Tuesday 22 June 2021

Magnolia Yang Menawan

Beberapa hari tak lukis bunga, alhamdulillah pagi ni dapat siapkan satu frame. Bunga Magnolia Soulangeana jadi pilihan. Tertarik sebab dalam banyak jenis Magnolia, jenis Soulangeana ni ada warna gabungan putih, pink lembut dan sedikit keunguan.

Beberapa perkara menarik tentang bunga yang cantik ini:

1. Turut dikenali dengan nama Chinese Magnolia, Tulip Magnolia dan Saucer Magnolia (Magnolia Piring).

2. Tumbuhan ini ditanam secara meluas di Amerika Syarikat terutamanya di bahagian Pantai Timur dan Barat Amerika, serta di Kepulauan British.

3. Menurut catatan sejarah, bunga Magnolia Soulangeana ini mula dibiakkan oleh Étienne Soulange-Bodin, seorang ahli botani dan pesara pegawai berkuda dalam tentera Napoleon. Pembiakan Magnolia Soulangeana dilakukan di château denya yang terletak dekat Paris, Perancis. Tanaman hibrid ini cepat merebak ke serata Eropah dan Amerika Utara apabila lebih ramai ahli tanaman berminat dengannya.

4. Biasanya mulai berbunga pada penghujung musim sejuk. Bunga akan tumbuh dengan banyaknya pada dahan yang botak. Daun-daun akan tumbuh kemudian. Tumbuhan ini akan mekar sepanjang musim sehinggalah tiba musim luruh.

5. Magnolia Soulangeana menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang mudah ditanam serta mampu bertoleransi dengan keadaan angin dan tanah beralkali. Hal ini merupakan kelemahan bagi kebanyakan Magnolia yang lain.

#mamiEffy

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER