Wednesday, 9 October 2019

Ghostwriter, bidang terbaik untuk saya!

Petang hari seorang #Ghostwriter, teman anak-anak tengok kartun. Sambil menonton, ajar anak-anak kenal objek. Anak dapat belajar sambil berseronok.

Mami ghostwriter sepenuh masa. Memang banyak masa dengan anak-anak sajalah. Kadang-kadang, masa tengah siapkan tugasan klien pun anak-anak duduk sebelah. Main kereta, baca buku. Sesekali berhenti menulis, pandang anak-anak. Senyum.

Dulu masa bercita-cita nak jadi penulis, tak terfikir tentang #ghostwriting. Masa tu cuma fikir nak tulis puisi, anekdot dan novel. Fikir sajalah. Huhu.

Bila tau ada kelas online untuk belajar tentang ghostwriter, terus buat keputusan nak join. Alhamdulillah, sekarang dah boleh senyum tengok income sendiri.

Taklah 5-6 angka buat masa ni. Tapi adalah sikit untuk tambah belanja isi rumah. Sesekali kereta rosak masa suami belum gaji, adalah income mami tu untuk dulukan repair kereta. Dapat hulur kat mak abah di kampung sikit, belanja anak-anak beli baju baru. Sesekali reward diri dengan buku-buku dan join kelas menulis.

Syukur sangat. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

❓Siapa kata jadi surirumah tak boleh ada pendapatan sendiri?

❓Siapa kata tak pandai jual barang, tak boleh meniaga?

❓Siapa kata orang pemalu susah nak berurusan dengan orang lain?

Mami adalah surirumah. Mami tak pandai jual barang. Serius, sebelum ni jadi dropship macam-macam produk. Cannot go. Huhu.

Dan ya, mami ni pemalu sebenarnya. Orang telefon pun mami malu nak jawab. Apa lagi bila orang ajak jumpa. Terus berdebar-debar. Haha.

Bidang ghostwriter memang pilihan terbaik untuk mami.

Untuk kalian pula?

#mamiEffy

Saturday, 5 October 2019

Kalian surirumah? Atau sedang bekerja tapi bercadang untuk berhenti dan bekerja dari rumah?

Ini di antara bidang kerjaya yang sesuai untuk diberi perhatian. Kerjaya menulis bagi pihak orang lain atau dikenali sebagai #Ghostwriter.

Saya sendiri adalah seorang ghostwriter yang bekerja hampir sepenuh masa dari rumah. Setiap hari bersama anak-anak dan uruskan rumahtangga. Dalam masa sama saya mengambil upah menulis content, artikel, copywriting dan pelbagai tugasan menulis yang lain.

Kepada kalian yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Ghostwriter, boleh klik terus ke link di bawah.

Banyak yang kalian akan temui di sebalik link tersebut. Nak tau tentang BONUS MENARIK, KLIK SEKARANG!

https://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter/effysueffy

#mamiEffy

Friday, 4 October 2019

Terhilang ingatan!

Huhu bukan hilang ingatan tak ingat langsung tu! Tapi ni hilang ingatan nak update blog ni.

Sejak last update bulan 8 hari tu, mami dok sibuk belajar susun content FB. Berlumba-lumba dengan suami dan anak-anak tak sihat. Sudahnya terlupa nak menulis di blog ni.

Dalam pada tu, sibuk juga dengan tugasan menulis. Alhamdulillah Ogos dan September dapat banyak job menulis Profil Syarikat, Copywriting dan Content untuk website dan Page Bisnes di FB.

Syukur.

Insya-Allah lepa

Saturday, 17 August 2019

Bahagiakan diri sendiri supaya dapat bahagiakan orang lain.

Kata orang, kena sayang diri sendiri dulu baru kita tahu bagaimana nak sayang orang lain. Kena bahagiakan diri dulu, barulah mudah nak sebarkan bahagia itu kepada orang lain.

Bagaimana nak menzahirkan bahagia dalam diri?

1. Awali hari dengan syukur. Syukur untuk semua perkara. Masih bernafas, dapat melihat, mendengar, bercakap dan dapat bergerak dengan izin Allah. Alhamdulillah.

2. Berikan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Saya hebat, saya cantik, saya gembira hari ini.

3. Senyum kepada insan tersayang. Pandang pasangan dengan wajah manis. Berikan senyuman penuh cinta kepadanya. Pandang dan senyum kepada anak-anak dengan penuh kasih. Begitu juga buat ibubapa jika tinggal bersama.

4. Berikan pelukan kasih sayang. Peluk pasangan dengan gembira. Alirkan cinta kepadanya. Peluk anak-anak dan ibubapa. Hadiahkan ciuman kasih kepada mereka.

5. Ikhlaskan semua yang kita lakukan semata-mata kerana Allah. Berbakti kepada pasangan kerana Allah. Urus anak-anak kerana Allah. Berkhidmat untuk ibubapa kerana Allah. Bekerja dan berniaga, semuanya kerana Allah.

Semoga kita lebih bahagia dan ceria sepanjang hari ini dan hari-hari mendatang.

❤,
#mamiEffy

*******************************

Jemput FOLLOW FB Effy Sueffy untuk perkongsian kata-kata semangat, tips kehidupan dan cerita tentang rumahtangga.

Set SEE FIRST supaya tak terlepas perkongsian setiap hari. ❤

*******************************

Sunday, 14 July 2019

Penulis Upahan Anda

Saya suka menulis sejak dari sekolah rendah. Ketika berusia 12 tahun, saya mula menulis puisi pendek untuk ditampal di dalam kelas. Ketika itu juga saya pernah menulis skrip untuk pementasan teater sempena Hari Anugerah hujung tahun 1996.

Melangkah ke sekolah menengah minat saya terhadap penulisan semakin menebal. Saya suka mengarang cerpen, puisi dan pantun. Pernah saya karang sebuah cerpen bertajuk 'Safira'. Entah ke mana hilangnya pun tak tahu. Mungkin saya perlu karang semula cerita tersebut. Dengan sentuhan lebih kemas.

Lama saya tak menulis kecuali di dinding Facebook peribadi. Sehinggalah pada 2017, saya kembali menulis sebagai seorang copywriter. Sejak itu saya mula jana pendapatan dari rumah dengan menulis copywriting untuk rakan-rakan online seller di Facebook dan Instagram.

2018 saya sertai Kelas Online Ghostwriter Junior anjuran upahmenulis.com yang dikendalikan oleh Puan Nordianah Bachok. Baru tahu banyak kerja menulis yang boleh dilakukan selain copywriting rupanya. Alhamdulillah banyak yang saya belajar dalam kelas online ni. Dan kerjaya sebagai ghostwriter pun bermula secara rasmi.

Habis kelas, saya mula terima tugasan menulis artikel dan content untuk Page dan Facebook peribadi rakan-rakan. Juga untuk website dan blog. Alhamdulillah.

Kini, saya masih menulis untuk para peniaga atas talian. Klien saya terdiri dari pelbagai latar perniagaan. Kesihatan dan kecantikan, kosmetik, farmasi, pendidikan, kelas memasak, bakeri, busana muslimah dan produk khusus untuk kanak-kanak.

Ada yang direkemenkan oleh founder produk sendiri, ada juga yang direkemen oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat saya sebagai penulis upahan mereka. Alhamdulillah.

Saya masih menerima tempahan menulis copywriting, content, artikel dan storytelling. Saya juga mula menerima tugasan menulis profil syarikat jika ada yang berminat.

Sekiranya ada di antara kalian yang mahu gunakan khidmat penulis upahan, boleh hubungi saya di Servis Penulisan Mami Effy

Sedia berkhidmat,

#mamiEffyy
Penulis Upahan Anda.


Saturday, 13 July 2019

Hargai insan yang ikhlas menyayangi kita.

Dalam sibuk menulis menyiapkan tugasan, sempat juga membaca beberapa berita. Sambil-sambil terlayan cerita Setelah Terlafaznya Akad yang sedang ditayangkan di Astro Ria 104, jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis. Ulangannya setiap hari jam 10 pagi dan 4 petang.

Kisah Hanan, Nawal dan Hani ini mempunyai mesej supaya kita sentiasa menghargai insan yang ikhlas menyayangi kita. Juga mengingatkan supaya kita sendiri ikhlas menerima pasangan seadanya. Bukan kerana kita mahu dia menjadi seperti apa yang kita mahu.

Hidup berumahtangga begitulah. Saling menerima dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dan menerima itu bukanlah diri pasangan semata-mata. Kita perlu terima keluarganya juga.

Mana yang tak sehaluan dengan pendapat kita, tenang-tenang sahaja. Mereka ada cara tersendiri, sama juga macam kita. Tenang, terima. Selagi ia tak bercanggah dengan hukum agama dan adat, tak perlu jadikan itu masalah.

Paling utama dalam kehidupan berumahtangga ini adalah sikap saling menghargai. Kita sebagai isteri atau suami, hargai pasangan hidup yang telah menjadi jodoh kita. Hargai keluarga yang datang bersama jodoh tersebut. Dan hargai peluang untuk berbakti kepada keluarga dan pasangan kita.

Apabila kita tahu untuk menghargai, kita akan lebih mudah bersyukur. Tak semua orang bertuah dikurniakan rumahtangga seperti kita. Ada yang sehingga lanjut usia masih berantakan rumahtangganya. Ada yang terpisah di awal perkahwinan lagi.

Oleh itu sahabat sekalian,

Pandanglah kepada pasangan di sisi. Ucapkanlah terima kasih untuk semua kasih sayang yang telah dicurahkan. Untuk semua pengorbanan yang tak terbalas.

Semoga kehidupan rumahtangga kita akan lebih bahagia dan harmoni.

Insya-Allah.

#mamiEffy

Monday, 8 July 2019

SERVIS PENULISAN MAMI EFFY


Urusan perbincangan boleh dilakukan melalui whatsapp, emel mahupun perjumpaan (bagi yang berada di Seremban, Senawang dan berdekatan).

Whatsapp : Servis Penulisan
Emel : effysueffy@gmail.com

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER