Tuesday 31 December 2019

Bagaimana Saya Bermula Sebagai Ghostwriter

"Sayang tak payahlah kerja makan gaji. Duduk rumah jelah. Jaga anak. Tak payah hantar kat orang. Nanti anak kena dera."

Fuhhh. Dengar ayat anak kena dera tu, memang menyucuk jantung. Seram betul mami bila suami kata macam tu.

"Tapi bosanlah. Dahlah tak ada duit sendiri, otak pun rasa tak berkembang. Bolehlah, abang. Sayang nak kerja."

"Carilah kerja yang boleh buat kat rumah. Asuh anak orang ke? Ambil budak-budak jaga kat rumah kita."

"Orang lain pun kalau fikir macam abang, tak adanya nak hantar anak ke pengasuh. Semua suruh isteri jaga sendiri."

Bersama ayat tu, satu jelingan tajam mami bagi. Suami diam.

"Sayang carilah kerja yang boleh buat dari rumah. Apa-apa pun tak apa. Janji kerja kat rumah."

Dan sejak itu bermulalah pencarian mami. Ramai juga kawan lama yang mami hubungi sebab nak tanya peluang jadi dropship. Itu sajalah yang mami tau boleh buat dari rumah.

Cuba sana, cuba sini. Tapi masih rasa kosong. Tak ada kepuasan walaupun dapat buat sales.

Akhirnya mami cuba sembang dengan guru yang ajar mami tulis copywriting. Mami tanya pendapat dia.

"Saya suka menulis. Seronok dapat tulis ayat iklan untuk produk ni."

"Then, kenapa tak terus menulis saja?" balas cikgu tu.

"Awak suka menulis, teruskan. Tak perlu pun jual barang. Fokus pada menulis sahaja sebab itu memang minat awak.

Offer servis tulis copywriting dan update page. Itu pun dah boleh jadi pendapatan awak. Sebulan boleh dapat 4 angka jugak tu."

Berbekalkan nasihat dari cikgu inilah mami mula tawarkan khidmat menulis copywriting. Itu pada September 2017.

Ogos 2018 pula mami sertai #Kelas_Online_Ghostwriter_Junior untuk kembangkan lagi servis penulisan mami. Dan dari situlah mami mula kenalkan diri sebagai #GhostwriterJelita.

Bermula dengan copywriting santai sahaja. Hari ini mami boleh menulis content untuk media sosial, artikel untuk website, surat rasmi untuk jabatan kerajaan, menyediakan profil syarikat dan banyak lagi kerja bertulis mengikut permintaan klien.

Terbaru, insya-Allah mami akan mula terima tugasan menukar audio dan video kepada teks. Insya-Allah. Doakan semuanya berjalan lancar ya!

Dan doakan juga projek buku mami bersama penulis hebat lain dapat terbit pada awal tahun 2020 nanti. Harapannya semoga layak ke Pesta Buku Antarabangsa 2020. Doakan kami!

#mamiEffy
Semoga kebaikan dan kejayaan besar juga untuk kawan-kawan di tahun baru nanti.

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER