Monday, 4 November 2019

Ghostwriter Memudahkan Kerja Penulisan Klien

Ada ketika, kita begitu bersemangat nak berkongsi sesuatu dengan pembaca. Namun idea yang ada seperti tersekat di minda sahaja. Tidak sampai ke jari untuk diterjemah menjadi ayat-ayat yang bermakna.

Itulah sebabnya wujud servis ghostwriter dalam dunia penulisan. Ia untuk memudahkan kerja-kerja menulis bagi pihak mereka yang ada kekangan masa dan idea.

Di antara tugasan yang boleh kita minta ghostwriter siapkan adalah:

1. Menulis artikel.

2. Menulis S.O.P syarikat.

3. Menulis profil syarikat.

4. Menulis surat rasmi.

5. Menulis content untuk media sosial.

6. Menulis alihbahasa untuk dokumen.

7. Menulis e-book.

8. Menulis buku kisah hidup.

9. Menulis buku panduan (untuk orang bisnes).

10. Menukarkan audio/video kepada teks.

Kalian ada tugasan menulis yang mahu kami bantu siapkan?

Sunday, 3 November 2019

Tamannaah Yang Cantik Jelita

Kanne Kalaimaane di Channel 202 malam tadi. Lakonan Udhayanidhi Stalin dan Tamannaah. Walaupun sibuk dengan kerja servis ghostwriter, mami masih sempat nak menonton dengan keluarga. Bonding time, kan?

Sebenarnya mami bukan nak cerita pasal filem Kanne Kalaimanne ni. Mami lagi suka nak cerita pasal Tamannaah Bhatia, heroin cantik jelita yang turut membintangi filem meletop, Baahubali.

🔸 Tamannaah, dilahirkan pada 21 Disember 1989. Tak lama lagi dah nak sambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 tahunlah nampaknya.

🔸 Beliau bukan sahaja berlakon dalam filem-filem Tamil dan Telugu, malah turut terlibat dalam beberapa filem Hindi juga.

Di antara filem-filem lakonan beliau adalah

+ Baahubali : The Beginning (2015)
+ Baahubali 2 : The Conclusion (2017)
+ Veeram (bersama Ajith Kumar)

+ Himmatwala (bersama Ajay Devgan)
+ Entertainment (bersama Akshay Kumar)
+ Humshakal (bersama Saif Ali Khan)

Dan banyak lagi filem-filem yang hit, semi-hit serta beberapa filem yang kurang 'menjadi'. Humshakal misalnya, mendapat kritikan agak teruk. Tamannaah pula menerima pencalonan bagi kategori 'Worst Actress' dalam 7th Golden Kela Award.

🔸 Beliau juga seorang model dan penari. Pada 2014, beliau terlibat dalam pengiklanan PETA yang menggalakkan konsumer untuk membeli barangan kosmetik yang tidak diuji kepada haiwan.

🔸 Mula terlibat dalam dunia perfileman ketika berusia 15 tahun (2005) dalam filem Bollywood, Chand Sa Roshan sebelum mula berlakon dalam filem Telugu dan Tamil.

Mami mula minat dengan Tamannaah masa mengandungkan Rayffa. Entah kenapa taktaulah. Tapi suka sungguh tengok Tamannaah dalam filem Tutak Tutak Tutiya (lakonan bersama Prabhu Deva). Filem ni Tamannaah dirasuk hantu. Hantu yang nak jadi pelakon popular. Komedi seram gitu.

Okaylah. Ini sahaja serba sedikit tentang heroin kesukaan mami, Tamannaah Bhatia.

Untuk yang minat juga, yeayyy kita geng! Yang tak berapa minat, lain kali mami tulis tentang heroin lain pula ya.



#mamiEffy
Tulis ni sambil suami jadi pengulas filem Kanne Kalaimaane. Dan ya, kami tak tengok final Kedah Vs JDT semalam sebab suami tak minat bola.


Saturday, 2 November 2019

Servis Ghostwriter : Menulis Story Selling

November ini kami tawarkan DISKAUN RM20 dari harga asal (RM50) bagi tempahan STORY SELLING.

🔸Story selling adalah penulisan untuk iklankan produk dalam bentuk cerita/cereka yang mengandungi unsur-unsur kelakar, gembira atau seram kelakar.

🔸Sesuai untuk pelbagai jenis produk dan untuk rekrut ejen juga.

🔸Panjang setiap story selling di antara 300 sehingga 400 patah perkataan.

Sekiranya berminat, sila hubungi kami melalui link berikut:

Servis Penulisan Mami Effy

Terima kasih. ❤


Wednesday, 30 October 2019

Ghostwriter: The Confessions

Ghostwriter: The Confessions merupakan sebuah Ebook yang mengumpulkan perkongsian perjalanan kerjaya 17 orang ghostwriter.

Ia turut mengandungi tips-tips bermanfaat tentang memulakan kerjaya sebagai penulis upahan. Ada yang berkongsi teknik untuk pitching klien, bagaimana nak bina profil yang meyakinkan serta beberapa tips rahsia yang lain.

Ebook ini antara koleksi wajib baca bagi kalian yang mahu mendalami bidang ghostwriter ini.

Jika mahu miliki Ebook ini, boleh terus klik di sini, Ghostwriter The Confessions


Servis Ghostwriter: Menulis Kisah Hidup

"Puan, saya seorang mualaf. Saya nak kongsi cerita hijrah saya dengan orang ramai. Cuma saya tak berapa pandai nak susun ayat. Boleh puan bantu?"

Insya-Allah, boleh. Menjadi tanggungjawab seorang ghostwriter untuk membantu tuan-puan yang mahu menulis kisah hidup untuk dikongsi dengan orang ramai.

Ada klien yang mahu kisah mereka dibukukan. Ada juga yang mahu berkongsi kisah tersebut di media sosial seperti blog dan Facebook.

Insya-Allah, mana-mana bentuk penulisan pun boleh dibuat.

Untuk pertanyaan atau perbincangan, terus hubungi saya melalui Servis Penulisan Mami Effy

#mamiEffy
Sedia berkhidmat.

Etika Sebagai Ghostwriter

Sejak terlibat secara aktif sebagai ghostwriter atau penulis upahan ini, mami telah menetapkan beberapa etika kerja yang mesti dipatuhi.

1. Kerahsiaan.
Ini paling wajib seperti kata guru mami. Seorang ghostwriter tidak boleh sesekali memberitahu orang ramai bahawa beliau sedang menulis untuk Klien A, B atau C.

Maklumat mengenai klien adalah rahsia di antara klien dan ghostwriternya.

2. Amanah.
Seorang ghostwriter mestilah amanah dalam melaksanakan tugasannya. Sebaik sahaja klien bersetuju untuk bekerjasama dan membuat bayaran, ghostwriter mestilah memberi 200% komitmen untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Amanah dengan tempoh masa yang dipersetujui serta amanah dengan kerja menulis. Tidak sekadar melepas batuk di tangga atau copy paste artikel orang lain dan dihantar kepada klien.

3. Rajin.
Menjadi seorang ghostwriter juga mesti rajin. Rajin ulangkaji, rajin membaca, rajin bertanya dan sentiasa luangkan masa untuk belajar lebih lagi.

Sifat rajin disertai dengan minat yang mendalam terhadap bidang penulisan akan membantu ghostwriter untuk memberikan hasil kerja yang terbaik kepada klien.

Inilah 3 etika kerja yang mami pegang sehingga kini. Mungkin akan bertambah lagi nanti.


#mamiEffy

Dhanush: Hero Kesukaan Ramai

Kelmarin di TV3 ada tayangan filem Vellai Illa Pattadhaari (VIP). Malamnya di channel 202 Astro, filem Maari 2 (sekuel Maari). Hari berikutnya, di TV3 siang tadi VIP 2 dan sebelah malam di channel 202 filem Pakkiri pula ditayangkan.

Kesemua filem ini menampilkan hero kacak tinggi lampai, Dhanush. Siapa Dhanush ni?

Buat yang belum tahu, jom mami kongsikan sikit maklumat tentang Dhanush yang diminati ramai ni.


Dhanush atau nama sebenarnya Venkatesh Prabhu dilahirkan pada 28 Julai 1983. Dah 36 tahunlah kiranya Dhanush ni sekarang. Dah berkahwin pun pada November 2004 dulu.

Isteri beliau, Aishwarya R. Dhanush adalah anak perempuan kepada pelakon popular India, Rajinikant (Sivaji The Boss).

Dhanush yang juga digelar Bruce Lee of Kollywood, lahir dalam keluarga pembikin filem. Ayahnya Kasthuri Raja, merupakan penerbit dan pengarah filem. Abang kepada Dhanush pun pengarah juga. Selvaragavan namanya.

Perkahwinannya dengan Aishwarya dikurniakan 2 anak lelaki yang comel iaitu Yatra dan Linga. Mereka masing-masing dilahirkan pada tahun 2006 dan 2010.

Selain menjadi pelakon, Dhanush juga merupakan pengarah, penerbit, penyanyi latar dan penulis lirik juga. Berbakat besarlah kiranya Dhanush ni. Iyelah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Filem pertama lakonan Dhanush pada tahun 2002 (ada yang kata 2001) diarahkan oleh ayahnya sendiri. Filem tersebut adalah Thulluvadho Ilamai. Kemudian beliau berlakon dalam filem arahan abangnya pula, Kaadhal Kondein. Masa nilah dikatakan Dhanush bertemu dengan cinta hatinya, Aishwarya.

Dhanush mula popular dan dikenali sekitar tahun 2011 selepas lagu ciptaannya, Kolaveri Di menjadi video India pertama yang mendapat lebih 100 juta tontonan di Youtube. Lagu ni ditulis hanya dalam 6 minit dan versi asalnya dirakam dalam tempoh 40 minit sahaja!

Hebat kan?

Okaylah, setakat ni sahaja perkongsian mami. Kalau ada maklumat lain yang kalian tahu, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

Terima kasih ❤

#mamiEffy

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER