Friday, 19 July 2024

JENIS PISANG YANG ADA DI MALAYSIA

Pertama sekali, artikel ringkas ini istimewa buat pembaca buku Adi Bertemu Laksamana Pisang. 

Terima kasih kerana telah mendapatkan buku saya yang bertemakan makanan agro Malaysia tersebut. 

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang pisang yang ada di Malaysia ini. Mungkin juga masih ramai yang kurang tahu tentang jenis pisang yang ada. Macam saya. Yang saya kenal cuma pisang emas dan pisang tanduk. Selebihnya tahu pisang sahaja.

Rupanya di Malaysia, ada banyak jenis pisang yang sedap dimakan begitu sahaja apalagi jika dijadikan bahan dalam juadah seperti kek dan pengat. Ada juga yang enak dibuat puding dan roti.

Di antara jenis-jenis pisang yang terdapat di Malaysia ialah:

1. Pisang Awak - boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat kuih.
2. Pisang Emas - enak dimakan terus atau bersama aiskrim.
3. Pisang Nangka - sesuai untuk digoreng dan jika sudah ranum, boleh dijadikan cekodok atau lempeng pisang 
4. Pisang Susu - sedap dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis berkrim.
5. Pisang Raja - sedap dijadikan pengat atau kek pisang.

Selain pisang-pisang yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis pisang lagi yang popular juga di negara kita. Perincian tentangnya ada dikongsikan di SINI.

Tuesday, 20 February 2024

Tiang Cahaya Yang Luar Biasa

Gambar menunjukkan kejadian tiang cahaya di Rusia. Sumber: 9GAG di Pinterest.

Ketika diberitahu tentang projek buku bertemakan Siri Fenomena Alam yang bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang terlintas di fikiran saya ialah tiang cahaya. Kebetulan pula sewaktu perbincangan bersama kumpulan Swaterbit Kids Books (SKB), ramai tertumpu kepada fenomena aurora yang popular. Jadi saya sedikit lega kerana tidak ada persamaan pilihan dengan sesiapa.

Bermula detik itu, saya membuat bacaan demi bacaan tentang fenomena tiang cahaya. Saya tahu ia banyak berlaku di luar negara. Namun setelah melakukan bacaan, barulah saya tahu rupa-rupanya fenomena tiang cahaya ini telah beberapa kali berlaku di Malaysia. Dan lebih menarik, ia kerap berlaku di bulan Ramadan. Bulan di mana umat Islam berpuasa serta melakukan solat sunat terawih dan bertadarus di malam harinya.

Berikut saya senaraikan beberapa artikel menarik berkaitan fenomena tiang cahaya yang luar biasa.







Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang singgah ke sini. Terima kasih!

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER