Sunday 23 August 2020

Warna-warni Kehidupan

Hidup ini penuh warna-warni. Adakala, warna ceria menghiasi hari. Sesekali warna kusam menyelit menjadikan kita semakin betah menghadapi hari mendatang.

Jika semalam kita berjaya mengharungi percikan warna-warna kelam dan kusam itu, maka hari ini sudah pasti kita dapat menikmati satu hari baru dengan lebih matang.

Lalui perjalanan hari ini dengan langkah lebih yakin. Pasti banyak lagi warna-warna kehidupan yang akan kita temui di sepanjang perjalanan. Setiap satunya menjadikan corak yang bakal mengindahkan lagi kanvas hidup kita.

Yakinlah bahawa setiap warna yang ditetapkan Tuhan untuk berada dalam laluan kita adalah yang terbaik. Gabungan kesemuanya pasti menghasilkan sesuatu yang luarbiasa indah.

Hanya terserah kita, bagaimana mahu mengadunkan warna-warna itu menjadi sebuah lukisan yang bermakna. Sebagai tinggalan kepada waris-waris sebelum kita beralih dunia.

Sejahtera ke atas kamu.

#mamiEffy

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER