Friday, 19 July 2024

JENIS PISANG YANG ADA DI MALAYSIA

Pertama sekali, artikel ringkas ini istimewa buat pembaca buku Adi Bertemu Laksamana Pisang. 

Terima kasih kerana telah mendapatkan buku saya yang bertemakan makanan agro Malaysia tersebut. 

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang pisang yang ada di Malaysia ini. Mungkin juga masih ramai yang kurang tahu tentang jenis pisang yang ada. Macam saya. Yang saya kenal cuma pisang emas dan pisang tanduk. Selebihnya tahu pisang sahaja.

Rupanya di Malaysia, ada banyak jenis pisang yang sedap dimakan begitu sahaja apalagi jika dijadikan bahan dalam juadah seperti kek dan pengat. Ada juga yang enak dibuat puding dan roti.

Di antara jenis-jenis pisang yang terdapat di Malaysia ialah:

1. Pisang Awak - boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat kuih.
2. Pisang Emas - enak dimakan terus atau bersama aiskrim.
3. Pisang Nangka - sesuai untuk digoreng dan jika sudah ranum, boleh dijadikan cekodok atau lempeng pisang 
4. Pisang Susu - sedap dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis berkrim.
5. Pisang Raja - sedap dijadikan pengat atau kek pisang.

Selain pisang-pisang yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis pisang lagi yang popular juga di negara kita. Perincian tentangnya ada dikongsikan di SINI.

Tuesday, 20 February 2024

Tiang Cahaya Yang Luar Biasa

Gambar menunjukkan kejadian tiang cahaya di Rusia. Sumber: 9GAG di Pinterest.

Ketika diberitahu tentang projek buku bertemakan Siri Fenomena Alam yang bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang terlintas di fikiran saya ialah tiang cahaya. Kebetulan pula sewaktu perbincangan bersama kumpulan Swaterbit Kids Books (SKB), ramai tertumpu kepada fenomena aurora yang popular. Jadi saya sedikit lega kerana tidak ada persamaan pilihan dengan sesiapa.

Bermula detik itu, saya membuat bacaan demi bacaan tentang fenomena tiang cahaya. Saya tahu ia banyak berlaku di luar negara. Namun setelah melakukan bacaan, barulah saya tahu rupa-rupanya fenomena tiang cahaya ini telah beberapa kali berlaku di Malaysia. Dan lebih menarik, ia kerap berlaku di bulan Ramadan. Bulan di mana umat Islam berpuasa serta melakukan solat sunat terawih dan bertadarus di malam harinya.

Berikut saya senaraikan beberapa artikel menarik berkaitan fenomena tiang cahaya yang luar biasa.







Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang singgah ke sini. Terima kasih!

Tuesday, 27 September 2022

Dua Buku Cerita Bergambar Saya Terpilih Mewakili Malaysia!

 

13 September yang lalu, saya dan beberapa orang rakan alumni SKB (Swaterbit Kids Books) menerima berita gembira apabila dimaklumkan bahawa buku-buku kami terpilih mewakili Malaysia ke acara The World Through Picture Books anjuran IFLA.

Ini bermakna buku-buku yang kami hasilkan bakal dipamerkan dalam pameran di peringkat antarabangsa. Satu pameran berlangsung di Tokyo, Jepun dan satu lagi di Paris, Perancis. 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang dengan izin-Nya maka juri-juri membuat keputusan untuk memilih buku Raksasa Menyerang Kampung dan Adi Bertemu Laksamana Pisang karya saya sebagai sebahagian daripada 10 buku yang akan mewakili Malaysia ke acara tersebut.

Ini merupakan pencapaian peribadi yang amat indah buat saya selepas terpilih untuk menyertai pameran ilustrasi sempena acara Stories + Art = Picture Books yang berlangsung di GMBB, Kuala Lumpur pada 17/6/2022 hingga 17/7/2022 yang lalu.

Semoga pencapaian kecil ini akan menjadikan saya dan kawan-kawan lebih bersemangat untuk terus berkarya seterusnya menghasilkan lebih banyak buku cerita bergambar kanak-kanak yang berkualiti setaraf karya-karya antarabangsa. 

Insya-Allah.



Sunday, 8 May 2022

Kini berwajah baru!

 Oh, bertuahnya saya! kini tampil dengan wajah baru. Buku ini merupakan buku bergambar kanak-kanak yang diswaterbit pada tahun 2021 di bawah projek Peer Writer (SKB) dengan kerjasama PERBIMA (Persatuan Biblioterapi Malaysia).

Mengisahkan tentang Amy yang bersedih selepas perceraian mama dan ayahnya. Kesedihan Amy bertambah apabila mama dan ayah masing-masing berkahwin lain dan Amy diberitahu akan mendapat adik baru. Amy semakin kerap menangis sehingga jatuh sakit. Amy akhirnya sedar bahawa dirinya amat bertuah walaupun mama dan ayah sudah berpisah.

Bagi yang mahu pratempah buku ini, boleh hubungi EFFY SUEFFY



Sudah Masuk Kilang Cetak!

Dalam kesibukan melayan semangat anak-anak mahu beraya, mami perlu selesaikan urusan percetakan buku bergambar kanak-kanak yang baharu. Alhamdulillah sedang beratur menunggu giliran dicetak. 

Doakan cepat siap cetakan buku baru mami ya!

*3 buku baru mami mendapat perhatian YB ADUN kawasan tempat tinggal kami. Alhamdulillah YB ADUN berminat dengan buku-buku yang bakal diterbitkan dan telah memberi sedikit sumbangan bagi melancarkan proses swaterbit buku-buku ini. 

Syukur.

#mamiEffy

Tuesday, 22 February 2022

Servis Penulisan dan Digital Art

Servis penulisan:
• Artikel
• Storytelling
• Content mengikut niche produk/servis
• Post pendek media sosial
• Skrip video iklan
• Skrip forum
• Manuskrip buku kanak-kanak

Digital Art:
• D-card jemputan perkahwinan/ucapan perayaan
• Poster
• Katalog mini
• Lukisan
• Khat nama

Hubungi: Effy Sueffy
#mamiEffy

Thursday, 27 January 2022

Oh, bertuahnya saya!

Dalam melayan rasa rindu pada kenangan di zaman kanak-kanak, hati terubat bila terima mesej, "Effy, kak nak buku Oh, bertuahnya saya! 2 buah." Sahabat di hujung sana terus minta nombor akaun dan beri alamat pengeposan sekali. 

Alhamdulillah. 
Buku Oh, bertuahnya saya! ini merupakan cerita kanak-kanak di bawah tema biblioterapi. Mengisahkan tentang Amy yang berdepan dengan perpisahan ibu bapanya. Mereka kemudian berkahwin lain dan Amy semakin dihimpit resah apabila terpaksa menerima kehadiran ahli keluarga yang baharu. Di akhir cerita, Amy akhirnya gembira dan berbahagia bersama seluruh ahli keluarganya. 

Buku ini membawa kita memahami dilema yang dihadapi anak-anak apabila mereka terpaksa melalui perceraian ibu bapa. Peranan kita sebagai orang dewasa amat penting bagi memastikan anak-anak tidak berterusan memendam rasa kecewa, sedih dan marah akibat perpisahan yang berlaku.

Buku ini terdapat dalam versi buku fizikal dan buku audio visual. Buku fizikal boleh dimiliki dengan menghubungi mami di SINI manakala buku audio visual boleh dibeli melalui PAUTAN INI.

Untung dapatkan buku fizikal, ada hadiah untuk adik-adik. Manakala kelebihan buku audio visual pula, kawan-kawan bukan sahaja akan terima buku audio visual Oh, bertuahnya saya! tetapi turut menerima 35 buku audio visual lain di bawah pelbagai tema. Ada buku audio dalam Bahasa Arab juga!

Menarik, kan?

#mamiEffy

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER