Friday 20 November 2020

KLIEN TEMPAH ARTIKEL 4000 PATAH PERKATAAN LAGI!

Dalam pada menyiapkan task melukis, khat kufi dan content untuk klien, hari ni dapat mesej dari klien yang setia menggunakan khidmat mami sebagai ghostwriter.

"Boleh buatkan artikel untuk saya? Artikel panjang macam biasa."

Ini adalah artikel ke 5 yang mami sediakan untuk klien bergelar Doktor ni. Beliau juga pernah upah mami untuk buatkan video penerangan mengenai kanak-kanak disleksia. 

Kami tak pernah bersua muka. Hanya berbincang secara maya. Cakap telefon pun tak pernah. Tapi beliau sentiasa beri kepercayaan pada mami untuk menjadi penulis bayangan bagi setiap artikel yang diperlukan.

Selain beliau, ada ramai lagi klien yang pernah mami tuliskan artikel untuk mereka. Ada guru pelaburan, usahawan muda popular, selebriti dan beberapa figura lain.

Alhamdulillah, selepas beberapa tahun keliru tentang apa yang boleh mami buat untuk ada pendapatan sendiri, akhirnya Allah temukan jalan. 

Permulaannya adalah dari sebuah kejatuhan. Yang menjauhkan ramai kenalan dan kawan-kawan. 

Hari ini, Allah gantikan semua mereka dengan kawan-kawan yang sentiasa beri kata semangat dan peringatan agar terus berjuang.

Alhamdulillah. 

#mamiEffy
Pahit akan manis jua akhirnya - Ukays.

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER