Wednesday 30 October 2019

Dhanush: Hero Kesukaan Ramai

Kelmarin di TV3 ada tayangan filem Vellai Illa Pattadhaari (VIP). Malamnya di channel 202 Astro, filem Maari 2 (sekuel Maari). Hari berikutnya, di TV3 siang tadi VIP 2 dan sebelah malam di channel 202 filem Pakkiri pula ditayangkan.

Kesemua filem ini menampilkan hero kacak tinggi lampai, Dhanush. Siapa Dhanush ni?

Buat yang belum tahu, jom mami kongsikan sikit maklumat tentang Dhanush yang diminati ramai ni.


Dhanush atau nama sebenarnya Venkatesh Prabhu dilahirkan pada 28 Julai 1983. Dah 36 tahunlah kiranya Dhanush ni sekarang. Dah berkahwin pun pada November 2004 dulu.

Isteri beliau, Aishwarya R. Dhanush adalah anak perempuan kepada pelakon popular India, Rajinikant (Sivaji The Boss).

Dhanush yang juga digelar Bruce Lee of Kollywood, lahir dalam keluarga pembikin filem. Ayahnya Kasthuri Raja, merupakan penerbit dan pengarah filem. Abang kepada Dhanush pun pengarah juga. Selvaragavan namanya.

Perkahwinannya dengan Aishwarya dikurniakan 2 anak lelaki yang comel iaitu Yatra dan Linga. Mereka masing-masing dilahirkan pada tahun 2006 dan 2010.

Selain menjadi pelakon, Dhanush juga merupakan pengarah, penerbit, penyanyi latar dan penulis lirik juga. Berbakat besarlah kiranya Dhanush ni. Iyelah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Filem pertama lakonan Dhanush pada tahun 2002 (ada yang kata 2001) diarahkan oleh ayahnya sendiri. Filem tersebut adalah Thulluvadho Ilamai. Kemudian beliau berlakon dalam filem arahan abangnya pula, Kaadhal Kondein. Masa nilah dikatakan Dhanush bertemu dengan cinta hatinya, Aishwarya.

Dhanush mula popular dan dikenali sekitar tahun 2011 selepas lagu ciptaannya, Kolaveri Di menjadi video India pertama yang mendapat lebih 100 juta tontonan di Youtube. Lagu ni ditulis hanya dalam 6 minit dan versi asalnya dirakam dalam tempoh 40 minit sahaja!

Hebat kan?

Okaylah, setakat ni sahaja perkongsian mami. Kalau ada maklumat lain yang kalian tahu, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

Terima kasih ❤

#mamiEffy

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER