Tuesday 22 June 2021

Kingcup, kuning berseri menghias hati 😊

Biasa tengok sardin jenama Kingcup, tinnya warna merah. Bila tengok bunga Kingcup, eh kuning pula! Tapi cantik betul bunga Kingcup atau popular juga dengan nama Marsh Marigold ni. Segar rasa mata sebaik siap warnakan lukisan ni. 

Terilham nak lukis bunga kuning berseri ni sebab semalam dapat tahu ada jiran yang positif Covid (semoga Allah beri kesembuhan kepadanya). Ambil masa jugalah nak pilih subjek untuk lukisan kali ni. Sempat baca beberapa artikel dulu sebelum betul-betul tenang nak melukis. Alhamdulillah, siap juga. 

Menarik tentang Kingcup Marsh Marigold:

• Turut dikenali dengan nama Cowslip. Nama Latinnya adalah Caltha Palustris.

• Berasal dari selatan Eropah, Asia Barat dan Amerika Utara. 

• Kingcup termasuk dalam keluarga buttercup yang tumbuh subur di kawasan basah seperti paya, parit dan hutan sederhana.

• Lazimnya tumbuhan ini mengeluarkan bunga pada bulan April dan Ogos. Namun begitu, sesekali ia juga boleh berbunga pada bulan lain. 

• Pokok Kingcup tumbuh dengan ketinggian antara 10 hingga 80 sentimeter.

• Bunga cantik berwarna kuning terang ini menjadi lambang kekayaan dan kemewahan. Mungkin sebab warnanya yang bercahaya bila disimbah sinaran matahari. Bersinar bagai emas barangkali. 

#mamiEffy 
Semoga dilimpahkan kekayaan dari segi kesihatan dan kesejahteraan.

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER