Friday, 19 July 2024

JENIS PISANG YANG ADA DI MALAYSIA

Pertama sekali, artikel ringkas ini istimewa buat pembaca buku Adi Bertemu Laksamana Pisang. 

Terima kasih kerana telah mendapatkan buku saya yang bertemakan makanan agro Malaysia tersebut. 

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang pisang yang ada di Malaysia ini. Mungkin juga masih ramai yang kurang tahu tentang jenis pisang yang ada. Macam saya. Yang saya kenal cuma pisang emas dan pisang tanduk. Selebihnya tahu pisang sahaja.

Rupanya di Malaysia, ada banyak jenis pisang yang sedap dimakan begitu sahaja apalagi jika dijadikan bahan dalam juadah seperti kek dan pengat. Ada juga yang enak dibuat puding dan roti.

Di antara jenis-jenis pisang yang terdapat di Malaysia ialah:

1. Pisang Awak - boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat kuih.
2. Pisang Emas - enak dimakan terus atau bersama aiskrim.
3. Pisang Nangka - sesuai untuk digoreng dan jika sudah ranum, boleh dijadikan cekodok atau lempeng pisang 
4. Pisang Susu - sedap dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis berkrim.
5. Pisang Raja - sedap dijadikan pengat atau kek pisang.

Selain pisang-pisang yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis pisang lagi yang popular juga di negara kita. Perincian tentangnya ada dikongsikan di SINI.

Tuesday, 20 February 2024

Tiang Cahaya Yang Luar Biasa

Gambar menunjukkan kejadian tiang cahaya di Rusia. Sumber: 9GAG di Pinterest.

Ketika diberitahu tentang projek buku bertemakan Siri Fenomena Alam yang bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang terlintas di fikiran saya ialah tiang cahaya. Kebetulan pula sewaktu perbincangan bersama kumpulan Swaterbit Kids Books (SKB), ramai tertumpu kepada fenomena aurora yang popular. Jadi saya sedikit lega kerana tidak ada persamaan pilihan dengan sesiapa.

Bermula detik itu, saya membuat bacaan demi bacaan tentang fenomena tiang cahaya. Saya tahu ia banyak berlaku di luar negara. Namun setelah melakukan bacaan, barulah saya tahu rupa-rupanya fenomena tiang cahaya ini telah beberapa kali berlaku di Malaysia. Dan lebih menarik, ia kerap berlaku di bulan Ramadan. Bulan di mana umat Islam berpuasa serta melakukan solat sunat terawih dan bertadarus di malam harinya.

Berikut saya senaraikan beberapa artikel menarik berkaitan fenomena tiang cahaya yang luar biasa.







Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang singgah ke sini. Terima kasih!

Tuesday, 27 September 2022

Dua Buku Cerita Bergambar Saya Terpilih Mewakili Malaysia!

 

13 September yang lalu, saya dan beberapa orang rakan alumni SKB (Swaterbit Kids Books) menerima berita gembira apabila dimaklumkan bahawa buku-buku kami terpilih mewakili Malaysia ke acara The World Through Picture Books anjuran IFLA.

Ini bermakna buku-buku yang kami hasilkan bakal dipamerkan dalam pameran di peringkat antarabangsa. Satu pameran berlangsung di Tokyo, Jepun dan satu lagi di Paris, Perancis. 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang dengan izin-Nya maka juri-juri membuat keputusan untuk memilih buku Raksasa Menyerang Kampung dan Adi Bertemu Laksamana Pisang karya saya sebagai sebahagian daripada 10 buku yang akan mewakili Malaysia ke acara tersebut.

Ini merupakan pencapaian peribadi yang amat indah buat saya selepas terpilih untuk menyertai pameran ilustrasi sempena acara Stories + Art = Picture Books yang berlangsung di GMBB, Kuala Lumpur pada 17/6/2022 hingga 17/7/2022 yang lalu.

Semoga pencapaian kecil ini akan menjadikan saya dan kawan-kawan lebih bersemangat untuk terus berkarya seterusnya menghasilkan lebih banyak buku cerita bergambar kanak-kanak yang berkualiti setaraf karya-karya antarabangsa. 

Insya-Allah.



Sunday, 8 May 2022

Kini berwajah baru!

 Oh, bertuahnya saya! kini tampil dengan wajah baru. Buku ini merupakan buku bergambar kanak-kanak yang diswaterbit pada tahun 2021 di bawah projek Peer Writer (SKB) dengan kerjasama PERBIMA (Persatuan Biblioterapi Malaysia).

Mengisahkan tentang Amy yang bersedih selepas perceraian mama dan ayahnya. Kesedihan Amy bertambah apabila mama dan ayah masing-masing berkahwin lain dan Amy diberitahu akan mendapat adik baru. Amy semakin kerap menangis sehingga jatuh sakit. Amy akhirnya sedar bahawa dirinya amat bertuah walaupun mama dan ayah sudah berpisah.

Bagi yang mahu pratempah buku ini, boleh hubungi EFFY SUEFFY



Sudah Masuk Kilang Cetak!

Dalam kesibukan melayan semangat anak-anak mahu beraya, mami perlu selesaikan urusan percetakan buku bergambar kanak-kanak yang baharu. Alhamdulillah sedang beratur menunggu giliran dicetak. 

Doakan cepat siap cetakan buku baru mami ya!

*3 buku baru mami mendapat perhatian YB ADUN kawasan tempat tinggal kami. Alhamdulillah YB ADUN berminat dengan buku-buku yang bakal diterbitkan dan telah memberi sedikit sumbangan bagi melancarkan proses swaterbit buku-buku ini. 

Syukur.

#mamiEffy

Tuesday, 22 February 2022

Servis Penulisan dan Digital Art

Servis penulisan:
• Artikel
• Storytelling
• Content mengikut niche produk/servis
• Post pendek media sosial
• Skrip video iklan
• Skrip forum
• Manuskrip buku kanak-kanak

Digital Art:
• D-card jemputan perkahwinan/ucapan perayaan
• Poster
• Katalog mini
• Lukisan
• Khat nama

Hubungi: Effy Sueffy
#mamiEffy

Thursday, 27 January 2022

Oh, bertuahnya saya!

Dalam melayan rasa rindu pada kenangan di zaman kanak-kanak, hati terubat bila terima mesej, "Effy, kak nak buku Oh, bertuahnya saya! 2 buah." Sahabat di hujung sana terus minta nombor akaun dan beri alamat pengeposan sekali. 

Alhamdulillah. 
Buku Oh, bertuahnya saya! ini merupakan cerita kanak-kanak di bawah tema biblioterapi. Mengisahkan tentang Amy yang berdepan dengan perpisahan ibu bapanya. Mereka kemudian berkahwin lain dan Amy semakin dihimpit resah apabila terpaksa menerima kehadiran ahli keluarga yang baharu. Di akhir cerita, Amy akhirnya gembira dan berbahagia bersama seluruh ahli keluarganya. 

Buku ini membawa kita memahami dilema yang dihadapi anak-anak apabila mereka terpaksa melalui perceraian ibu bapa. Peranan kita sebagai orang dewasa amat penting bagi memastikan anak-anak tidak berterusan memendam rasa kecewa, sedih dan marah akibat perpisahan yang berlaku.

Buku ini terdapat dalam versi buku fizikal dan buku audio visual. Buku fizikal boleh dimiliki dengan menghubungi mami di SINI manakala buku audio visual boleh dibeli melalui PAUTAN INI.

Untung dapatkan buku fizikal, ada hadiah untuk adik-adik. Manakala kelebihan buku audio visual pula, kawan-kawan bukan sahaja akan terima buku audio visual Oh, bertuahnya saya! tetapi turut menerima 35 buku audio visual lain di bawah pelbagai tema. Ada buku audio dalam Bahasa Arab juga!

Menarik, kan?

#mamiEffy

Kini 'ayah' sudah tiada.

25 Januari 2022, 10.00 malam kami bergegas balik ke Taiping setelah terima berita kematian Pak Ngah. Sepanjang perjalanan dari Seremban kepala saya berat sebab banyak menangis.

Arwah Pak Ngah yang pelihara saya sejak kecil. Daripada bayi sehingga beberapa tahun, saya tinggal bersama Pak Ngah dan Mak Ngah di kampung. Walaupun tidak dijaga sehingga dewasa, namun keluarga Pak Ngah ada kedudukan istimewa di hati saya. Banyak kenangan manis membesar di kampung. 

Ingat lagi bila Pak Ngah bawa naik basikal tua, pergi kedai makan ais kacang di hujung simpang. Kemudian ikut Pak Ngah naik bot tengok orang tangkap ikan. Cuak jugalah dengar bunyi enjin bot. Takut jatuh dalam laut sama. 

Selesai semua urusan pengebumian Pak Ngah, sempat singgah ke rumah arwah mak di kampung. Tengok keadaan rumah dan barang yang masih ada. Rumah pusaka, kosong sebab kami adik-beradik semua merantau ke negeri lain. Harap suatu masa nanti adalah salah seorang yang dapat balik tinggal di sana. 

Insya-Allah.

#mamiEffy 
Hari ini sudah berada di Seremban, sambung siapkan post pendek untuk klien.

Sunday, 23 January 2022

Hidup dan Limau

Assalamualaikum. 

Ahad, penuh nikmat. Pagi yang damai dengan riuh-rendah suara anak-anak. Beri ilham untuk berkarya lagi. 

Semoga kita terus nikmati hidup walau kadangkala perlu berdepan situasi 'masam' yang tidak terduga.

Tajuk: Limau
Medium: Digital

#mamiEffy

Thursday, 20 January 2022

SERVIS PENULISAN MASIH BEROPERASI

Lama tak kongsi pasal kerja menulis. Ada, masih buat walau biasanya nampak lebih ke arah buat kerja melukis. Tiga tugas utama yang perlu disiapkan (insya-Allah hari ini nak habiskan semua).

Ada satu lagi sedang bincang dengan klien. Tawaran buat profil syarikat. Lama sudah tak terima tempahan profil syarikat sejak laptop meragam. 2022 insya-Allah akan buka untuk slot Profil Syarikat dan desain ebook kategori mudah (10 - 20 muka surat).

Perlukan khidmat ghostwriter? Mami sedia berkhidmat dengan kadar upah yang berpatutan. 

#mamiEffy
Ghostwriter Jelita yang menulis untuk anda.

Pertanyaan atau tempahan slot penulisan, hubungi mami di SERVIS PENULISAN MAMI EFFY

Tuesday, 18 January 2022

BOOKCAMP SKB 1 (15 dan 16 Januari 2022)


Tak terfikir pun dapat jumpa ramai orang hebat. Tapi di BookCamp SKB kelmarin, mami dapat peluang tu. Pertama, tentu sekali teruja nak jumpa pengasas dan pembimbing Swaterbit Kids Book, Kak Mimi Salleh

Kemudian dapat tahu Kak Emila Yusof akan jadi mentor dalam BookCamp. Lagilah teruja. Bagi yang tak tahu, Kak Emila adalah pemilik Galeri Emilatopia yang terletak di bangunan GMBB, Bukit Bintang. Nak tahu lebih lanjut tentang Kak Emila dan kenapa mami begitu gembira bertemu dengannya, jemput singgah ke emilayusof.com

Selain Kak Mimi dan Kak Emila, 10 orang rakan peserta juga bukan biasa-biasa. Banyak mami belajar daripada setiap mereka. Bukan sahaja tentang seni lukis dan penciptaan skrip cerita, malah ada yang berkongsi mengenai pendidikan serta peluang membina potensi anak-anak juga.

BookCamp SKB bukan sekadar kem belajar bentang storyboard dan melukis. Sebaliknya ia padat dengan pelbagai ilmu berkaitan seni dan kehidupan (bagi yang tahu bagaimana nak kaitkan setiap isi perbualan).

Semangat dari BookCamp masih membuak macam buih Coca-cola yang digoncang botolnya. Melimpah-limpah. Moga cepatlah siap desain penuh untuk buku cerita kanak-kanak ke-4 mami bagi tahun 2022 ni. 3 dah selamat bentang dan tunggu kelulusan untuk peringkat seterusnya. Mudah-mudahan lancar dan dapat terbit sebelum Pesta Buku nanti. 

Doakan kami ya!

#mamiEffy

Sesi perkenalan dan pembentangan storyboard

Sesi pembinaan watak bersama Kak Emila

Usai hari pertama, kami sudah boleh melukis. Haha!

Sesi jalan-jalan ke Museum of Picture Book Art. Seronok masuk sini. Banyak buku menarik. Jangankan anak-anak, mak ayah anak pun jadi teruja.

Sesi 'membawang' tentang buku kanak-kanak. 

Karya Kak Emila di Museum of Picture Book Art

Kak Emila Yusof bersama buku ketiga mami, Oh, bertuahnya saya!

Kak Mimi Salleh yang banyak bantu dan bimbing kami di SKB untuk hasilkan karya yang baik serta berkualiti.

Friday, 14 January 2022

BUKU AUDIO VISUAL SKB - Hadiah buat anak-anak tersayang ❤️

Selain menulis sebagai ghostwriter, mami juga menulis buku cerita bergambar kanak-kanak. Buku tulisan mami (Oh, bertuahnya saya!) di bawah tema biblioterapi berpeluang menyertai projek buku audio visual bersama 35 buku lain (karya rakan-rakan penulis SKB).

Dalam koleksi 36 buku audio visual berwarna-warni yang bernilai RM49 (RM1.61 setiap buku) ini, ada buku cerita Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Seronok anak-anak dengar bacaan buku sambil tengok ilustrasi yang menarik dan comel. 

Set buku audio visual ini boleh diulang dengar banyak kali. Jadi selain dengar cerita, anak-anak boleh belajar sebut perkataan yang didengar serta belajar 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Mak ayah pun boleh belajar sekali dengan anak-anak. 😊

Dapatkan set BUKU AUDIO VISUAL sekarang!

Terus ke SINI atau scan QR Code pada poster.

Jom!

Thursday, 13 January 2022

RESEPI MAKANAN BERASASKAN PISANG

Assalamualaikum, semua. Terima kasih sudi singgah ke blog mami. Kali ini mami ingin kongsikan beberapa resepi mudah berasaskan pisang. 

Comel tak poster resepi yang mami buat? Resepi-resepi yang dikongsikan ini adalah berdasarkan buku cerita bergambar kanak-kanak Adi Bertemu Laksamana Pisang (karya mami yang bakal terbit, insya-Allah).

Semoga ada manfaat untuk semua.
Selamat mencuba!

❗Mahu dapatkan buku cerita bergambar kanak-kanak Adi Bertemu Laksamana Pisang? Sabarrrr. Terus ikuti mami di blog ini atau di FB EFFY SUEFFY untuk perkembangan projek penerbitan buku ini. 

*Untuk makluman, buku Adi Bertemu Laksamana Pisang adalah tajuk cadangan bagi projek Peer Writer 3, kelolaan Puan Mimi Salleh. Beliau adalah pengasas Swaterbit Kids Book. Di bawah bimbingan beliau, mami telah berjaya menghasilkan 3 buah buku cerita bergambar kanak-kanak pada tahun 2021. 

1. Ahmad Yang Terpuji
2. Rayyan Belajar Puasa
3. Oh, bertuahnya saya! - Projek Peer Writer 1.

Semoga lebih banyak buku dapat dihasilkan pada tahun 2022 ini. Doakan ya!

Wednesday, 15 December 2021

Buku Solo dan Antologi Effy Sueffy

Ini adalah buku-buku solo tulisan saya. Semuanya alhamdulillah berjaya diterbitkan pada tahun 2021. Syukur akhirnya pada usia 37 tahun saya berjaya merealisasikan untuk mempunyai buku dengan nama pena sendiri di kulit buku. Teruja dan bahagia bersilih-ganti.

Alhamdulillah. 

Setiap buku ada kisahnya. Buku cerita kanak-kanak menjadi pilihan kerana selain menulis saya juga suka melukis. Sebab itulah saya buat keputusan untuk belajar menghasilkan buku cerita bergambar kanak-kanak dengan Puan Mimi Salleh. 

Sehingga hari ini, saya telah swaterbit 3 buku cerita bergambar dan 1 buku aktiviti kanak-kanak.

SIRI MAKNA NAMA DALAM ISLAM
1. Ahmad Yang Terpuji
Sinopsis: Mengisahkan tentang Ahmad yang dibesarkan oleh ibu tunggal. Walaupun usianya masih kecil, tetapi Ahmad sudah pandai membawa diri dan menjaga ibu ketika ibu tidak sihat.
• Hard cover
• 20 muka surat
• RM20 tidak termasuk kos pos

2. Rayyan Belajar Puasa
Sinopsis: Rayyan yang teruja untuk belajar puasa pada kali pertama setelah ibu beritahu makna namanya adalah pintu syurga untuk orang-orang yang berpuasa. Disertakan juga lafaz niat puasa, doa berbuka dan doa rezeki.
• Hard cover
• 20 muka surat
• RM20 tidak termasuk kos pos

SIRI BIBLIOTERAPI
1. Oh, bertuahnya saya!
Sinopsis: Amy mengalami kecelaruan emosi sejak ibu dan ayah berpisah. Ditambah pula dengan kehadiran ahli keluarga baru yang buat Amy semakin bersedih. Bagaimanapun, Amy akhirnya faham bahawa di sebalik perpisahan ibu ayah, dia adalah anak yang sangat bertuah.
• Hard cover
• 20 muka surat
• RM20 tidak termasuk kos pos

2. Buku Aktiviti Jom kenal emosi!
• Mengandungi latihan menulis, suai-padan dan melukis yang mudah untuk anak-anak.
• Merupakan kesinambungan daripada buku cerita Oh, bertuahnya saya!
• Hard cover
• 20 muka surat
• RM20 (belian tunggal), RM10 (belian kombo biblioterapi) atau PERCUMA dengan pembelian kombo 3 buku cerita bergambar kanak-kanak tulisan Effy Sueffy.

EBOOK
1. Kamu Yang Teristimewa
Sinopsis: Perkongsian jatuh bangun penulis sewaktu bergelar ibu tunggal. Diselitkan juga kata-kata motivasi dan penguat semangat daripada beberapa tokoh terkemuka dunia.
• 45 halaman berwarna sepenuhnya.
• RM10 sahaja
• Serahan melalui whatsapp, telegram atau emel (atas permintaan pembeli)
• Setiap ebook akan dibekalkan dengan kata laluan khas.

Ini pula adalah buku-buku antologi yang mengandungi tulisan saya. Selain antologi anekdot dan travelog, saya juga ada terlibat dalam penulisan antologi puisi (tiada dalam gambar kerana tidak dijual, hanya sebagai hadiah kepada pembeli buku saya yang lain).

1. Projek Orkid Masih Ada Yang Sayang terbitan Dua Penulis.
Harga: RM29 (Semenanjung Malaysia) RM32 (Sabah dan Sarawak) - tidak termasuk kos pos.
Sinopsis: Himpunan kisah para pejuang kesihatan mental dan insan-insan yang terlibat secara langsung dengan mereka. Antaranya doktor yang merawat penghidap gejala kesihatan mental.
* Saya menggunakan nama pena lain di dalam buku ini bagi menghormati sensitiviti keluarga. Jadi pembaca tidak akan jumpa nama Effy Sueffy dalam naskhah menyentuh perasaan ini. 😌

2. Nine to Five Ragam Kerjaya terbitan KTR Press.
Harga: RM22 tidak termasuk kos pos.
Sinopsis: Himpunan 155 anekdot lucu daripada 31 orang penulis mengenai kejadian-kejadian di belakang tabir pelbagai jenis kerjaya. 

3. Wasiat Untuk Anakanda terbitan Big M Resources.
Harga: RM30 tidak termasuk kos pos.
Sinopsis: Himpunan 40 wasiat dan pesanan berharga buat anak-anak, pelajar dan sesiapa sahaja yang mahu belajar tentang ilmu komunikasi dalam rumahtangga dan keluarga. Banyak pesanan bermakna yang bukan sahaja berguna untuk anak-anak, malah boleh dijadikan panduan untuk kita menjadi ibu bapa yang lebih baik.

4. Travelog Masjid: Masyhur Diraja terbitan Syahida Hassan Enterprise (SHE).
Harga: RM40 tidak termasuk kos pos.
Sinopsis: Catatan kembara 9 penulis ke 14 buah masjid diraja (13 di Malaysia, 1 di Brunei Darussalam). Antara inti setiap perkongsian adalah sejarah pembinaan setiap masjid dan fungsinya sehingga kini.

5. Mustajabnya Doa terbitan Ulul Albab Publication.
Harga: RM35 tidak termasuk kos pos.
Sinopsis: Himpunan perkongsian kisah-kisah penuh pengajaran tentang doa yang dimakbulkan dalam pelbagai situasi dan masa.

Kesemua buku ini (buku cerita kanak-kanak, ebook dan antologi) boleh dimiliki dengan menghubungi saya di SINI.

Monday, 13 December 2021

PROMO 12.12 DITERUSKAN LAGI!


Beri kami peluang dramakan ayat iklan untuk produk dan servis anda!

Promosi ini masih diteruskan sempena minggu-minggu akhir di tahun 2021.

Jom!

Scan QR CODE tertera pada gambar atau tekan SINI

Tuesday, 22 June 2021

Kingcup, kuning berseri menghias hati 😊

Biasa tengok sardin jenama Kingcup, tinnya warna merah. Bila tengok bunga Kingcup, eh kuning pula! Tapi cantik betul bunga Kingcup atau popular juga dengan nama Marsh Marigold ni. Segar rasa mata sebaik siap warnakan lukisan ni. 

Terilham nak lukis bunga kuning berseri ni sebab semalam dapat tahu ada jiran yang positif Covid (semoga Allah beri kesembuhan kepadanya). Ambil masa jugalah nak pilih subjek untuk lukisan kali ni. Sempat baca beberapa artikel dulu sebelum betul-betul tenang nak melukis. Alhamdulillah, siap juga. 

Menarik tentang Kingcup Marsh Marigold:

• Turut dikenali dengan nama Cowslip. Nama Latinnya adalah Caltha Palustris.

• Berasal dari selatan Eropah, Asia Barat dan Amerika Utara. 

• Kingcup termasuk dalam keluarga buttercup yang tumbuh subur di kawasan basah seperti paya, parit dan hutan sederhana.

• Lazimnya tumbuhan ini mengeluarkan bunga pada bulan April dan Ogos. Namun begitu, sesekali ia juga boleh berbunga pada bulan lain. 

• Pokok Kingcup tumbuh dengan ketinggian antara 10 hingga 80 sentimeter.

• Bunga cantik berwarna kuning terang ini menjadi lambang kekayaan dan kemewahan. Mungkin sebab warnanya yang bercahaya bila disimbah sinaran matahari. Bersinar bagai emas barangkali. 

#mamiEffy 
Semoga dilimpahkan kekayaan dari segi kesihatan dan kesejahteraan.

Magnolia Yang Menawan

Beberapa hari tak lukis bunga, alhamdulillah pagi ni dapat siapkan satu frame. Bunga Magnolia Soulangeana jadi pilihan. Tertarik sebab dalam banyak jenis Magnolia, jenis Soulangeana ni ada warna gabungan putih, pink lembut dan sedikit keunguan.

Beberapa perkara menarik tentang bunga yang cantik ini:

1. Turut dikenali dengan nama Chinese Magnolia, Tulip Magnolia dan Saucer Magnolia (Magnolia Piring).

2. Tumbuhan ini ditanam secara meluas di Amerika Syarikat terutamanya di bahagian Pantai Timur dan Barat Amerika, serta di Kepulauan British.

3. Menurut catatan sejarah, bunga Magnolia Soulangeana ini mula dibiakkan oleh Ɖtienne Soulange-Bodin, seorang ahli botani dan pesara pegawai berkuda dalam tentera Napoleon. Pembiakan Magnolia Soulangeana dilakukan di chĆ¢teau denya yang terletak dekat Paris, Perancis. Tanaman hibrid ini cepat merebak ke serata Eropah dan Amerika Utara apabila lebih ramai ahli tanaman berminat dengannya.

4. Biasanya mulai berbunga pada penghujung musim sejuk. Bunga akan tumbuh dengan banyaknya pada dahan yang botak. Daun-daun akan tumbuh kemudian. Tumbuhan ini akan mekar sepanjang musim sehinggalah tiba musim luruh.

5. Magnolia Soulangeana menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang mudah ditanam serta mampu bertoleransi dengan keadaan angin dan tanah beralkali. Hal ini merupakan kelemahan bagi kebanyakan Magnolia yang lain.

#mamiEffy

SUMAC - Tumbuhan renek yang berkhasiat

Mami baru sahaja tahu tentang tumbuhan renek yang dipanggil sumac ni apabila diberitahu oleh seorang kenalan di FB. Masa tengok post berkaitan sumac, awalnya mami fikir itu nama buah yang kelihatan macam laici. Haha, noob sangat!

Bila diterangkan, barulah tahu rupanya sumac ni sejenis bunga (tapi ada juga catatan yang menggelarnya sebagai buah sumac/sumac cherry). Kemudian mami mula nampak post kawan-kawan lain yang berniaga air sumac. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, mami mula cari bahan bacaan berkaitan tumbuhan unik ini. Antara perkara menarik yang mami temui adalah:

1. Sumac atau sumach merupakan salah satu daripada 35 spesis tumbuhan berbunga dalam genus Rhus, tergolong dalam spesis Rhus Coriaria.

2. Tumbuhan ini boleh membesar dengan ketinggian antara 1 hingga 10 meter. Setiap kuntum bunganya bersaiz sangat kecil, mempunyai 5 kelopak dan berwana putih krim kehijauan atau merah. Kuntum-kuntum kecil ini membentuk sebuah pancang yang berukuran 5 hingga 30 sentimeter. Buah sumac yang berbiji merah pula membentuk kelompok padat yang digelar ladung sumac. 

4. Perkataan 'sumac' berasal dari beberapa bahasa iaitu Perancis Lama (sumac), Latin Pertengahan (sumach), Bahasa Arab (summāq) dan Bahasa Suryani (summāq) yang bermaksud merah.

5. Rempah sumac telah lama digunakan oleh masyarakat Timur Tengah dalam masakan harian mereka. Ia bukan sahaja mampu membangkitkan rasa masakan, malah dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh. Antaranya:-

❤️ Kaya dengan antioksidan dan vitamin C. 
❤️ Kajian awal yang diterbitkan oleh Journal of Research in Medical Science menyokong potensi sumac untuk mengawal paras gula dalam darah. 
❤️ Dikatakan dapat mengurangkan kesakitan otot.
❤️ Dipercayai dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat kembung perut dan sembelit.
❤️ Sumac juga dikatakan dapat mengurangkan rasa senggugut pada wanita yang sedang haid.

#mamiEffy

MAKLUMBALAS KLIEN YANG BERPUAS HATI ❤️

Cerita minggu lepas,

Siapkan skrip untuk klien. Alhamdulillah, klien suka. Terus lock untuk minggu seterusnya. Syukur sangat. 

Sebenarnya sebelum ni pernah juga tuliskan skrip untuk klien lain. Tapi biasa untuk klip iklan. Durasi pun sekitar 1-2 minit macam tu. 

Kali ni dapat tulis skrip untuk rancangan ilmiah. Teruja tu lain sikitlah. Tengok pula senarai barisan panelnya. Lagilah semangat nak siapkan skrip.

Elok hantar, klien semak, terus bagi feedback macam tu. Syukur alhamdulillah. Hilanglah penat otak berfikir seharian tadi. Damai rasa. 😊

#mamiEffy 
Ghostwriter Jelita anda.

Perlukan GHOSTWRITER (PENULIS UPAHAN)?

KOMBO RM50

Kombo A : RM50
• Ahmad Yang Terpuji
• Rayyan Belajar Puasa
• Nine to Five Ragam Kerjaya

Kombo B : RM50
• Masyhur Diraja (Travelog Masjid)
• Nine to Five Ragam Kerjaya

Kombo C : RM50
• Wasiat Untuk Anakanda
• Nine to Five Ragam Kerjaya

SERVIS PENULISAN GHOSTWRITER/COPYWRITER