Saturday 17 August 2019

Bahagiakan diri sendiri supaya dapat bahagiakan orang lain.

Kata orang, kena sayang diri sendiri dulu baru kita tahu bagaimana nak sayang orang lain. Kena bahagiakan diri dulu, barulah mudah nak sebarkan bahagia itu kepada orang lain.

Bagaimana nak menzahirkan bahagia dalam diri?

1. Awali hari dengan syukur. Syukur untuk semua perkara. Masih bernafas, dapat melihat, mendengar, bercakap dan dapat bergerak dengan izin Allah. Alhamdulillah.

2. Berikan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Saya hebat, saya cantik, saya gembira hari ini.

3. Senyum kepada insan tersayang. Pandang pasangan dengan wajah manis. Berikan senyuman penuh cinta kepadanya. Pandang dan senyum kepada anak-anak dengan penuh kasih. Begitu juga buat ibubapa jika tinggal bersama.

4. Berikan pelukan kasih sayang. Peluk pasangan dengan gembira. Alirkan cinta kepadanya. Peluk anak-anak dan ibubapa. Hadiahkan ciuman kasih kepada mereka.

5. Ikhlaskan semua yang kita lakukan semata-mata kerana Allah. Berbakti kepada pasangan kerana Allah. Urus anak-anak kerana Allah. Berkhidmat untuk ibubapa kerana Allah. Bekerja dan berniaga, semuanya kerana Allah.

Semoga kita lebih bahagia dan ceria sepanjang hari ini dan hari-hari mendatang.

❤,
#mamiEffy

*******************************

Jemput FOLLOW FB Effy Sueffy untuk perkongsian kata-kata semangat, tips kehidupan dan cerita tentang rumahtangga.

Set SEE FIRST supaya tak terlepas perkongsian setiap hari. ❤

*******************************

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER