Sunday 23 August 2020

Semoga Kita Terpelihara Dari Sifat Sombong

Orang yang berjaya adalah yang tetap merendah diri walau dipuji melambung. Dia sedar setiap apa yang diperoleh adalah kerana izin Allah. 

Sesuatu yang menjadikan kita sombong atau lupa diri, bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan. Sebaliknya kita perlu risau apa yang menyebabkan sifat sombong mula beraja dalam hati.

Tiada istilah orang yang gagal dalam hidup. Semuanya ada fasa kejayaan tersendiri. Yang benar-benar gagal itu adalah orang yang makin lama makin hanyut dalam kesombongan. Baik kepada Tuhan mahupun sesama makhluk.

3 jenis kesombongan yang digariskan dalam Islam:

1) Sombong terhadap Allah iaitu enggan mematuhi apa yang telah diperintahkan.

2) Sombong terhadap nabi dan rasul iaitu tidak mengikut ajaran mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3) Sombong terhadap manusia iaitu mementingkan diri sendiri dan bangga dengan apa yang dimilikinya. 

ﺃﻋﻮﺫ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

ﻭَﻟَﺎ ﺗُﺼَﻌِّﺮْ ﺧَﺪَّﻙَ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻤْﺶِ ﻓِﻰ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻣَﺮَﺣًﺎ ۖ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّـﻪَ ﻟَﺎ ﻳُﺤِﺐُّ ﻛُﻞَّ ﻣُﺨْﺘَﺎﻝٍ ﻓَﺨُﻮﺭٍ
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.
(Surah Luqman, ayat 18).

#mamiEffy
Semoga hati kita terpelihara selalu.

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER