Friday 13 December 2019

Adab Dalam Berurusan Sesama Kita

Dalam kehidupan sehari-hari, kita akan berurusan dengan ramainya orang. Pelanggan, supplier, orang tak dikenali, kawan-kawan dan keluarga.

Setiap urusan ini sama ada perbincangan, urusan jual beli dan sebagainya, melibatkan komunikasi sesama kita. Dan bila ianya berkenaan komunikasi dan hubungan, adab adalah perkara yang akan diberi perhatian.

Mereka yang berurusan dengan kita akan menilai sejauh mana kita menjaga adab. Di antara perkara-perkara kecil namun memberi impak besar dalam sesebuah komunikasi adalah:

1. Ucapan salam. - Memulakan perbualan dengan ucapan salam dilihat lebih sopan berbanding terus memanggil nama atau gelarannya. Atau terus kepada perkara yang ingin dibincangkan. Lebih-lebih lagi dengan stranger.

"Assalamualaikum atau Selamat pagi/petang. Boleh saya tahu tentang ..."

Begini lebih sopan berbanding,

"Sorry sis/bro. Boleh explain tentang ..."

2.  Berterima kasih. - Akhiri perbualan dengan ucapan terima kasih. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan urusniaga atau perbincangan tentang sesuatu. Ucapan ringkas terima kasih atau thank you akan mempunyai nilai sentimental yang sangat besar bagi setiap kita.

Jadi ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan kita.

"Maaf, buat masa ni belum lagi. Terima kasih ya jawab soalan saya."

3. Minta maaf jika terpaksa batalkan sesuatu yang awalnya kita dah persetujui. - Bila kita dah berjanji nak beli sesuatu atau bersetuju dengan tawaran tetapi tiba-tiba baru sedar ada komitmen lain yang perlu diutamakan.

Mintalah maaf kerana terpaksa batalkan order. Minta maaf segera, usah tunggu sehingga online seller hubungi kita dan beritahu barang dah sedia, tunggu kita bayar sahaja. Atau jika order makanan, usahlah tunggu sampai seller beritahu makanan dah siap. Naya orang tu.

Minta maaf nampak macam tak penting pun. Tapi itulah perkara yang buat orang selesa nak berurusan dengan kita atau tidak.

Tapi tapi tapi..

Janganlah pula asal tempah, batal, minta maaf. 3 kali berderet buat macam tu. Janganlah.

Ada baiknya sebelum buat perjanjian, periksa betul-betul keadaan kita. Adakah benar-benar bersedia untuk buat bayaran atau tidak.

Mudah kan? Cuma 3 perkara. Jika kita sama-sama praktikkan, insya-Allah setiap urusan akan berakhir dengan senyum bahagia dan rasa selesa.

🔸Kita jaga adab dengan orang lain, insya-Allah orang pun jaga adab dengan kita.

🔸Kita mudahkan urusan orang lain, orang pun insya-Allah mudahkan urusan kita.

Semoga kita dapat jadikan ini sebagai amalan. Insya-Allah.

#mamiEffy
Bermula dengan kita.

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER