Wednesday 18 December 2019

Irumbu Thirai: Filem Tentang Hackers Yang Kalian Mesti Tonton!

Kelmarin, tonton filem Irumbu Thirai (Iron Curtain) ni dengan suami. Heronya Vishal. Heroin Samantha, tapi ini bukan cerita cinta jiwang-jiwang.

Ini kisah hackers. Sampai sekarang nak isi borang online untuk apa-apa tujuan pun, terbayang lagi kesannya. Takut jadi sama macam dalam filem ni. 😅

"Information is wealth."

Itu tagline si penggodam (Sathyaamoorthy) yang wataknya dipegang oleh Arjun Sarja. Hensem macam Shah Rukh Khan. Serius!

Irumbu Thirai adalah kisah bagaimana seorang anak yang telah meninggalkan keluarga kerana marah dengan sikap ayahnya yang suka berhutang, kembali untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai abang.

Dalam proses menyediakan keperluan untuk majlis perkahwinan adik perempuannya, mereka telah kehilangan sejumlah wang tunai yang besar dari dalam akaun bank. Dari sinilah Mejar Karthiravan (Vishal) mula menjejak siapakah dalang di sebalik kehilangan tersebut.

Nak tahu cerita sepenuhnya, kalian kena tonton sendiri. Best dan yang penting, ini bukan cerita cinta jiwang meleleh.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem Irumbu Thirai ni.

1. Sebagai anak, jangan mudah buruk sangka dengan ibubapa. Fahami dahulu kenapa ibubapa terpaksa melakukan sesuatu.

2. Usah lari dari masalah. Tak ada apa yang akan selesai dengan kita melarikan diri. Malah banyak masalah lain yang akan timbul.

3. Kasih sayang keluarga adalah kekuatan bagi setiap individu. Jadi hargai setiap ahli keluarga kita sebelum terlambat.

4. Hati-hati memadu kasih terutama di atas talian. Ada yang mungkin sedang mencuri-curi dengar perbualan kalian. Jaga-jaga!

5. Awas setiap kali nak berkongsi maklumat peribadi. Baik secara offline mahupun online.

6. Elakkan menipu untuk apa tujuan sekalipun. Penipuan hanya akan menjadi permulaan kepada masalah lain yang lebih besar.

7. Gunakan kepakaran dan kebolehan yang kita ada untuk tujuan baik. Biarlah ia memberi manfaat dan memudahkan urusan orang ramai.

Orang bisnes kena ingat ni, "Information is wealth". Maklumat adalah kekayaan. Tapi jangan salah guna maklumat pelanggan kita pula. Gunakan database sebaik-baiknya untuk majukan perniagaan yang kita usahakan.

Begitu.

#mamiEffy


No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER