mencapai kejayaan, mesti ada kesediaan untuk belajar. Hanya dengan kesediaan itu kita akan dapat mencapai apa yang kita mahu, insya-Allah.

Ini ditonjolkan pada babak ketika Savitri mahu belajar menari dan ketika beliau dibawa untuk belajar bahasa Tamil oleh Gemini Ganesan (yang akhirnya menjadikan mereka rapat dan saling jatuh cinta).

3. Cinta mampu memberi kekuatan dan inspirasi. Namun begitu, jika ia dikhianati, cinta juga mampu merubah seseorang menjadi lemah tak berdaya.

Inilah yang terjadi kepada Savitri. Apa yang berlaku? Kalian perlu tonton sendiri. Ia sebuah kisah cinta yang indah diawalnya namun akhirnya meninggalkan luka yang sangat dalam.

4. Seberapa banyak pun kita kecewa tentang kegagalan dalam hidup, tetaplah ingat mereka yang tersayang. Usahlah terlalu ikutkan perasaan sehingga membahayakan kesihatan sendiri.

5. Sebelum membuat sesuatu keputusan, fikirlah sedalam-dalamnya tentang kesan dan akibatnya. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sesuatu hal yang besar.

Nadigaiyar Thilagam turut dibintangi oleh Samantha Akkineni dan Vijay Devarakonda sebagai supporting roles.

Kawan-kawan,

Ini kisah biografi seorang seniwati yang terulung dalam dunia perfileman India Selatan. Maka tak adalah scene gaduh-gaduh atau pukul sana pukul sini seperti filem India yang lain.

Ini sebuah kisah tentang seorang yang ternama namun masih kekal merendah diri dan berhati baik. Ia juga kisah yang menyentuh tentang isu pengkhianatan oleh mereka yang dipercayai, isu kesetiaan dan cemburu tak bertempat yang merosakkan segalanya.

Sebuah filem yang menarik dan menyentuh hati bagi mami yang meminati kisah biografi sebegini.

Cubalah tonton sendiri.

#mamiEffy
Masih tersentuh hati.




Wednesday 1 January 2020

Ghostwriter, Kerja Dengan Waktu Fleksibel. Seronok!

"Pening kepala! Fikir macam-macam benda. Saaaakitnya di kepala, adoiii!"

Amboi, kemain nyanyi eh? Ikut rentak Nabil ke Jihan Muse tu?

Ini lagu mami selalu menyakat anak-anak. Agak Rayyan atau Rayffa merengek tak tentu kenapa, mami nyanyilah. Kadang menjadi, kadang gagal jugak. Haha.

Ada masa memang pening betul. Kita nak fokus siapkan copywriting klien. Content lagi. Storytelling biasanya pening tak boleh berhenti menulis saja. Syok karang cerita. Hehe.

Buat profil syarikat pun boleh tahanlah. Ada klien nak dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Kena extra effort kat situ sebab walaupun kita rasa betul, tapi tetap kena semak 2-3 kali ayat dan perkataan yang digunakan.

Dalam dok fokus nak buat kerja ni, tiba-tiba yang adik jerit.

"Tak nakkk! Tak nakkkk!"

Mami pun apa lagi, bertindak segera lah tengok 2 beradik tu.

"Abang, adik kan tengah minum?"

"Tak boleh. Abang Ayen nak ajak adik main. Tak payahlah minum."

Fuhhh, suka hati dia saja. Mana tak pening?

Dia kalau nak main dengan adik, kalau adik tak nak pun kena main jugak. Sudahnya bergaduhlah. Gaduhnya lawan menjerit. Adik jerit kat abang, abang jerit ke adik. Dah penat, menangis.

Mami dalam mood ibu mithali, mami layanla. Kena mood tengah terhuyung-hayang, mami lantakkan saja. Gaduhlah situ. Mami buat-buat tidur.

Tak sampai berapa minit, amanlah. Pakat tidur semua. Silap haribulan, dengan mami sekali hanyut.

Kerja?

Malam-malam boleh sambung tulis lagi. Tu seronok jadi ghostwriter. Siang menulis sikit. Malam boleh sambung lagi. Yang penting siap semuanya. Dan kerja pun tak tergesa-gesa.

Best kan macam tu?

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita (masih maintain). Kikiki~

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER