Tuesday 31 December 2019

Appa: Sebuah Pengajaran Untuk Kita Sebagai Ibubapa

Kelmarin kami layan filem Tamil berkonsepkan drama kekeluargaan, Appa. Filem ni ditulis dan diarahkan oleh Samuthirakani (yang juga memegang watak Appa).

Filem Appa memaparkan konsep didikan ibubapa terhadap anak-anak. Semuanya memang benar berlaku di sekeliling kita.

Ada ibubapa yang mendidik anak-anak menjadi berani menghadapi hidup dengan cara tersendiri. Mereka dididik untuk bergaul dengan masyarakat dan bebas memilih apa yang mereka mahu jadi. Adakala pilihan ibubapa ini agak membimbangkan juga.

Part membimbangkan ni, ingat lagi mami dan suami dok bergilir-gilir membebel. Macam lah orang dalam filem tu boleh dengar. Kalau dengar pun belum tentu faham. Haha.

Ada pula ibubapa yang terlalu mementingkan kejayaan akademik anak-anak. Mereka dikerah untuk belajar, belajar dan belajar sahaja. Tolak waktu makan, mandi dan tidur. Selebihnya adalah untuk mengadap buku dan belajar. Akibatnya, kalian kena tonton filem Appa ni.

Dan di antara 2 kelompok ibubapa ini, ada 1 kelompok lagi. Mereka adalah ibubapa yang memilih hidup 'low-profile'. Anak-anak diajar menjadi seperti mereka juga. Adakala sikap sebegini menjadikan mereka tak sedar pun tentang potensi sebenar anak masing-masing.

Filem ini sangat menarik bagi mami. Banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Terutamanya kepada kita yang bergelar ibubapa.

Selepas menonton filem Appa, mami percaya, anak-anak yang berjaya adalah anak-anak yang bahagia. Dengan kebahagiaan lah mereka mampu mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidup.

Begitulah.

#mamiEffy
Ulang tengok pun tak bosan. ❤


No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER