Tuesday 27 September 2022

Dua Buku Cerita Bergambar Saya Terpilih Mewakili Malaysia!

 

13 September yang lalu, saya dan beberapa orang rakan alumni SKB (Swaterbit Kids Books) menerima berita gembira apabila dimaklumkan bahawa buku-buku kami terpilih mewakili Malaysia ke acara The World Through Picture Books anjuran IFLA.

Ini bermakna buku-buku yang kami hasilkan bakal dipamerkan dalam pameran di peringkat antarabangsa. Satu pameran berlangsung di Tokyo, Jepun dan satu lagi di Paris, Perancis. 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang dengan izin-Nya maka juri-juri membuat keputusan untuk memilih buku Raksasa Menyerang Kampung dan Adi Bertemu Laksamana Pisang karya saya sebagai sebahagian daripada 10 buku yang akan mewakili Malaysia ke acara tersebut.

Ini merupakan pencapaian peribadi yang amat indah buat saya selepas terpilih untuk menyertai pameran ilustrasi sempena acara Stories + Art = Picture Books yang berlangsung di GMBB, Kuala Lumpur pada 17/6/2022 hingga 17/7/2022 yang lalu.

Semoga pencapaian kecil ini akan menjadikan saya dan kawan-kawan lebih bersemangat untuk terus berkarya seterusnya menghasilkan lebih banyak buku cerita bergambar kanak-kanak yang berkualiti setaraf karya-karya antarabangsa. 

Insya-Allah.



No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER