Tuesday 28 January 2020

Dhoni, Sebuah Filem Yang Sarat Pengajaran Untuk Kita Sebagai Ibubapa dan Pendidik

Beberapa minggu lepas kami tonton filem Dhoni lakonan Prakash Raj. Asalnya mami nak tengok sebab ingatkan Dhoni versi Tamil ni sama macam filem M.S Dhoni yang Hindi tu. Rupanya tak sama langsung!

Dhoni memaparkan kisah konflik di antara seorang ayah dengan anaknya. Si ayah mahu anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran dan menyambung pengajian ke peringkat MBA. Tetapi si anak pula tidak berminat terhadap pelajaran, sebaliknya mahu menjadi pemain kriket yang berjaya seperti Mahendra Singh Dhoni (M. S Dhoni).

Kemuncak konflik di antara mereka terjadi apabila si ayah secara tak sengaja telah memukul anaknya sehingga koma. Kejadian tersebut telah menimbulkan kekesalan di hati seorang ayah.

Apa yang berlaku setelah kejadian tersebut?
Bagaimana si ayah berusaha untuk memulihkan anaknya?
Dan apakah kesudahan nasib si anak yang terlantar koma?

Kalian mesti tonton sendiri. Ada banyak pengajaran yang kalian akan dapat nanti. Antaranya:

1. Sebagai ibubapa, kita perlu memahami minat dan kebolehan anak-anak.

2. Ibubapa perlu sedar, anak yang kurang berjaya dalam pelajaran tidak semestinya akan gagal dalam kehidupan. Mereka pasti mempunyai bakat tersembunyi dalam bidang tertentu. Sokongan ibubapa akan bantu mereka lebih yakin untuk berjaya.

3. Setiap orang mampu mencapai kejayaan. Asalkan kita minat dan berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah kita pasti berjaya.


Mami bagi ⭐⭐⭐⭐⭐

#mamiEffy
Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER