Thursday 27 January 2022

Oh, bertuahnya saya!

Dalam melayan rasa rindu pada kenangan di zaman kanak-kanak, hati terubat bila terima mesej, "Effy, kak nak buku Oh, bertuahnya saya! 2 buah." Sahabat di hujung sana terus minta nombor akaun dan beri alamat pengeposan sekali. 

Alhamdulillah. 
Buku Oh, bertuahnya saya! ini merupakan cerita kanak-kanak di bawah tema biblioterapi. Mengisahkan tentang Amy yang berdepan dengan perpisahan ibu bapanya. Mereka kemudian berkahwin lain dan Amy semakin dihimpit resah apabila terpaksa menerima kehadiran ahli keluarga yang baharu. Di akhir cerita, Amy akhirnya gembira dan berbahagia bersama seluruh ahli keluarganya. 

Buku ini membawa kita memahami dilema yang dihadapi anak-anak apabila mereka terpaksa melalui perceraian ibu bapa. Peranan kita sebagai orang dewasa amat penting bagi memastikan anak-anak tidak berterusan memendam rasa kecewa, sedih dan marah akibat perpisahan yang berlaku.

Buku ini terdapat dalam versi buku fizikal dan buku audio visual. Buku fizikal boleh dimiliki dengan menghubungi mami di SINI manakala buku audio visual boleh dibeli melalui PAUTAN INI.

Untung dapatkan buku fizikal, ada hadiah untuk adik-adik. Manakala kelebihan buku audio visual pula, kawan-kawan bukan sahaja akan terima buku audio visual Oh, bertuahnya saya! tetapi turut menerima 35 buku audio visual lain di bawah pelbagai tema. Ada buku audio dalam Bahasa Arab juga!

Menarik, kan?

#mamiEffy

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER