Wednesday 30 October 2019

Etika Sebagai Ghostwriter

Sejak terlibat secara aktif sebagai ghostwriter atau penulis upahan ini, mami telah menetapkan beberapa etika kerja yang mesti dipatuhi.

1. Kerahsiaan.
Ini paling wajib seperti kata guru mami. Seorang ghostwriter tidak boleh sesekali memberitahu orang ramai bahawa beliau sedang menulis untuk Klien A, B atau C.

Maklumat mengenai klien adalah rahsia di antara klien dan ghostwriternya.

2. Amanah.
Seorang ghostwriter mestilah amanah dalam melaksanakan tugasannya. Sebaik sahaja klien bersetuju untuk bekerjasama dan membuat bayaran, ghostwriter mestilah memberi 200% komitmen untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Amanah dengan tempoh masa yang dipersetujui serta amanah dengan kerja menulis. Tidak sekadar melepas batuk di tangga atau copy paste artikel orang lain dan dihantar kepada klien.

3. Rajin.
Menjadi seorang ghostwriter juga mesti rajin. Rajin ulangkaji, rajin membaca, rajin bertanya dan sentiasa luangkan masa untuk belajar lebih lagi.

Sifat rajin disertai dengan minat yang mendalam terhadap bidang penulisan akan membantu ghostwriter untuk memberikan hasil kerja yang terbaik kepada klien.

Inilah 3 etika kerja yang mami pegang sehingga kini. Mungkin akan bertambah lagi nanti.


#mamiEffy

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER