Monday 13 January 2020

Airaa : Sekecil-kecil Pertolongan Kita, Mungkin Beri Kesan Besar Pada Kehidupan Orang Lain

Kelmarin kami tonton filem Airaa lakonan Nayathara dan Kalaiyarasan. Filem ni membawakan konsep drama horror dengan mesej tersendiri.

Airaa mengisahkan tentang seorang jurnalis bernama Yamuna (Nayanthara) yang balik ke rumah neneknya di sebuah kampung terpencil. Di sana dia mula mendapat gangguan demi gangguan yang menimbulkan banyak tanda tanya.

Di sebuah tempat lain, beberapa kematian mula berlaku secara berturut-turut. Amudhan (Kalaiyarasan) mula menyiasat tentang kematian-kematian ini kerana merasakan ada sesuatu yang mencurigakan.

Mengapa Yamuna diganggu? Apa pula kaitan Amudhan dengan mangsa-mangsa kematian yang berlaku di sekelilingnya? Dan paling menjadi tanda tanya, apa kaitan Yamuna dengan Amudhan?

Kalian kena tonton filem Airaa untuk ketahui jawapannya.

Bagi sesetengah orang, filem Airaa cuma filem biasa-biasa. Namun, mesej yang disampaikan sangat mendalam.

Sekecil-kecil pertolongan atau timbangrasa kita mungkin memberi kesan yang besar kepada hidup orang lain. Perkara yang kita rasa 'hal kecil' saja, mungkin menjadi titik perubahan kepada masa depan seseorang.

'Keprihatinan kita mungkin menjadi asbab kebahagiaan seseorang.'

#mamiEffy
Hanya jika kita lebih bertimbangrasa.


No comments:

Post a Comment

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER