Thursday 7 November 2019

Saya suka menjadi ghostwriter ❤

Mungkin ada yang belum tahu bahawa mami ni dulu seorang Penolong Pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Sebelum tu mami bekerja di Lapangan Terbang KLIA di bahagian customer service.

Masa letak jawatan dari jabatan kerajaan, ramailah yang kata macam-macam. Ahli keluarga dah semestinya. Sampai ke hari ni, pergi mana-mana pun masih orang bercakap tentang tu.

Yang terbaru, adalah kenalan tegur. Dia tanya mami buat apa sekarang?

"Saya ghostwriter sekarang ni. Menulis untuk orang lain."

Sambil senyum mami jawab.

"Itulah, dulu elok-elok dah kerja pegawai kerajaan. Kau berhenti. Sekarang dah jadi penulis."

Senyum lagi mami. Pakej siap ketawa. Haha.

Mami tak kisah pun apa orang kata sekarang. Kalau 3-4 tahun dulu mungkin sedihlah. Ralat, salahkan diri sebab lepaskan jawatan tu.

Sekarang boleh senyum manis tersimpul lagi. Sebab kalau tak letak jawatan tu dulu, mungkin mami tak jadi ghostwriter jelita yang kalian kenal.

Dulu dapat gaji setiap akhir bulan. Sekarang, alhamdulillah, dari awal bulan sampai ke akhir bulan ada sahaja upah dari klien yang tempah tugasan menulis. November ni, dalam minggu pertama sahaja dah dapat 4 angka pendapatan.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada klien yang beri kepercayaan. Walaupun keadaan kesihatan masih tak berapa okay sepenuhnya, klien tetap percaya mami dapat siapkan tugasan yang diberi dengan baik.

Masa tak sihat kelmarin adalah beberapa tugasan yang pending. Insya-Allah dah boleh mula submit sikit-sikit.

Dapat klien memahami dan boleh tolak ansur pun rezeki juga untuk penulis upahan macam mami. Syukur sangat-sangat.

Inilah sebabnya mami selesa dengan kerjaya sekarang. Walaupun masih ada yang anggap mami cuma surirumah biasa, itu tak mengapa. Mami senyum saja.

Yang penting mami selesa bekerja sambil layan anak-anak tengok Upin dan Ipin. Sesekali layan Superwings dan menyanyi sama-sama bila keluar lagu Pada Zaman Dahulu.

Seronok. 😊

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita yang bahagia. ❤


No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER