Tuesday 28 January 2020

Saya Ghostwriter. 😊

"Kamu bukannya kerja pun. Belanja itu ini, suami tak marah ke?"

Mami senyum. Bukan seorang dua yang selalu tanya macam tu. Ramai.

Menjadi ghostwriter dan bekerja dari rumah ni memang di mata kasar nampak macam tak bekerja. Tak ada stok barang jualan dan tak ada premis di luar rumah. Semuanya dari rumah dan atas talian sahaja.

"Saya kerja sebenarnya. Jadi penulis upahan. Ghostwriter."

"Owh? Ada eyh kerja macam tu?"

"Ada. Kerja macam ni memang nampak macam tak kerja. Sebab kebanyakan masa menulis cuma di rumah. Bila keluar, saya rehatlah.

Sesekali tu adalah buat kerja kat luar. Masa kat kedai makan ke, sementara tunggu order sampai boleh dah siapkan 1-2 copywriting klien."

Jadi ghostwriter ni seronok sebab masa kerja kita tentukan sendiri. Macam mami, untuk siapkan post pendek atau copywriting klien, sambil-sambil urus anak siang hari pun insya-Allah boleh buat.

Untuk tulis artikel atau content yang perlukan lebih fokus, mami buat sebelah malam. Bila suami dah balik kerja dan boleh tolong tengokkan anak.

Januari 2020, alhamdulillah banyak juga job menulis yang mami terima. Artikel 4000 patah perkataan 2 job, blog content dah selesai 2, storytelling, post pendek untuk fb dan instagram pun ada.

Awal pagi tadi terima lagi tempahan untuk buatkan post pendek bagi produk kek lapis. Syukur.

Upah menulis kesemua tugasan inilah yang mami guna untuk topup belanja rumah, beli barang anak-anak dan apa yang mami teringin.

Sebelum tu, asingkan untuk simpanan dan tabung sedekah. Itu wajib. Selebihnya kena pandai urus.

Hari ni kalau ada orang kata mami tak kerja, mami senyum saja. Lepas tu hulur kad nama.

"Saya penulis upahan."

Senyum manis wajib sertakan sekali. Barulah melekat terus dalam ingatan mereka tadi.

Tak gitu?


Perlukan servis ghostwriter? Hubungi saya DI SINI.

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita, menulis bagi pihak anda.

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER