Tuesday 22 June 2021

SUMAC - Tumbuhan renek yang berkhasiat

Mami baru sahaja tahu tentang tumbuhan renek yang dipanggil sumac ni apabila diberitahu oleh seorang kenalan di FB. Masa tengok post berkaitan sumac, awalnya mami fikir itu nama buah yang kelihatan macam laici. Haha, noob sangat!

Bila diterangkan, barulah tahu rupanya sumac ni sejenis bunga (tapi ada juga catatan yang menggelarnya sebagai buah sumac/sumac cherry). Kemudian mami mula nampak post kawan-kawan lain yang berniaga air sumac. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, mami mula cari bahan bacaan berkaitan tumbuhan unik ini. Antara perkara menarik yang mami temui adalah:

1. Sumac atau sumach merupakan salah satu daripada 35 spesis tumbuhan berbunga dalam genus Rhus, tergolong dalam spesis Rhus Coriaria.

2. Tumbuhan ini boleh membesar dengan ketinggian antara 1 hingga 10 meter. Setiap kuntum bunganya bersaiz sangat kecil, mempunyai 5 kelopak dan berwana putih krim kehijauan atau merah. Kuntum-kuntum kecil ini membentuk sebuah pancang yang berukuran 5 hingga 30 sentimeter. Buah sumac yang berbiji merah pula membentuk kelompok padat yang digelar ladung sumac. 

4. Perkataan 'sumac' berasal dari beberapa bahasa iaitu Perancis Lama (sumac), Latin Pertengahan (sumach), Bahasa Arab (summāq) dan Bahasa Suryani (summāq) yang bermaksud merah.

5. Rempah sumac telah lama digunakan oleh masyarakat Timur Tengah dalam masakan harian mereka. Ia bukan sahaja mampu membangkitkan rasa masakan, malah dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh. Antaranya:-

❤️ Kaya dengan antioksidan dan vitamin C. 
❤️ Kajian awal yang diterbitkan oleh Journal of Research in Medical Science menyokong potensi sumac untuk mengawal paras gula dalam darah. 
❤️ Dikatakan dapat mengurangkan kesakitan otot.
❤️ Dipercayai dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat kembung perut dan sembelit.
❤️ Sumac juga dikatakan dapat mengurangkan rasa senggugut pada wanita yang sedang haid.

#mamiEffy

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER