Tak terfikir pun dapat jumpa ramai orang hebat. Tapi di BookCamp SKB kelmarin, mami dapat peluang tu. Pertama, tentu sekali teruja nak jumpa pengasas dan pembimbing Swaterbit Kids Book, Kak Mimi Salleh
Kemudian dapat tahu Kak Emila Yusof akan jadi mentor dalam BookCamp. Lagilah teruja. Bagi yang tak tahu, Kak Emila adalah pemilik Galeri Emilatopia yang terletak di bangunan GMBB, Bukit Bintang. Nak tahu lebih lanjut tentang Kak Emila dan kenapa mami begitu gembira bertemu dengannya, jemput singgah ke emilayusof.com
Selain Kak Mimi dan Kak Emila, 10 orang rakan peserta juga bukan biasa-biasa. Banyak mami belajar daripada setiap mereka. Bukan sahaja tentang seni lukis dan penciptaan skrip cerita, malah ada yang berkongsi mengenai pendidikan serta peluang membina potensi anak-anak juga.
BookCamp SKB bukan sekadar kem belajar bentang storyboard dan melukis. Sebaliknya ia padat dengan pelbagai ilmu berkaitan seni dan kehidupan (bagi yang tahu bagaimana nak kaitkan setiap isi perbualan).
Semangat dari BookCamp masih membuak macam buih Coca-cola yang digoncang botolnya. Melimpah-limpah. Moga cepatlah siap desain penuh untuk buku cerita kanak-kanak ke-4 mami bagi tahun 2022 ni. 3 dah selamat bentang dan tunggu kelulusan untuk peringkat seterusnya. Mudah-mudahan lancar dan dapat terbit sebelum Pesta Buku nanti.
Doakan kami ya!
#mamiEffy
Sesi jalan-jalan ke Museum of Picture Book Art. Seronok masuk sini. Banyak buku menarik. Jangankan anak-anak, mak ayah anak pun jadi teruja.
Kak Emila Yusof bersama buku ketiga mami, Oh, bertuahnya saya!
No comments:
Post a Comment